DAUN SUP Subur Segar Merimbun, Tak Payah Rendam Akar Tanam Terus! Daun sup seringkali digunakan dalam masakan. Namun biasanya kita nak gunakan sedikit je. Lebih elok kita tanam sendiri, lebih jimat.
Ada bermacam kaedah dan cara untuk tanam daun sup ni.Jika mak-mak yang dah cuba beberapa kali tanam daun sup namun sering tak berjaya sebab pokoknya mudah mati dan tak bertahan lama boleh cuba kaedah tanam terus daun sup seperti yang dikongsikan oleh Bunga Rose ini.
Daun sup dan daun bawang saya segar merimbun. Saya tanam dari lebihan dapur jer. Daun supnya dah guna untuk masak sup saya kerat dalam 2 inci bahagian batang berakar dengan tunas-tunas kecil tu terus tanam.
Tiap kali beli daun sup saya tanam macam tu keliling pasu. Dalam sebulan dah merimbun. Daun bawang saya cuba cara tu failed. Yang tumbuh tu saya semai bawang ros 3 biji. Tanam je terus hidup pulak.
Saya perati daun sup daun bawang ni suka hidup berjiran jadi jangan tanam sepokok jer dalam satu pasu yer. Alhamdulillah senang saya nak masak sup lepas ni.
Cara Saya tanam Daun Sup dari lebihan dapur:
1. Sediakan Pasu Besar
Sediakan pasu yang besar 2 jengkal. Isi dengan tanah potting soil 2 beg (saya beli pasu dan tanah di Mr DIY).
2. Kerat Lebihan Batang 2 Inci
Lebihan daun sup dari dapur (saya kerat lebih kurang 2 inci dari akar kalau yang ada tunas-tunas kecil tu lagi bagus). Saya terus tanam. Saya buat 5 lubang dalam pasu. Mula-mula saya tanam 3 pokok untuk 1 lubang.
3. Penuhkan Lubang
Tiap kali saya beli daun sup saya tanam lagi ikut cara di atas. Penuhkan lubang yang saya dah buat.
4. Siram Waktu Pagi
Saya siram dengan air biasa jer. Renjiskan dengan tangan. Saya siram waktu pagi sahaja. Pasu ni saya letak di balkoni (rumah saya di Tingkat 7). Balkoni ni panas pagi jer. Saya tak siram waktu petang sebab tanah masih lembab.
5. Minggu Ketiga Siram Baja
Minggu ke 3 baru saya mula siram dengan air baja mol roti + air beras. Saya siram dengan air baja seminggu 2 kali. Hari lainnya saya siram dengan air biasa.
6. Daun Bawang Tanam Dari Biji
Daun bawang tu saya tanam dari biji. Saya tanam 3 biji bawang ros. Saya tak kerat pun bahagian atas biji bawang. Saya tanam jer terus celah-celah pokok daun sup.
7. Lebih kurang sebulan. Daun sup saya dah merimbun macam di atas. Daun bawang pun meriah juga.
8. Pastikan Tanah Lembab
Dari pemerhatian saya daun sup dan daun bawang ni tak suka banyak air dan jangan tanam tengah panas. Pastikan tanah sentiasa lembab tapi jangan becak.
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat
Mesti Baca:PANDUAN BETUL Tanam DAUN SUP, Jaga Elok Mampu Hidup Sehingga 2 Tahun!
Baca Lagi Di Sini:Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
Artikel Menarik:Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
Mingguan Wanita:Kalau selalu tak berjaya tanam daun sup, cuba cara dan tip yang dikongsikan ini. Semoga daun sup berjaya di tanam dan hidup subur merimbun.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI