Datuk Seri Siti Nurhaliza mohon maaf. Sebagai manusia biasa, seseorang itu sudah pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Begitu juga dengan penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Terbaru penyanyi yang juga bergelar Biduanita Negara itu, terkhilaf mempromosi produk berasas nikotin di sosial media miliknya. Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tampil mengakui kesilapan dan membuat permohonan maaf.
Pada masa yang sama, Siti Nurhaliza juga akui dirinya sedar kesilapan itu berpunca akibat tidak menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut.
“Maaf di atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di hantaran Instagram saya sebelum ini.
“Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut,” ujarnya.
Siti Nurhaliza berkongsi hal tersebut menerusi hantaran di platform sama. Siti Nurhaliza juga turut berterima kasih di atas teguran dan sudah memadam hantaran tersebut.
“Terima kasih di atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan hal ini kepada saya.
“Saya sudah memadamkan posting tersebut dan terima kasih sekali lagi di atas teguran yang diberikan,” sambungnya lagi. Terdahulu, Siti Nurhaliza memuat naik sebuah hantaran mempromosikan produk nikotin tetapi telah menerima teguran daripada banyak pihak.
Baca Disini : Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Terharu Peminat Beli Iklan
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.