Datuk Azizulhasni hampir “dilarang” bertanding di Eropah, gara-gara tunjuk sokongan terhadap Palestin.
Perkongsian Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mengenai satu peristiwa pada tahun 2014 di laman Instagram miliknya hari ini jelas menunjukkan semangat solidariti dirinya terhadap keadaan di Gaza sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, beliau hampir dilarang untuk bertanding dalam sebuah kejohanan besar di Eropah gara-gara mempamerkan sokongan terhadap negara Palestin.
Datuk Azizulhasni Hampir “Dilarang” Bertanding Di Eropah
“Pada Julai 2014, saya hampir ditendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan.
“Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej ‘Save Gaza’ di atas glove (sarung tangan) yang saya pakai. Ketika itu saya berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia.
“Ketika sepanjang kejohanan tersebut, Gaza teruk bertalu-talu di bom oleh tentera laknatullah. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi, lagi memburukkan keadaan ketika itu di bulan Ramadan, bulan suci umat Islam,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.
Menurut Azizulhasni, antara alasan pihak penganjur yang mahu membatalkan penyertaan beliau adalah kerana menyampaikan mesej berbaur politik di pentas sukan.
“Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza. Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia, namun apabila giliran mereka semuanya boleh pula.
“Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai ‘freedom of speech’ (kebebasan bersuara) dan juga ‘humanitarian support’ (sokongan kemanusiaan),” katanya.
Ads
The Pocket Rocket Man ini juga meminta seluruh umat dunia untuk terus memberikan semangat dan doa buat saudara di Palestin dimana mereka ketika ini sedang bergelut dengan ancaman perang yang besar.
“Teruskan memberi sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ada pelbagai cara dan pelbagai ruang untuk membantu mereka disana. Bantulah mereka mengikut kemampuan diri kita tetapi yang paling penting adalah sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu.
“Jangan pernah ragu dengan segala ketetapan Allah kerana janji Allah itu adalah pasti,” pesannya yang disampaikan melalui laman Instagram miliknya.
Lagi seorang barisan hadapan gugur, ternyata hanya Allah dapat membalas budi dan baktinya kepada masyarakat.
Kisah sedih ini telah dikongsikan di Facebook Fakulti Perubatan UiTM. Semoga Allah menempatkan allahyarhamah di kalangan orang beriman dan mengampunkan dosa-dosanya. Al-Fatihah.
Jururawat ini dikatakan dijangkiti Covid-19 ketika kandungan 30 minggu sebelum meninggal, syukur bayi dalam kandungan berjaya diselamatkan melalui pembedahan dan kini berada di NICU.
Jururawat Dijangkiti Covid-19 Ketika Kandungan 30 Minggu Meninggal
Seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan Pusat, Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Artini Dzolkarnaini meninggal dunia, awal pagi tadi dipercayai akibat komplikasi Covid-19.
Berita pemergian petugas barisan hadapan itu dikongsi Fakulti Perubatan UiTM menerusi Facebook (FB), hari ini.
“Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.
“Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, carian wartawan di FB mendapati pemergian jururawat berkenaan yang juga penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM menerima reaksi duka kenalan arwah dan warga net.
Syukur Bayi Berjaya Diselamatkan
Difahamkan, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu berdasarkan beberapa komen balas daripada rakan dan keluarganya di FB.
Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.
Artini adalah jururawat program pemulihan jantung dan ibu kepada lima anak termasuk bayi baru dilahirkan.
Harian Metro cuba menghubungi keluarga arwah yang difahamkan belum bersedia untuk berkongsi cerita dan mengharapkan orang ramai berdoa urusan keluarga mereka dipermudahkan.
MW: Semoga keluarga allahyarham Artini dapat menerima ujian berat ini, apatah lagi bayi yang baru dilahirkan. Sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk diterima.
Gigih berniaga dan anak yang baik. Itulah yang mampu dikatakan apabila anak yang masih lagi bersekolah, berusaha mencari duit untuk membayar rawatan ibunya yang sakit. Kadang-kadang sanggup berlapar di sekolah dan tak bawa duit.
Pengorbanan seorang anak demi ibunya yang sakit. Ini saja yang mampu dia dan kakaknya lakukan dengan berniaga makanan untuk mengumpulkan duit bagi pembedahan kaki ibunya.
Dalam perkongsian oleh Zuraini Kamal, selaku aktivis Cancer Survivol Malaysia yang turut membantu dalam mengumpulkan dana pembedahan buat ibu ini.
Ibu mereka mengidap Kanser Kanser Otak Tahap 3 manakala ayahnya mengalami serangan jantung dan selalu dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung
Pasangan ini mempunyai 6 orang anak. Dugaan bukan saja buat ibu dan ayahnya tapi anak mereka yang sulung turut menghidap kanser payudara. Syukur, segala rawatan, pembedahan, kimoterapi dan radioterapi sudah selesai dilakukan.
Manakala anak ke 2 sedang belajar di UiTM Merbok, Kedah. Anak no 3 pula mempunyai masalah jantung (masalah Rythm Jantung tak stabil).
Kini, pasangan ini mengharapkan pada anaknya, Rahim, berusia 14 tahun dan masih lagi bersekolah di Tingkatan 2 serta kakaknya Farahain yang berusaoa 16 tahun.
.
Demi kelangsungan hidup dan mengumpul wang untuk pembedahan kaki ibunya, mereka gigih berniaga untuk membantu keluarga.
Masak Sendiri
Setiap hari mereka akan masak bihun sup, nasi ayam, dan pelbagai pencuci mulut untuk dihantar ke vendor-vendor. (Beberapa gerai di persekitaran rumah)
.
Mereka lakukan tanpa mengeluh dengan harapan dapat mengumpul dana yang mencukopi RM25 ribu bagi membiayai kos pembedahan kaki ibu. (Pemasangan Plat dan besi khas serta penyambungan urat saraf).
Sekiranya ada yang sudi menyumbang boleh bank in terus ke akaun si Ibu ini:
maklumat bank
Nama Bank : RHB Bank
No Akaun: 15210300055103
Nama : HANIZA BINTI OMAR
HP: 0108068269
Mingguan Wanita : Sama-samalah kita membantu. Moga keluarga ini dipermudahkan.
Zizi menyanyi selagi dapat izin suami, begitulah ungkapan penyanyi yang kini sudah berhijrah dari imej seksi kepada berhijab.
Anak kelahiran Semporna, Sabah itu akui sebelum meneruskan perjalanan karier dalam bidang nyanyian dia telah mendapat keizinan dari suami tercinta, Yusuf Bahrin.
Zizi Menyanyi Selagi Dapat Izin Suami
Memanjat rasa kesyukuran kerana suaminya menjadi tulang belakang dan memberi sokongan penuh terhadap karier seninya.
Zizi turut menyatakan tidak akan meninggalkan dunia nyanyian selagi suami memberi kebenaran dek kerana dirinya akan terus berkarya selagi diterima.
Malah Zizi juga turut menerangkan sejak dirinya berhijab ramai yang mengangap dirinya tidak akan menyanyi lagi. Zizi secara jujurnya sangat berdebar apabila tampil dengan imej islamik.
“Sebenarnya bila saya bertudung, ramai ingat saya tidak akan menyanyi lagi.
“Sejujurnya memang rasa berdebar untuk menyanyi dengan imej begini.
“Saya juga selalu fikir bagaimana penerimaan orang nanti.
“Tetapi suami, pengurus dan keluarga banyak memberi sokongan dan dorongan.
Jaga Batasan
Bernikah pada September tahun lalu, Zizi mengakui dirinya kini semakin seronok bergelar isteri.
“Sebagai isteri, saya tahu batasan dan selepas berbincang.
“Saya akan menjaga batas pergerakan dan kurangkan aksi tarian lincah di atas pentas,” ungkapnya lagi yang turut berasa debaran mengenai penerimaan peminat terhadap lagu yang disampaikan selepas berhijab.
Pijak
Terkini Zizi muncul dengan single berjudul Pijak yang diterbitkan oleh Def Jam Malaysia.
“Pendek kata lagu ini menggambarkan sikap seseorang yang suka pijak kepala.
“Jadi kita saling menasihati antara satu sama lain dan sebab itulah ada kesinambungan antara lagu Eh dan Pijak ini
“Kalau orang nak kata lirik lagu ini pedas, ia terpulang pada pendengarnya. Ini antara cara untuk saya sampaikan nasihat.
“Bukan nasihat untuk orang saja, tapi untuk saya sendiri supaya tidak ambil kesempatan atas orang lain,” sambungnya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...