Datuk Aznil selesa menjadi bapa tunggal. Luahan pemilik nama sebenar Datuk Aznil Haji Nawawi atau selesa dengan sapaan Pak Nil ini semememangnya menampakkan dirinya seolah sudah terbiasa dengan ketentuan dari Allah SWT tentang dirinya sebagai bapa tunggal.
Malah tanpa insan yang bernama isteri disisi bukanlah satu keutamaan dalam kehidupannya. Meneruskan kehidupan dan survival bapa kepada tiga orang anak ini meletakkan kerja seni dan tanggungjawabnya kepada masyarakat sebagai perkara pertama.
Datuk Aznil Selesa Menjadi Bapa Tunggal
Seperti yang diketahui, selebriti popular yang kini menginjak usia 60 tahun ini punya prinsip tersendiri dengan memilih untuk menjaga privasi anaknya. Permata hati Fildza Haifa, Fariq Haizen, dan Firdaus Hariz masing-masing sudah dewasa.
Malah akui Pak Nil anak-anaknya juga tidak pernah bertanya soal jodoh.
“Anak saya pun tak pernah tanya fasal jodoh.
“Mereka pun tahu dan selalu nampak papa asyik sibuk tak habis habis.
“Anak sulung saya sendiri pun jenis wanita bekerjaya. Soal kahwin bukan keutamaan.
“Namun hubungan mereka dengan mama (bekas isteri) terus terjalin baik biarpun duduk dengan saya,” terang Pak Nil.
Didik Anak Hormat Orang Tua
Malah Pak Nil juga menerangkan dia turut mendidik anak-anaknya agar sentiasa menghormati orang tua dan perlu pandai membuat keputusan sendiri.
“Saya didik mereka untuk hormat orang tua. Saya juga ajar mereka untuk sentiasa kena pandai buat keputusan sendiri dengan betul.
“Saya dan mereka pun hidup dalam era yang berbeza. Ada benda yang mereka tempuhi, saya tidak lalui. Begitulah sebaliknya.
“Paling utama dalam setiap langkah mereka, saya selalu ingatkan untuk fikir panjang dulu sebelum membuat keputusan atau bertindak,” sambungnya.
Kena Belajar Memasak
Duta produk jenama Nakada ini juga memberitahu kehidupan sebagai bapa tunggal juga bukanlah sesuatu yang mudah. Namun perlu belajar memasak.
“Apabila jadi bapa tunggal kenalah belajar memasak. Dulu masa zaman bujang, skil itu mungkin terbatas.
“Tapi sekarang kalau diminta masak menu itu, ini… mungkin saya boleh siapkan.
“Tambah pula, memasak sekarang tak perlu skil. Konsep letak bahan dan campur diperlukan dalam mesin, siap dan boleh dimakan.
“Sejak Mei tahun lalu saya dilantik jadi duta jenama kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada, lagi tambah senang kerja dan hidup ini,” terang Pak Nil lagi.
Menarik Lagi : Lawat Orang Sakit & Bantu Fakir Miskin, Pak Nil Tak Lokek Sejak Dulu Suka Buat Kerja Amal
Air Mata Mengalir Fikirkan Mangsa Banjir, Bantu Bina Hidup Wujudkan Kedai Percuma Pak Nil
Mingguan Wanita : Kagum dengan sikap Pak Nil yang tidak pernah sombong dan sentiasa ramah menjawab persoalan daripada media.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI