Datuk Azizulhasni Hampir “Dilarang” Bertanding Di Eropah, Gara-Gara Tunjuk Sokongan Terhadap Palestin

Share

Datuk Azizulhasni hampir “dilarang” bertanding di Eropah, gara-gara tunjuk sokongan terhadap Palestin.

Perkongsian Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang  mengenai  satu peristiwa pada tahun 2014 di laman Instagram miliknya hari ini jelas menunjukkan semangat solidariti dirinya terhadap keadaan di Gaza sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, beliau hampir dilarang untuk bertanding dalam sebuah kejohanan besar di Eropah gara-gara mempamerkan sokongan terhadap negara Palestin.

Datuk Azizulhasni Hampir “Dilarang” Bertanding Di Eropah

“Pada Julai 2014, saya hampir ditendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan.

“Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej ‘Save Gaza’

di atas glove (sarung tangan) yang saya pakai. Ketika itu saya berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia.

“Ketika sepanjang kejohanan tersebut, Gaza teruk bertalu-talu di bom oleh tentera laknatullah. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi, lagi memburukkan keadaan ketika itu di bulan Ramadan, bulan suci umat Islam,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.

Gara-Gara Tunjuk Sokongan Terhadap Palestin

 Menurut Azizulhasni, antara alasan pihak penganjur yang mahu membatalkan penyertaan beliau adalah kerana menyampaikan mesej berbaur politik di pentas sukan.

“Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza. Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia, namun apabila giliran mereka semuanya boleh pula.

“Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai ‘freedom of speech’ (kebebasan bersuara) dan juga ‘humanitarian support’ (sokongan kemanusiaan),” katanya.

The Pocket Rocket Man ini juga meminta seluruh umat dunia untuk terus memberikan semangat dan doa buat saudara di Palestin dimana mereka ketika ini sedang bergelut dengan ancaman perang yang besar.

“Teruskan memberi sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ada pelbagai cara dan pelbagai ruang untuk membantu mereka disana. Bantulah mereka mengikut kemampuan diri kita tetapi yang paling penting adalah sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu.

“Jangan pernah ragu dengan segala ketetapan Allah kerana janji Allah itu adalah pasti,” pesannya yang disampaikan melalui laman Instagram miliknya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Isu Derma Palestin, Pakar Muamalat Jelaskan Berdosa Guna 30% Jika Tiada Pemberitahuan Kepada Penderma

Masjid Muhammad Al-Amin Dibina Hasil Infak Rakyat Malaysia Musnah, 413 Korban Syahid Palestin

Israel Jadikan Masjid Palestin Kelab Malam, Semua Acara Dibenarkan Kecuali Solat!

Ibu Usung Jenazah Anak Dalam Senyuman, Bahagia Syahid Dalam Perjuangan Di Palestin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Rosmah Idayu