Demi harta sepencarian, seorang suami di Jakarta tergamak cabut atap rumah bekas isteri selepas mereka berdua sah bercerai.
Namun penceraian berlaku secara baik dan pasangan ini membahagikan seadilnya hati sepencarian sepanjang perkahwinan mereka selama 10 tahun.
Seorang lelaki di Indonesia bertindak mencabut atap rumah bekas isterinya selepas mereka sah bercerai sebagai persetujuan pembahagian harta sepencarian, lapor beritajatim.com.
Kejadian berlaku di Desa Carangrejo, Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur apabila si isteri bernama Anjar yang pulang ke kampung selepas enam bulan bekerja di Hong Kong meminta cerai dari suaminya, Agus.
Sebaik sahaja disahkan bercerai, mereka berdua menemui kata sepakat tentang bagaimana hendak membahagikan harta sepencarian sepanjang berkahwin selama 10 tahun.
“Agus cuma mahukan kayu yang menjadi atap rumah kelamin mereka kerana itu adalah milik orang tuanya.
“Jadi, kerja-kerja mencabut atap dijalankan di rumah tersebut tanpa diganggu bangunannya kerana tapak tanah milik ibu bapa Anjar,” kata Setiausaha Desa Carangrejo, Juweni.
Baca Juga Di Sini:
Harta Sepencarian Boleh Dituntut Dalam 3 Keadaan Ini, Begini Caranya
Harta Sepencarian, Hak Isteri Harus Diselesaikan Dulu Sebelum Pembahagian Pusaka Peninggalan Suami
Suami, Rancanglah Harta Siap-Siap, Utamakan Isteri Dan Anak, Elak Berlaku Perebutan
Tambah Juweni, dia tidak pasti apakah alasan sebenar pasangan itu bercerai namun menurutunya, Agus adalah suami yang baik malah menjaga kebajikan bapa mentuanya ketika Anjar bekerja di luar negara.
“Pihak pentadbiran desa cuma laksanakan tugasan yang diamanahkan iaitu mencabut atap rumah seperti yang dipersetujui.
“Hal-hal lain, kami tidak mahu masuk campur lagipun mereka berpisah dengan cara baik,” ujar Juweni lagi. – Agensi
Mingguan Wanita: Beginilah pengakhiran yang baik, walaupun bercerai masing-masing bersetuju dan berbincang cara baik membahagikan harta sepencarian sepanjang perkahwinan. Jangan terlampau emosi kerana kesannya bukan hanya pada bekas pasangan tetapi juga kepada anak-anak.
Sumber: Kosmo Online
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial