Seni dekorasi Islamik sudah menjadi trend hiasan dalam dan seni bina kediaman di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Walaupun begitu kekeliruan memilih konsep dan mengerti makna sebenarnya hiasan dalaman membuatkan ada yang keliru. Hari ini dalam Mingguan Wanita Talk Show topik Dekorasi Islamik menjadi diskusi. Dikendalikan oleh Siti Elizad dan Radin Amir Effendy mengajak penonton mengenali seputar isu berkenaan Dekorasi Islamik yang mula mendapat tempat di hati pencinta seni dekorasi di Malaysia hari ini.
Menurut saudara Mohd Amin Mohd Yussoff, apabila menyebut seni Dekorasi Islamik asas yang paling utama perlu ditekankan adalah keseimbangan, bentuk yang sempurna dan apa yang dibina perlu berkait rapat dengan peranan kita sebagai hambaNya. Beliau yang mempunyai pengalaman hampir 11 tahun dalam industri hiasan dalaman, sering kali menerima undangan memberi pandangan berkenaan isu seni reka hiasan dalaman.
Tiga perkara yang perlu ditekankan dalam mengubah suai kediaman mengikut konsep Islamik yang pertama niat mendeko itu tujuan utamanya untuk mendekatkan diri dengan Allah, kedua seharusnya tidak sehingga berlaku pembaziran yang berlebihan. Terakhir pula pastikan barang-barang yang digunakan sebagai item deko contohnya kulit atau hamparan bulu haiwan adalah halal. Jangan kerana mahu mengikut tema tertentu, sehingga ada yang mengetepikan hal halal dan haram.
Hadir sama pasangan suami isteri, Abu Bakar dan Zalina Hamzag yang mengusahakan produk seni khat. Tiap produk dijual bergantung kepada masa, mengikut giliran dan bergantung kepada kesukaran ayat.
Bagi yang mempunyai hasrat untuk mengubah suai rumah dan sedang memikirkan dekorasi Islamik sebagai konsepnya, jangan lupa saksikan ulangannya malam ni jam 8 malam di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI