Hiburan

Datuk Chef Wan Kongsi Bebas Dari Kanser, Amal IF Selain Cut Sugar Untuk Kehidupan Sihat

Share

Datuk Chef Wan gembira bebas dari kanser, cut sugar & buat IF untuk kehidupan sihat. Ogos tahun lalu, Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, 65, atau mesra disapa Chef Wan berkongsi dirinya disahkan menghidap kanser limfoma.

Berkongsi kisah sedih itu di instagram miliknya,  Chef Wan memaklumkan dirinya kini berada dalam keadaan stabil kerana kanser dihidapinya masih di peringkat awal. Jelasnya, beliau didiagnos menghidap kanser itu selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital.

Jelasnya, beliau didiagnos menghidap kanser itu selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital setahun lalu.

Datuk Chef Wan Kongsi Bebas Dari Kanser

Dan tidak sampai setahun berjuang dengan kanser, Chef Wan berkongsi berita gembira dirinya sudah bebas dari kanser limfoma.

“Alhamdulillah, badan saya kuat. Pada cycle kimoterapi yang ketiga, semua sel-sel kanser saya telah pun mati kesemuanya.”. Doktor turut maklumkan bahawa badan Chef Wan dapat bertahan tanpa muntah dan masih kekal kuat walaupun ubat kimoterapinya dinaikkan dos sebanyak 7 kali kuat berbanding kimoterapi yang biasa.

“Saya didiagnos kanser kerana stres bekerja. Tapi alhamdulillah, selepas ikut semua saranan doktor, saya berkongsi berita gembira sudah bebas dari kanser.

Amal IF Selain Cut Sugar Untuk Kehidupan Sihat

Chef Selebriti ini turut berkongsi berikutan berat badannya agak naik, 86 kg, buat masa ini saya cut sugar dan amalkan pemakanan sihat. Masa yang sama saya amalkan  intermittent fasting, hanya makan sekali sahaja,. Insya Allah, untuk kehidupan yang lebih sihat selepas ini,” katanya yang ditemui baru ini.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Chef Wan Minta Maaf Isu Hina Pakaian Aishwarya Rai Di Festival Cannes, “Tiada Niat Rasis Atau Hina Agama”

Chef Wan Bersyukur Sel Kanser Belum Merebak Ke Otak, Selesai Buat Kemoterapi Tulang Belakang

Sakit Lutut, Chef Wan Lakukan Rawatan PRP “Dah Tua Pun. Kuranglah ‘Pelincir’, Sebab Dah Kehausan”

Follow kami di TELEGRAM

, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros