Dayah Bakar Bersalin Tanpa Suami Di Sisi, “Macam Dalam Mimpi, Syukur Alhamdulillah”

Share

Pengacara cantik yang begitu ramah, Dayah Bakar telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki petang semalam.

Dayah atau nama lengkapnya Nurhidayah Abu Bakar, 31, bersalin menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, dengan ditemani ibu dan keluarga.

Sewaktu sedang sarat mengandung.

Difahamkan suami Dayah, Muhammad Hanif Hamidi yang juga merupakan seorang pegawai tentera tidak dapat berada di sisi menyambut kelahiran tersebut kerana bertugas di Australia.

Berkongsi kisah gembira tersebut di akaun Instagram miliknya, Dayah menulis;

“Alhamdulillah.. saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2.23 petang tadi tadi.

“Both mommy and baby doing fine, Alhamdulillah,”beritahu Dayah.

Titipkan Doa

Pengacara rancangan Borak Kopitiam itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang menitipkan doa buat dirinya dan bayi yang baru sahaja dilahirkan.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami. Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little baby is already out.

“Macam mimpi. Indescribable feeling masha-ALLAH. Syukur Alhamdulillah,” luahnya penuh syukur.

Untuk rekod Dayah dan Muhammad Hanif mendirikan rumah tangga pada Jun 2018.

Anugerah Terindah

Sehari sebelum melahirkan, Dayah juga berkongsi luahannya yang terpaksa berjauhan dengan suami tercinta yang juga seorang perajurit.

“Perjuangan ini bukan milikku sahaja,

bukan juga milik kamu,

tapi milik kita bertiga ….

Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan 🤲🏻

Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah🤍

Untuk yang membaca, mohon kalian mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk saya dan little bb. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang tak putus mendoakan . Terima kasih 🙏🏻🤍

P/s : This photo was taken separately malaysia 🇲🇾 🇦🇺 Thank you to @zaidiel_afiqie for making it happen for us 📸”

 

Tahniah kami ucapkan buat Dayah dan suami.

Foto/Sumber: Dayah Bakar

Untuk mendapatkan kisah yang lebih menarik sila ke pautan: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

 

Published by
Norhayati Binti Suboh