Hati-hati jika demam panas secara tiba-tiba disertai selsema dan batuk secara tiba-tiba, ia antara simptom dijangkiti virus influenza. Bahayanya jika lambat dirawat ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan berlakunya kematian.
Menurut Dr Arman, virus influenza amat mudah menjangkiti anak-anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah dan 65 tahun ke atas.
Bahayanya virus Influenza ini jika dibiarkan tanpa/ lewat dirawat boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Antaranya seperti jangkitan pada telinga menyebabkan sakit telinga, paru-paru, jantung,otak dan sebagainya.
Beza Infuenza vs Demam, Batuk Selesema Biasa
Berbanding demam biasa suhu badan meningkat secara berperingkat, bagi demam influenza A mahupun B ia demam panas secara tiba-tiba dan suhu sangat tinggi seperti 38,39C.
keletihan
cirit badan
sakit perut
sakit tekak
sakit kepala
selsema
batuk
tiada selera makan
Pesan Doktor Arman lagi, sekiranya terdapat simptom-simptom ini pada anak, segeralah bawa anak ke hospital untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Semoga bermanfaat!
@klinikttdi_bangi Mengenal pasti simptom influenza menjangkiti anak2 info from @drman.ttdi #fypシ #infokesihatan #hidupsihatpilihankita #fypシ゚viral #viral #fyp #influeza ♬ original sound – KLINIKTTDI_BANGI
Mesti Baca:Petua Anak Demam, Batuk, Selesema, Mandikan 3 KALI SEHARI, Buang Haba Panas
Baca Lagi Di Sini:Pesan Doktor, Jangan Pakai Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Elak Risiko SAWAN
Artikel Menarik:Doktor Ini Kongsi Cara Betul Guna Ubat Demam Anak Dan Sukatan Yang Sesuai
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada simptom-simptom seperti yang dikongsikan ini, demam secara tiba-tiba dan suhu tinggi, segeralah bawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Sumber: TikTok Klinikttdi_bangi
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita