Datuk Red akhirnya lafaz cerai talak satu. Selepas mengikat tali perkahwinan selama sembilan tahun akhirnya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih popular dengan nama Datuk Red melafazkan cerai kepada isteri keduanya, Adira.
Seperti yang diketahui umum pasangan tersebut telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Seperti mana laporan media, pagi tadi Datuk Red telah melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang. Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar jam 9.39 pagi mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
“Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” lafaz Datuk Red.
Penyanyi dan juga pempengaruh sosial media, Adia begitu tenang ketika kes dibacakan manakala Datuk Red pula kelihatan sayu. Pada masa yang sama Adira juga bersetuju tidak menuntut sebarang nafkah. Pasangan itu bersalaman dalam dewan bicara sebelum bersurai.
Untuk rekod Mac lalu, Adira dan Datuk Red hadir bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.
Datuk Red melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil JKP, manakala Adira selaku plaintif melantik kakaknya, Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman. Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.
Selain Adira perkahwinan Datuk Red dengan isteri pertama, Datin Red mempunyai lima cahaya mata. Sebelum itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkahwinan.
Baca Disini : Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak, Datuk Red Akui Lalai “Asyik Minta Maaf Banyak Kali”
Sumber Foto Instagram Adira :
Sumber : Berita Harian
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.