Datuk Seri Vida

Pengasas syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida a.k.a. Datuk Seri Hasmiza Othman berhasrat untuk membawa 18 pelajar yang terlibat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Jalan Keramat Ujung di sini, untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 46, berkata keputusan itu dibuat selepas menerima cadangan netizen apabila ditanya langkah yang perlu beliau ambil bagi menghilangkan kemurungan semua pelajar terbabit.

“Saya ingin mengambil mereka sebagai anak angkat saya dan membawa mereka semua ke rumah saya di Ipoh, Perak selama sebulan untuk menghilangkan trauma dan menenangkan mereka selepas terlibat dalam kebakaran.

IKLAN

Hanya mereka yang pernah terlibat dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu,” katanya pada pemberita selepas melawat pusat tahfiz itu di sini malam ini bersempena sambutan Awal Muharram 1439H.

Beliau berkata, lapan kakitangan pusat tahfiz itu akan turut serta mengerjakan umrah bersama mereka.

IKLAN

Selain pakej umrah itu, beliau juga bercadang untuk membawa semua mangsa untuk bercuti bagi merawat trauma kanak-kanak terbabit.

IKLAN

Khamis lalu, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban akibat terperangkap di asrama dalam tragedi kebakaran jam 5.15 pagi.

Kredit: Bernama

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI