Datuk Yusof & Isteri Titip Doa Buat Puteri Sarah “Mak, Bapa Mentua Sanggup Beri Keterangan, Mereka Nampak Apa Yang Berlaku”

Share

Datuk Yusof & isteri titip doa buat Puteri Sarah. Seperti yang diketahui umum, menerusi prosiding pagi tadi, Syamsul enggan melepaskan isterinya.

Dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur juga mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Sebelum itu, Puteri Sarah mengemukakan bukti baharu yang mendakwa pernah dipukul suaminya itu sekitar 2020, namun tidak membuat laporan polis kerana ketika itu masih sayang.

Datuk Yusof & Isteri Titip Doa Buat Puteri Sarah

Menerusi perkongsian laporan portal berita, ibu kepada dua cahaya mata, Puteri Sarah memberitahu bapa mentuanya Datuk Yusof Haslam dan ibu mentua Datin Patimah Ismail bakal menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangga anak mereka Syamsul Yusof.

Bercerita kepada media, Puteri Sarah memberitahu Datin Patimah menghubunginya pagi tadi bagi memaklumkan sokongan yang akan diberikan kepada dirinya.

“Mak dan bapa mentua saya baru hubungi pagi tadi maklumkan mereka ingin mencelah dan menjadi saksi apabila berhadapan dengan orang ketiga dan Syamsul.

“Mereka sanggup nak beri keterangan kerana mereka sentiasa dengan saya, mereka nampak apa yang berlaku.

“Malah mereka turut titipkan doa untuk saya hari ini,”  kongsi Puteri Sarah.

Perasaan Sayang Sudah Tidak Ada

Pada waktu yang sama, Puteri Sarah turut meluahkan sudah lama perasaan sayang terhadap suaminya tidak wujud.

Persoalan media, adakah masih menyimpan rasa sayang terhadap suaminya? Terus dinafikan Puteri Sarah.

“Tolong lepaskan saya. Perasaan sayang sudah tiada,” tegas Puteri Sarah.

Baca Disini : Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul Syamsul “Sebelum Ini Berdiam Diri, Masih Menyimpan Rasa Sayang”

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto :  Instagram Puteri Sarah  Instagram Datin Patimah

 

Published by
Norhayati Suboh