Datuk Fazley nafi gosip rumah tangga adiknya & Mawar berantakan. Sebelum ini heboh di media sosial adik ipar kepada Datuk Fazley yang juga isteri kepada Raf Yaakob, Mawar Rashid mengambil keputusan tidak lagi berhijab dan menyatakan mempunyai masalah kesihatan mental yang serius.
Dek kerana itu juga bertebaran khabar angin yang menyatakan rumah tangga adiknya itu sedang berantakan.
Terbaru Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob membuka mulut dan menafikan rumah tangga adiknya bergolak.
Datuk Fazley menyatakan sebagai abang long dia begitu rapat dengan adiknya. Malah turut menegaskan hubungan Raf dan Mawar tidak punya apa masalah.
“Sebenarnya tak ada pun. Sebab saya memang sangat rapat dengan Raf.
“Raf bercerita apa saja dengan saya. Kami sangat dapat. Jadi saya tahu tiada masalah pergolakan rumah tangga.
“Yang seronoknya, Raf pun baru balik umrah kan.
“Saya tanya bagaimana (rumah tangga), dia cakap semua okay. Sebab dia memang jenis sangat ‘open’ dengan saya,” katanya seperti mana dipetik menerusi portal Berita Harian.
Heboh tentang Mawar yang sebelum ini bertindak membuka tudung, Fazley menerangkan Mawar dalam keadaan baik.
“Itu adalah pilihan peribadinya. Keluarga menanti, melihat, mendoakan yang terbaik untuknya.
“Sejak isu itu, saya tidak berjumpa dengannya (Mawar). Saya bagi ruanglah.
“Tapi sudah tentulah sebagai abang long, saya orang pertama yang ‘WhatsApp’ dia.
“Saya nyatakan sentiasa di belakangnya dan yakin dia sudah fikir betul-betul. Raf kata keadaannya baik-baik saja, alhamdulillah,” ungkap Fazley.
Menarik Disini ; Tanggal Tudung, Mawar Rashid Mohon Maaf Gagal Untuk Terus Istiqamah
‘Umur 26 Dapat Beli Banglo..’ Mawar Rashid Sedih Dikata Materialistik
Sumber : Berita Harian
Sumber Foto : Instagram Mawar Rashid
Mingguan Wanita : Semoga baik-baik saja buat Mawar Rashid.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.