Syarikat peneraju dalam produk kesihatan halal, makanan tambahan dan kecantikan yang berkualiti tinggi Eskayvie, mengumumkan pembukaan Pusat Edaran Eskayvie di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu lalu.
Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, menjadi inspirasi mereka untuk membantu meningkatkan ekonomi dan kesihatan keluarga serta masyarakat.
Menurutnya, mereka ingin terus berkongsi kebaikan produk kesihatan berkualiti tinggi keluaran Eskayvie itu kepada lebih 1.9 juta penduduk Kelantan.
“Kami yakin dengan pembukaan pusat edaran ini akan memberi peluang kepada penduduk Kota Bharu mendapatkan produk kami dengan lebih cepat dan menjimatkan.
Ads
“Selain itu, pusat latihan yang lengkap turut disediakan bagi membantu usahawan tempatan yang berminat dalam bidang perniagaan.
“Program latihan dan bimbingan yang komprehensif juga disediakan untuk membantu setiap usahawan Eskayvie membangunkan perniagaan yang berjaya sekaligus mencapai tahap kewangan yang lebih baik.
Kami sangat komited untuk melahirkan dan melatih 5000 usahawan baru di Kelantan” katanya.
Ads
5000 usahawan baru Kelantan bakal dilatih
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie selaku formulator produk-produk berkualiti Eskayvie Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri turut berkongsi berkongsi pandangan mengenai keunikan rangkaian produk keluaran Eskayvie.
Kepakaran beliau selama lebih 35 tahun dalam bidang kesihatan digunakan sepenuhnya bagi memformulasikan produk berkualiti syarikat itu yang terbukti memberi kebaikan kepada masyarakat.
“Keseluruhan rangkaian produk ini bukan saja diformulasikan daripada bahan semula jadi, malah menggunakan bahan berkualiti premium dan berpaten dunia. Ia sangat penting bagi membantu tahap kesihatan masyarakat di Malaysia.
“Di antaranya adalah Eskayvie Mindtropic. Produk ini memfokuskan kepada kesihatan minda dengan bahan utama Phosphatidylserine untuk membantu anak belajar, menguatkan daya ingatan dan fokus dalam kelas.
Eskayvie Diffenz dan Eskayvie Diffenz Junior pula mengandungi Cendawan Susu Harimau yang baik untuk kesihatan paru-paru dan sistem pertahanan tubuh,” katanya.
Majlis pelancaran turut dihadiri Duta Eskayvie, Datuk Aznil bin Haji Nawawi yang menyokong inisiatif murni Eskayvie untuk terus menyebarluaskan peluang perniagaan serta manfaat produk berkualiti yang disediakan Eskayvie untuk masyarakat.
Sempena kedatangan bulan Ramadan, Majalah RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv
Sdn Bhd telah menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 dengan memasak 1,500 mangkuk bubur lambuk. Program ini berlangsung di AEON Mall Shah Alam pada 16 Mac 2024, bermula pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang semalam.
Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini telah berlangsung selama enam tahun berturut-turut. Kali ini, Majalah RASA bersama BABA’S, berganding bahu untuk memasak dan mengedarkan secara percuma 1,500 mangkuk bubur lambuk kepada warga Shah Alam dan kawasan berhampiran selain diedarkan eksklusif kepada para petugas hospital, pegawai agensi badan beruniform dan warga Shah Alam.
Program ini tidak hanya bertujuan untuk memasak dan menyediakan hidangan yang berkhasiat, tetapi juga untuk memupuk rasa perpaduan dan rasa syukur dalam masyarakat. Program ini juga adalah bukti komitmen RASA dan rakan penaja serta kolaborasi menunaikan tanggungjawab sosial. Ramadan adalah masa terbaik bagi mencapai matlamat ukhuwah ini.
Program yang pertama berlangsung pada 16 Mac Di AEON Shah Alam telah direncahkan oleh BABA’S dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Sissy Iman dan Chef Qayyum yang merupakan seorang chef selebriti yang tidak asing lagi di kalangan peminat rancangan memasak.
Sebagai sebahagian daripada usaha yang mulia ini, Chef Qayyum telah menyumbangkan kepakaran memasaknya dalam penyediaan bubur lambuk warisan bagi memastikan rasa bubur lambuk dimasak menepati cita rasa masakan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyuarakan rasa kegembiraan dan komitmen penuh para penaja dan rakan kolaborasi terhadap program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.
“Kami sangat berbangga dan bersyukur dapat bersama-sama dengan BABA’S untuk menyumbang kepada masyarakat, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam, melalui inisiatif penyediaan 1,500 mangkuk bubur lambuk.
Semangat kebersamaan dan keikhlasan dalam berbakti kepada masyarakat. Ini semua selaras dengan nilai-nilai yang kami galakkan, dan kami berharap program ini dapat memberi kegembiraan dan keceriaan kepada mereka yang menerima sumbangan ini”.
Syamil juga mengajak pihak lain dari sektor korporat dan masyarakat untuk turut serta dalam usaha ini, mendukung program kebajikan dan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.
“Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk menjayakan inisiatif kebajikan yang sejajar dengan nilai-nilai kemasyarakatan dan keinsanan.”
Emma Masri, selaku Ketua Unit Bisnes Masakan dan Dekor juga menyatakan pentingnya menjalani inisiatif seperti ini dalam bulan Ramadan, di mana nilai-nilai kasih sayang, kepedulian dan solidariti amat ditekankan.
“Bulan Ramadan adalah masa yang istimewa dan kami melihat Program RASA Bubur Lambuk Warisan sebagai peluang untuk berkongsi kebahagiaan dengan komuniti. Kami berharap hidangan bubur lambuk yang disediakan dapat memberi keselesaan dan keceriaan kepada penerima, sambil merapatkan ukhuwah di antara kita semua.”
Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA‘S menyatakan pandangan positif terhadap penglibatan BABA’S dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.
“Ini merupakan kali kedua penglibatan BABA’S dan sangat berbesar hati dapat bekerjasama. Kami menggunakan beberapa produk keluaran sebagai bahan utama masakan bubur lambuk warisan pada kali ini, antaranya Serbuk Kurma Baba’s, Serbuk Sup Baba’s dan Serbuk Jintan Manis dan Serbuk Lada Hitam Baba’s. Gabungan ini menghasilkan rasa enak dan menaikkan selera.
Tuan Haji Azrain Mohamad turut menekankan nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang dipegang teguh oleh BABA’S. Beliau berkata, “Penglibatan kami dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan.
“Kami percaya bahawa melalui usaha bersama dengan Majalah RASA, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam.”
Pengedaran Bubur Lambuk akan diadakan di pelbagai lokasi dengan tumpuan kepada petugas-petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.
Majalah RASA dan BABA’S, menjemput orang ramai untuk menyertai usaha bermakna ini . Maklumat lanjut dan kemas kini mengenai program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024, sila layari www.rasa.my atau hubungi majalah RASA 0196328758.
Selain itu, jangan lupa saksikan rancangan masakan rancangan Rasa Mak Ajar Masak yang dibawakan oleh BABA’S.
Teringat masakan mak? Rasa Mak Ajar Masak, program masakan istimewa akan membawa anda mengimbau memori Ramadan menerusi resipi tradisi keluarga yang dikongsi oleh selebriti tanah air bersama mak atau anak mereka. Masakan paling sedap adalah hidangan yang mak kita masak.
Antara selebriti yang terlibat ialah Menampilkan selebriti seperti Diana Danielle, Fizo Omar, Uyaina Arshad, Nubhan Ahmad, Didie Alias, Aiman Tino, Ruhainies, Sharifah Shahira, Wafiy Aan, Abby Abadi, Dato Nora Ariffin, Tyzo Xander.
Rasa Mak Ajar Masak tampil dengan pelbagai resipi menarik untuk anda cuba. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini akan disiarkan bermula 11 Mac 2023, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Warna Rasa Ramadan, bufet bertaraf 5 bintang dengan harga mesra poket di Royale Chulan Hotels & Resorts.
Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga masa untuk menghargai kenangan berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat. Tahun ini, Royale Chulan Hotels & Resorts mengembalikan nostalgia iftar dengan sentuhan tradisional dan moden dalam bufet “Warna Rasa Ramadan” yang pasti membangkitkan selera serta kenangan manis anda!
Warna Rasa Ramadan
Dengan lebih 150 pilihan juadah autentik dan fusion, harga yang mesra poket dan mampu milik setiap lokasi hotel ini iaitu di Royale Chulan Kuala Lumpur, Seremban, Damansara, The Curve, Pulau Pinang dan Cherating Villas & Chalets menawarkan pengalaman berbuka puasa yang berbeza.
Dari aroma Kambing Golek yang memikat hingga keenakan Bubur Lambuk klasik, setiap suapan membawa anda ke zaman kegemilangan dapur nenek.
Setiap hotel di bawah Royale Chulan Hotels & Resorts telah menyusun menu eksklusif yang menampilkan masakan tempatan terbaik, serta gabungan hidangan antarabangsa untuk memenuhi selera setiap tetamu. Dengan lebih 150 hidangan lazat dihidangkan di setiap lokasi, pengalaman berbuka puasa tahun ini pasti lebih bermakna.
Bufet Bertaraf 5 Bintang Dengan Harga Mesra Poket
Iftar di Enam Lokasi Pilihan:-
Royale Chulan Kuala Lumpur (3 – 29 Mac 2025) – Bertemakan desa tradisional di Warisan Cafe dengan persembahan muzik ghazal dan kemudahan solat Tarawih. Promosi: RM188 nett sebelum 15 Feb.
Royale Chulan Seremban (2 – 30 Mac 2025) – Sajian khas Negeri Sembilan seperti Rendang Pucuk Ubi dan Kawah Oxtail Asam Pedas. Promosi: RM110 nett sebelum 28 Feb.
Royale Chulan Damansara (2 – 29 Mac 2025) – BBQ & Lok-Lok interaktif serta pencuci mulut tradisional seperti Serawa Durian. Promosi: RM148 nett sebelum 10 Mac.
Royale Chulan The Curve (2 – 29 Mac 2025) – Hidangan istimewa dengan Kids’ Corner dan cabutan bertuah eksklusif. Promosi: RM119 nett sebelum 25 Feb.
Royale Chulan Penang (2 – 30 Mac 2025) – Nikmati Sup Tulang Rawan dan Nasi Mandy Kambing dalam suasana klasik di Boustead Hall. Promosi: RM100 nett sebelum 21 Feb.
Royale Chulan Cherating Villas & Chalets (3 – 29 Mac 2025) – Berbuka dengan suasana pantai dan hidangan Arab seperti Shawarma dan kebab. Nikmati hidangan di The Courtyard dengan suasana yang menarik. Promosi: RM90 nett sebelum 1 Mac.
Promosi Istimewa Ramadan
Selain bufet yang menggiurkan, Royale Chulan Hotels & Resorts turut menawarkan pakej penginapan Ramadan yang merangkumi sahur dan bufet iftar di hotel-hotel terpilih. Harga bermula dari RM175.00 nett untuk satu malam.
Bagi mereka yang ingin mengadakan mesyuarat korporat sepanjang bulan Ramadan, pakej mesyuarat Ramadan turut tersedia dengan harga bermula dari RM218.00 nett.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau hubungi hotel pilihan anda hari ini! Nikmati juadah enak dan raikan Ramadan dengan penuh keberkatan di Royale Chulan Hotels & Resorts.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Di dakwa di mahkamah! Anggota tentera yang videonya tular menumbuk seorang wanita di Senawang bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh dengan sengaja menumbuk dengan menggunakan tangan di bahagian kepala seorang wanita berusia 28 tahun. Kesalahan itu dilakukan pada 29 Mac 2025, kira-kira jam 10.20 malam di Taman Satria, Senawang, Negeri Sembilan.
Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.
Sebelum ini tular satu klip memaparkan seorang pemandu kereta Perodua Axia wanita ditumbuk seorang lelaki dekat Taipan Senawang. Kejadian dipercayai berpunca selepas lelaki berkenaan berang kerana mendakwa anaknya dilanggar pemandu kereta jenis Perodua Axia terbabit ketika melintas jalan.
Ikat Jamin RM2,000
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal mencadangkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chrysandy Lai memohon jaminan rendah berikutan tertuduh menanggung dua anak yang masih kecil dan ibu bapa serta isteri.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin serta sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan laporan perubatan penuh ditetapkan pada 19 Mei depan.
Sementara itu, keluarga pemandu wanita itu mendakwa mangsa mengalami patah rusuk akibat insiden tersebut. Perkara itu dikongsikan oleh pengguna TikTok, Syfhusnaaa, yang meluahkan rasa kecewa terhadap perbuatan lelaki berkenaan.
Malah, Syfhusnaaa turut mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang tidak berfikir panjang sebelum bertindak sedemikian sehingga menyebabkan tulang rusuk kakaknya patah.
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...