Berita

Datuk Red Pertahankan Rumah Tangga, Masih Sayangkan Perkahwinan Dengan Adira

Share

Datuk Red pertahankan rumah tangga. Kemelut rumah tangga dan penyanyi Adira Shuhaimi dan suaminya Datuk Seri Adnan atau Datuk Red semakin berpanjangan.

Malah peguam syarie mewakili Adira, Nor Saidah Zakaria menerangkan, anak guamnya masih lagi tetap mahu meneruskan keputusannya untuk berpisah selepas memfailkan perceraian pada 25 Oktober lalu.

“Setakat ini Adira masih tetap dengan keputusannya (untuk bercerai).

“Tetapi saya tidak boleh bercakap lebih lanjut sebab tidak mendapat arahan daripada anak guam saya (Adira),” ujar Nor Saidah seperti mana dipetik Kosmo Online.

Datuk Red Pertahankan Rumah Tangga

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini menetapkan 5 Mac 2024 bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses penceraian mereka.

Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar menetapkan tarikh itu selepas prosiding perlantikan wakil JKP oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 42, telah selesai hari ini.

Dalam prosiding hari ini juga, Datuk Red melantik rakannya sebagai wakil JKP.

Manakala Adira, selaku plaintif telah selesai melantik kakaknya Emma Suhaimi bagi wakil JKP berkenaan.

Adira bagaimanapun tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor hari ini selepas mahkamah mengecualikan kehadirannya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Datuk Red, Muhammad Akmal Amzan pula menjelaskan  anak guamnya telah melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) seperti yang diperintahkan mahkamah sebelum ini, selepas Datuk Red, selaku defendan gagal membawa wakil pada sebutan kes pertama pada 4 Disember lalu.

Namun Akmal menerangkan bahawa anak guamnya tetap dengan pendirian untuk cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Adira.

“Anak guam saya (Datuk Red) telah melantik sahabat baiknya sebagai JKP.

“Seperti sebelum ini, anak guam saya tetap mahu mempertahankan rumah tangganya kerana masih sayangkan perkahwinannya,” kata Akmal.

Menerusi hari ini, peguam syarie Muhammad Akmal Amzan yang mewakili Datuk Red selaku defendan menyatakan ingin mengambil masa selama enam bulan bagi proses JKP itu.

Namun peguam syarie Nor Saidah Zakaria yang mewakil Adira membantah dan tidak bersetuju dengan tarikh yang panjang tersebut.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Hakim Syarie kemudian menetapkan 5 Mac tahun depan bagi kedua-dua pihak mengemukakan laporan JKP masing-masing.

Untuk rekod, Adira memfailkan perceraian dengan suaminya pada 25 Oktober lalu selepas mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinan mereka.

Baca Disini : Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Datuk Red

Sumber : Kosmo Online

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

 

Published by
Norhayati Suboh