Penghujung Oktober lalu, kedua arwah ibu dan ayah anak kecil seusia 2 tahun ini, Muhammad Arfan Ziqri dijemput Ilahi dalam kemalangan motosikal dan lori Jalan Syed Putra.
Baca sini : kronologi kemalangan arwah ibu dan ayah Arfan
Sejak itu, Arfan diserahkan di bawah jagaan neneknya, di Bachok, Kelantan. Sebelum ibu dan ayah Arfan dikebumikan pun kita dah rasa sebak boleh tengok Arfan main keliling jenazah ibu dan ayahnya yang ada dalam keranda.
Bila mana, bapa saudaranya, Nur Azuan Shamsuddin, 32 kongsi gambar Arfan main, kuis-kuis pasir keliling kubur arwah ibu dan ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rekang Hilir, Bachok, Kelantan.. sekali lagi hati pembaca jadi cair.
Rasa sebak tak boleh tahan air mata.
Jelas sungguh, perasaan rindu Arfan pada mak dan ayahnya. Waktu meninggal dunia, ibu Arfan sedang mengandung kembar usia dua bulan.
Bila mana Arfan dah tinggal dengan neneknya, bapa saudaranya ini pun makin kerap pulang ke kampung halaman. Mahu jenguk keadaan Arfan sama.
Katanya, perkongsiannya tentang keletah Arfan itu dirakam pada cuti Hari Krismas yang lalu. “Saya bersama keluarga pulang ke kampung halaman selama beberapa hari. Mahu lawat Arfan yang dijaga neneknya.”
Masa balik kampung itulah, bapa saudaranya maklumkan pada anak buahnya itu yang dia mahu ziarah kubur ibu dan ayah Arfan.
Rupanya, bila saja jejak kawasan perkuburan itu.. Arfan terus teruja dan panggil arwah ibunya.
“Bu! Bu! Bu!..” sebak dengar rintihan Arfan.
Waktu itu, Arfan dah tak hirau apa jadi dekat kelilingnya. Dia cuma keliling kubur arwah ibu dan ayah. Kejap dia duduk, kejap dia berdiri, kejap dia keliling kubur arwah. Dalam lima ke 10 minit Arfan macam tu.
Asyik benar menguis pasir di kubur, bermain-main sambil layan perasaan.
Walaupun Arfan tak menangis, tapi semua yang ada di situ tahu betapa rindunya Arfan dengan ibu dan ayahnya.
Besar sungguh dugaan Arfan ini. Semoga anak ini kuat hati.
Kongsi bapa saudaranya lagi, memang tuhan jadikan Arfan ini anak yang tabah sejak ibu dan ayahnya tiada.
Dulu Arfan ini susah nak suruh tidur. Sejak arwah tiada, Arfan jadi mudah sangat diurus. Tak merengek.. tidur pun senang. Kalau dia terjaga malam pun dia cuma nak minta susu.
Walaupun tak menjaga Arfan, bapa saudaranya ini mendoakan Arfan dapat limpahan kasih sayang dari keluarga yang lain. Moga Arfan membesar menjadi anak terbaik, yang soleh, beriman dan membanggakan arwah ibu dan ayahnya, Allahyarham Nurul Ashikin Kamaruddin dan Allahyarham Lans Koperal Muhammad Shakiran.
Arwah bapa Arfan juga mempunyai seorang kembar sama jantina, Muhammad Syakirin Shamsudin, 30, tinggal di kampung dan sudah berkeluarga.
MW : Mendoakan semoga Arfan sentiasa di bawah lindunganNya dan rahmatNya.
Sumber/Foto : Harian Metro