Dayana Roza selamat lahirkan bayi pramatang sebulan lalu. Tahniah diucapkan buat pelakon, Dayan Roza yang baru saja umumkan kelahiran puteri sulungnya.
Bercerita tentang kelahiran permata sulungnya itu, pemilik nama sebenar Nur Dayana Kamsun Baharin ini menyatakan lebih sebulan lalu dia melahirkan bayi yang diberi nama Astrid Raheeya secara normal pada 20 Julai lalu yang bersamaan dengan hari pertama sambutan Aidiladha.
Dayana Roza Selamat Lahirkan Bayi Pramatang Sebulan Lalu
Isteri kepada A’dale Adham Ayahudin ini melahirkan anak sulungnya secara pramatang atau tidak cukup bulan. Menurut Dayana sepatutnya dia sepatutnya melahirkan anaknya bulan depan.
“Alhamdulillah keadaan serta kesihatan saya dan anak semuanya okey. Anak sulung saya dilahirkan dengan berat 2.4 kilogram jam 11 malam di sebuah hospital swasta di ibu kota.
“Keadaan hingga saat ini semua terkawal. Cuma ikutkan perihal lahir tak cukup bulan ini sudah jadi perkara biasa dalam hidup keluarga saya.
“Saya sendiri lahir tak cukup bulan. Malah adik saya pun mengalami situasi sama seperti saya dan anak. Jadi saya rasa tak pelik. Cuma syukur tak ada komplikasi apa apa dekat anak saya,” ungkap Dayana turut memberitahu pada pagi hari raya Aidiladha dia sempat menikmati pelbagai hidangan hari raya sebelum melahirkan Astrid pada malam hari yang sama.
Ads
Alami Pendarahan
Dayana turut memberitahu dia dimasukkan ke hospital pada sebelah petang selepas mengalami pendarahan.
“Saya makan macam-macam termasuk lemang, rendang dan sebagainya. Sebelah petang sebelum dimasukkan ke hospital, saya sebenarnya mengalami pendarahan. Tapi tidaklah teruk sangat.
“Hinggalah membawa ke malam saya selamat melahirkan anak. Takut juga sebab saya lahir tak cukup bulan bimbang apa apa terjadi. Tapi semua baik baik saja. Seminggu juga saya bermalam di hospital,” ujarnya yang turut akui sewaktu hamil dia agak tertekan berkemungkinan dengan situasi semasa Covid-19.
Selepas melahirkan dan kini Dayana memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak kesayangan. Malah Dayana turut menerangkan dia mengamalkan pengambilan minuman susu kambing selain makanan tambahan lain.
Ads
“Malah hingga sekarang saya terus amalkan rutin minum susu kambing dan makanan tambahan itu. Lagipun saya menyusu badan dan perlu banyak tenaga serta khasiat untuk diri sendiri serta anak,” katanya yang kini cukup gembira bergelar ibu.
Nama Anak Cukup Indah
Nama puteri sulungnya Astrid Raheeya begitu indah dan Dayana juga menerangkan nama tersebut dipilih bersama suami.
“Astrid itu kalau dicari maksudnya di internet membawa maksud keindahan dan kekuatan. Raheeya pula diambil daripada nama arwah ibu suami saya.
“Cuma ejaan asal arwah ibu mentua dieja Rahiya. Tapi saya ubah ejaannya jadi Raheeya dan membawa maksud seperti setia serta penyayang,” katanya seperti mana dipetik menerusi BH Online.
Sumber Foto : Instagram Dayana Roza
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada suami yang tak payah isteri minta pun, dia dengan rela hati peluk isteri ketat-erat. Ada suami pula.. ya ampun! Terseksa jiwa raga isteri. Bukan minta duit pun, minta suami peluk je. Itu pun susah.
Janganlah macam itu wahai suami, sebab bila suami peluk ini, isteri akan jadi lebih tenang emosinya. Dari kalut-kalut susah hati, penat.. terus isteri jadi cair.
Isteri Khai AF, Rosma pun bertanyakan benda yang sama perihal peluk suami isteri ini. Comel je pertanyaannya, tapi bagi pasangan suami isteri. Itulah pertanyaan yang bermacam maknanya.
Peluk Isteri Selalu, Nanti Isteri Jadi Kurus
“Orang tua-tua kata peluk isteri selalu nanti isteri kurus, betul ke?”
“Mungkin betul kot kata orang orang tua. Sebab bila peluk isteri hari-hari, pasti isteri berusaha dan bersemangat nak kurus. Tu sebab malulah setiap kali peluk makin beso gelung tangan suami tu kan.. hihi #janganmarahye.”
“Apa kata suami-suami semua saya challange peluk isteri setiap hari start malam ni juga. Agak-agak sebelum rasa leh kurus tak isteri tu?”
“Kalau nak isteri lebih bersemangat nak kurus, apa kata suami letak #mssenaros jer atas meja makan. Bukan isteri je yang kurus. Suami pun perut boleh kempis sebelum raya gak nanti tau.”
Rosma Hamil Anak Ketiga
Khai atau nama sebenarnya, Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi mendirikan rumahtangga dengan Rosma pada 2008.
Ketika ini, Rosma sedang hamil anak ketiga dan dijangka bersalin pada April ini. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad Amzar Danish dan Nur Amani Damia Mohd.
MW : Peluk isteri ini sebenarnya suami pun akan jadi lebih tenang juga. Sebab masa inilah hormon oksitoksin dibebaskan dan ia memberikan mood tenang lagi damai buat suami isteri. Umur pun nanti jadi lebih panjang. Sebab bahagia.
Malang tidak berbau walaupun di rumah sendiri.Mohon mak ayah memantau pergerakan anak-anak kecil dimana sahaja mereka berada.Jangan sesekali biarkan mereka bersendirian, pasti ada ‘kerja’ yang dibuatnya.
Seorang kanak-kanak di Sandakan terperangkap di dalam sebuah mesin basuh selepas dia memanjat mesin tersebut pagi tadi.
Kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikenali sebagai Mohd Azam Razlan terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas terperangkap dalam bahagian pengering mesin basuh di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila, Batu 12 di Sandakan.
Kaki Terperangkap
Mohd Azam dikatakan bermain seorang diri dalam insiden pukul 10.30 pagi di rumahnya dan difahamkan mula menangis apabila salah satu kakinya terperangkap di dalam bahagian pengering.
Ibu mangsa yang terdengar tangisan anaknya itu bergegas membantu mengeluarkan kakinya tetapi gagal.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khatizah Rahaban berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.43 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa dengan memotong bahagian pengering menggunakan peralatan khas” katanya.
Lebam Dikaki
Khatizah berkata kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan hanya mengalami lebam di kakinya.Operasi mengeluarkan kanak-kanak itu selesai kira-kira pukul 11 pagi.
Alhamdulillah semuanya selamat. Buat mak ayah semoga lebih berhati-hati, mohon pantau keadaan anak-anak selalu dan jangan dibiarkan mereka bermain sendirian.
Sebak hati ini bila dapat tahu suami ini jual tanah demi tanggung kos rawatan isterinya yang sedang sakit. Tak semua kaum isteri beruntung dapat pasangan macam ini, yang masih berusaha mencari sumber kewangan demi merawat sakit ‘orang rumah’ secepat mungkin.
Ujian besar buat pasangan suami isteri bila salah seorang daripadanya ditarik dari sudut rezeki kesihatan tetapi tak siapa tahu hikmah disebalik dugaan ini. Moga kita boleh membantu sedikit apa yang mampu bagi mengurangkan bebanan keluarga ini.
Untuk tahu cerita selebihnya, baca perkongsian daripada saudara Sharipah Eyie ini yang merupakan sahabat kepada pesakit…
Ini Kisahnya
Begitu lah antara bait-bait ayat di post suami sahabat saya. Ya, yang sakit itu sahabat saya. Mazura muhammad. Bagi yang mengenali, dia lah everyone’s favourite di sains pasir puteh dulu. Setelah beberapa kali recover & failed dari serangan virus tb meningitis, aju (nama timangan kepada sahabat saya) kini terlantar serta perlu intensive therapy kerana kini tak mampu berjalan, saya fikir paralyzed dan perlu bantuan sepenuhnya dari keluarga.
Kini hanya mampu tersenyum & menangis. Infected dari pesakit di wad, betapa besar risiko dihadapi perawat setiap hari.
Runtun hati saya, sahabat 1batch, 1kelas. Apa lagi keluarga serta anak aju sendiri yang kian membesar tanpa kasih sayang & belaian dari seorang ibu. Allahuakbar tak dapat digambarkan jika berlaku pada diri saya.
Mari lah sama-sama bantu, boleh salurkan menerusi akaun ini:
Maybank 153010610201 Mazura muhammad
Nak Jual Tanah
Bagi yang berminat nak beli tanah tersebut atau memberi sumbangan dan pertolongan aspek lain, boleh hubungi:
Last but not least, yusie terima kasih. Dikala lelaki lain dengan isteri yang sihat, busy mencari 2,3 dan 4 diluar, awak masih teguh menjaga sahabat saya. Ikhlas dari hati saya yang paling dalam. Inshaallah aju sihat nanti, betapa dia mensyukuri diberi awak dalam hidupnya.
Yang benar,
Eyie
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!