Datuk Siti Nurhaliza taja 20 pasangan program IVF, warga maya puji usaha murni bantu usaha miliki zuriat. Anak adalah penyeri rumah tangga selain penyambung zuriat dalam sesebuah perkahwinan.

Datuk Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Program IVF, Warga Maya Puji Usaha Murni Bantu Usaha Miliki Zuriat

Bagaimanapun bukan semua pasangan yang berkahwin melalui jalan mudah untuk memiliki zuriat. Ada pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun namun masih belum berpeluang memiliki zuriat.

Datuk Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Program IVF, Warga Maya Puji Usaha Murni Bantu Usaha Miliki Zuriat

Persenyawaan in vitro (IVF) adalah usaha buat pasangan memiliki zuriat. Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @nurjiwafoundation

Video berkenaan memaparkan Tokti yang memberi tahu bahawa di bawah yayasan Nurjiwa Foundation akan mengadakan program IVF bagi 20 pasangan yang telah berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata.

Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut:

Kriteria Kelayakan:
– Warganegara
– Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000
– Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun
– Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah
– Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri)

Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja.

Daftar sekarang di: [https://forms.gle/AofVeCKGwhdQPgVJA]

@nurjiwafoundation Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut: Kriteria Kelayakan: – Warganegara – Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000 – Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun – Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah – Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri) Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja. Daftar sekarang di: [https://forms.gle/AofVeCKGwhdQPgVJA] #YayasanNurjiwa #IVFNurjiwa #SempurnakanSebuahCinta #AlhayaFertilityCentre ♬ original sound – Siti Nurhaliza

Rata-rata ramai warga maya terpegun dengan video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa program yang dibuat oleh Tokti bersama suaminya di bawah yayasan tersebut akan memberi sinar baru dalam kehidupan pasangan yang kurang berkemampuan tetapi teringin untuk memiliki zuriat.

Berikut antara komen-komen warga maya:Datuk Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Program IVF, Warga Maya Puji Usaha Murni Bantu Usaha Miliki Zuriat Datuk Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Program IVF, Warga Maya Puji Usaha Murni Bantu Usaha Miliki Zuriat

Datuk Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Program IVF, Warga Maya Puji Usaha Murni Bantu Usaha Miliki Zuriat

Sumber: TikTok nurjiwafoundation

Kredit foto: Instagram CTDK

Baca artikel lain juga: Baju Sarat Mesej Pilihan Dato Sri Siti Nurhaliza. Pereka Fesyen Dedah Simbolik Gaun Berlian Bersulam Tangan

Nak Tegur Jangan Sampai Malukan Orang, Siti Nurhaliza Nasihat Jaga Adab Berhemah Komen Di Media Sosial

 

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI