Definisi Bahagia BERBEZA, Ada WANITA Sanggup Lepaskan SEGALANYA Kerana Komitmen, UJIAN

Share
Sememangnya definisi bahagia adalah berbeza bagi setiap wanita, malahan ada wanita yang sanggup melepaskan segalanya kerana komitmen dan ujian yang tak pernah dijangka.
Oleh itu, bila ada insan sekeliling kita terutamanya orang yang rapat dengan kita memilih jalan bahagia mereka jangan disalahertikan. Kerana bahagia bagi dia tak mungkin sama dengan cara kita mencari bahagia dalam hidup.
Segelintir mak-mak mungkin bahagia dengan bekerja sambil uruskan rumah tangga, setengahnya pula selesa hidup membujang seterusnya berbakti kepada kedua ibu bapa.
Dan ada juga wanita yang berjaya dalam karier berpangkat tinggi tetapi akhirnya memilih untuk menguruskan keluarga dan anak-anak.
Ikuti perkongsian Siti Suryani Yaakop ini dan fahami mesej yang cuba dia sampaikan :
Dulu masa sekolah menengah kan, aku pernah jadi Ketua Pengawas. Lepas tu segala jenis benda aku nak masuk. Aktiflah sangat konon-kononnya.
Kawan aku pernah cakap, “Kau satu hari nanti, mesti jadi orang hebat. Orang besar”.
Ya. Betul.
Makbul doa kawan aku.
Memang aku jadi orang besar. Tapi yang besar tu cuma badan aku. Aku rasa dia tak habis cakap. Atau aku memang salah faham.
Tu bab besar.
Bab hebat pulak.
Hebatkah?
Apa hidup hebat bagi aku?
Bebas, tenang, gembira.
Bebas memilih jalan hidup aku tanpa perlu bersandar pada definisi kejayaan mengikut hala mata orang lain.

Definisi Bahagia Berbeza

Aku ada kawan. Bujang. Hidupnya sibuk dengan kerja amal. Dia tak kisah cerita nak kahwin. Hendak sedih belum kahwin. Nak kalut bergetar rusuk. Tidak. Dia mencari bahagia dengan mencipta jalan dan tujuan hidupnya sendiri. Buat kebajikan.
Aku juga ada lagi satu kawan. Masa tengah sambung belajar, dia diuji dengan masalah ibu yang sakit. Komitmennya bertambah. Masa, tenaga, duit. Dia memilih ibu.
Akhirnya dia berhenti belajar. Duit bulanan dia tambah bayar pada jururawat khas untuk jaga ibu dia waktu dia bekerja.
Baca Juga Di Sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Juga punya kawan yang jadi pelajar terbaik masa di universiti dulu. Bijak. Cantik. Kemas. Disiplin. Tapi, dia tidak memilih ke mana-mana dengan kehebatan dia. Dia tekad memilih menjadi ibu sepenuh masa.

Pilih Jalan Bahagia Kerana Ujian, Komitmen

Aku melihat orang yang mampu untuk berada di puncak tapi meninggalkan semuanya kerana punya komitmen dan ujian tanpa disangka.
Dan aku lihat juga orang yang mampu berjaya sebenarnya kalau dia usaha. Tapi dia sendiri tak mahu.
Bukan kerana malas usaha, tapi kerana hala tujunya telah berbeza. Haluan hidupnya beralih fasa. Dia memandang hidup dan berjaya dari definisi berbeza dari pandangan kita.
Sebab itu kadang-kadang bila nak bagi motivasi pada orang lain, sedarlah.
Jangan sampai nasihat jadi hinaan. Dan jangan sampai dorongan jadi kutukan.
Tak ketinggalan jangan sampai suruhan jadi desakan.

Setiap Orang Berhak Bahagia

Kita tak tahu apa masalah orang lain yang menghalang dia berjaya dengan definisi sempit kejayaan di mata kita.
Atau memangnya apa pandangan dia mengenai hidup yang tak meletakkan dia di tempat yang sama seperti kita.
Jangan sombong bila Allah menguji kita di tempat kita.
Tidaklah menjadi lebih tingginya kedudukan kita dengan memandang rendah pada orang lain yang tidak berdiri serupa.
Kita fikir kita siapa?
MW: Hormatilah orang lain, setiap orang berhak memilih bahagia mengikut caranya. Renung-renungkan ya!
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Published by
Syazwani Mehat