Datuk Fadzilah beri pujian. Seperti yang diketahui ramai kisah pempengaruh Alif Teegar yang berkahwin dua mendapat perhatian ramai.
Dek kerana mempunyai nama yang sama, Alif Satar turut menerima tempias. Malah Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah juga turut memujinya sebagai contoh lelaki terpuji.
Menerusi perkongsian di media sosial, Datuk Fadzilah memuji keperibadian Alif.
“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar saja yang Tok Abah berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap. Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!” kata pakar motivasi popular itu.
Seperti mana dipetik menerusi portal berita Alif Satar menyatakan enggan menangguk di air keruh dek kerana pujian yang diberikan.
“Saya segan, tak ‘best’ sebenarnya hal pujian datang daripada berita negatif orang lain.
“Jika ‘fun’ dan kelakar di media sosial tapi orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris. Netizen pun komen pedas-pedas dan kelakar.
“Saya tak suka komen sebab saya tahu pun apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana. Datuk Dr Fadzilah komen itu alhamdulillah segala pujian bagi Allah, saya tak rasa patut berbangga dengan pujian ini.
“Orang boleh cakap apa negatif atau positif. Tapi saya tak berapa berkenan jika pujian itu lahir daripada berita tak berapa enak orang lain,” ungkap Alif seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Menurut Alif lagi, dia ada juga turut menerima mesej yang bertanya adakah dirinya bernikah lain.
“Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen yang bertanya bila saya bernikah lain.
“Mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Buka aib saya macam mana?
“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini jadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri,” sambungnya.
Menarik Disini : Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak “Boleh Buat Nangis 4 Lautan”
Sumber : Harian Metro
Foto : Instagram Alif Satar
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.