Senang saja keluarlah belanja. Kalau suami nak isteri bergaya dan cantik-cantik, suami kenalah keluarkan belanja untuk isteri.
Belikan baju cantik-cantik, jangan sesekali berkira dengan isteri. Ini tidak, kalau di luar pantang tengok perempuan cantik, pasti duduk tak tenang.
Jadi kalau suami nak isteri cantik macam perempuan kat luar sana, suamilah kenalah keluar belanja sedikit. Belikan apa yang isteri nak, barulah isteri pun cantik dipandang. Usha perempuan kat luar itu berpada-pada, hargailah wanita yang berada di depan mata.
Ikuti perkongsian Dr Ahmad Zakimi Abdullah ini dan hadam baik-baik mesejnya.
“Eh abang tengok siapa tu?” Tanya isteri, menjeling.
“Abang tengok perempuan itu. Cantik dress dia pakai,” jawab ku.
“Abang jangan nak mengatal eik!”
“Eh mana ada. Nanti nak cari dress macam itu untuk awak lah.”
Kelihatan puan isteri senyum kembali. Terus dia pegang tangan aku erat-erat.
Artikel Berkaitan:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Kalau Nak Isteri Cantik, Keluarlah Belanja

Jangan marah suami atau teman kalian jika mereka tengok perempuan lain cantik-cantik.

IKLAN
Itu tandanya mereka nak kalian bergaya secantik itu.
Tapi jangan jadikan itu alasan untuk melepaskan diri nak usha perempuan lain pula iya. Itu kau orang betul-betul hendak menggatal.
Pesanan untuk para suami, jika kalian mahu lihat isteri kalian bergaya dan secantik perempuan yang dilihat maka kalian belikan untuk si dia.
Belanja isteri atau anak-anak perempuan baju cantik-cantik, kosmetik, barang kemas dan spa.
Cantik pun isteri kalian juga. Tak rugi pun.
Dr Zek
Suami Peka
MW: Kalau nak isteri bergaya, suami janganlah berkira. Apa yang isteri mahu, cuba tunaikan. Kalau tak mampu jangan pula dicela kalau isteri tak bergaya, sebab selayaknyalah.