Sebagai seorang ibu penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza sangat bersyukur dikurniakan seorang anak perempuan yang sempurna, Siti Aafiyah, 3.
Berkongsi perkembangan anak sulungnya yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran ketiga, Siti berkata, Aafiyah seorang yang aktif dan mudah dididik.
“Sebagai ibu, saya sangat gembira melihat perkembangan yang ditunjukkan. Alhamdulillah, Aafiyah anak yang aktif, mudah belajar dan dididik.
“Afiyah kalau sukakan sesuatu, dia menunjukkan rasa suka dan keterujaan itu.
“Misalnya ketika latihan sebelum majlis pelancaran Beaukids berlangsung, dia menunjukkan keterujaan apabila menyaksikan dewan dipenuhi gambar dan poster memaparkan wajahnya, apatah lagi bila namanya disebut.
“Sebagai ibu, saya sangat gembira melihat perkembangan yang ditunjukkan. Alhamdulillah, Aafiyah anak yang aktif, mudah belajar dan dididik,” luah Siti.
Mengulas tentang populariti dan pengaruh dimiliki Aafiyah, kata Siti, apa yang dilalui anaknya itu sama sahaja seperti anak selebriti lain yang turut mendapat perhatian serupa.
“Kalau bercakap soal pengaruh, bukan Aafiyah sahaja, tetapi mana-mana anak selebriti lain juga menjadi perhatian umum.
“Aafiyah mendapat perhatian kerana orang mengikuti perkembangannya dalam Instagram saya.
“Bagaimanapun, saya sentiasa memastikan dia membesar seperti kanak-kanak lain dan berkawan dengan semua orang macam saya lalui dulu.
“Cuma satu perkara saya tidak boleh ubah ialah kenyataan dia anak seorang selebriti dan akan sentiasa jadi perhatian,“ katanya yang belum berhasrat membuka akaun Instagram rasmi buat anaknya.
Sumber Foto: Instagram CTDK
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita