Datuk Siti Elak Aafiyah Leka Dengan Gajet “Seorang Guru Pula Jaga, Mengajar & Lakukan Aktiviti Bersama Anak”

Share

Datuk Siti elak Aafiyah leka dengan gajet, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43 berasa lega dan bersyukur apabila mendapat khidmat seorang guru sebagai pengganti pengasuhnya yang tamatkan perkhidmatan.

Malah Siti juga menerangkan dia tidak mahu anak sulungnya, Siti Aafiyah, 4 terlalu memberi tumpuan pada gajet dan dengan khidmat bersama pengasuh baru yang juga seorang guru Aafiyah boleh lakukan pelbagai aktiviti.

Datuk Siti Elak Aafiyah Leka Dengan Gajet

Ketika sidang media secara virtual Majlis Ulang Tahun Kedua Beausiti Stronger 2Gether baru-baru ini Siti berkongsi perkembangan Aafiyah yang kini bersama penjaga baharunya, setelah pengasuh anak sulungnya sebelum ini, Nur Hidayah Zubit atau lebih dikenali sebagai Dayah menamatkan perkhidmatannya baru-baru ini.

“Selepas Dayah berhenti kerana berkahwin, saya dan suami mendapatkan khidmat orang baharu yang juga merupakan seorang guru untuk mengajar dan melakukan aktiviti bersama Aafiyah di rumah.

“Alhamdulillah saya lega apabila dapat seorang cikgu untuk jaga Aafiyah. Setiap hari saya lihat banyak perkembagan positif daripada Aafiyah.

“Saya tidak mahu dia hanya tertumpu pada gajet sahaja, sebaliknya biar dia ada aktiviti lain bersama cikgunya, walaupun saya tiada di rumah.

“Afwa pula masih lagi baby, tak berapa faham lagi. Jadi tak terlalu sukar macam  Aafiyah,” ungkapnya.

Pandemik Covid-19, Banyak Masa Di Rumah

Akui Siti lagi, pandemik Covid-19 menyebabkan pelbagai aktiviti terpaksa dihentikan dan banyak masa dihabiskan di rumah.

Malah kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan melihat perkembangan mereka di depan mata setiap hari.

Kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang kini memasuki usia lima bulan, sedang membesar dan memerlukan sepenuh perhatian daripadanya.

“Gembiralah hati saya dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Itulah hikmah di sepanjang PKP ini di mana saya banyak meluang masa dengan anak-anak di rumah.

“Walaupun terlibat dengan pelbagai zoom meeting di rumah, tetapi dalam masa masih dapat tengok dan uruskan anak. Jika saya bekerja seperti biasa di luar, kena masuk pejabat atau aktiviti lain melibatkan kerjaya seni, tentunya lewat petang baru balik rumah bertemu mereka,” luah Siti.

Sumber Foto : Instgaram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sumber : Sinarplus

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh