Tahniah diucapkan buat artis lagenda tanahair, Datuk Awie yang selamat menimang cahaya mata keenam, manakala yang pertama buat isterinya Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34.
Pada usianya 53 tahun khabar tersebut cukup gembira dan bermakna buat dirinya. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Oktober 2016.
Datuk Awie Selamat Timang Anak Keenam
Perkongsian menerusi status di laman sosial Facebooknya, Awie menerangkan anak kesayangnya itu telah selamat dilahirkan pada hari Isnin lalu.
Kongsi Awie, “Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu.
“Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri didalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!” tulisnya.
Ads
Hadiah Berganda
Mengimbas kembali kisahnya yang ditemubual menerusi portal SinarPlus sebelum ini, Awie mengharapkan sinar baharu untuk tahun 2021.
Apatah lagi pada bulan pertama tahun baharu ini, Awie meraikan dua perkara penting dalam hidupnya.
Ketika itu, dia menjelaskan bukan sahaja bakal tampil dengan Filem TV (FTV) pertama terbitan syarikat produksi miliknya, Rumah Produksi Merah, tetapi juga bakal menyambut kelahiran cahaya mata keenamnya, dan pertama bersama isteri.
“Syukur Alhamdulillah pada bulan Januari ini, saya bakal meraikan dua perkara menarik dalam hidup.
“Kebetulan FTV pertama keluaran syarikat produksi saya iaitu 10 Tips Tipu Bini menemui penonton pada 7 Januari dan pada pertengahan bulan pula, saya akan menimang cahaya mata keenam,” kongsinya.
Ads
Sentiasa Psiko Diri Dengan Perkara-Perkara Positif
Meskipun sibuk dengan pelbagai perancangan untuk kerjaya seninya, Awie mengakui tidak lupa membuat persiapan menyambut kelahiran cahaya mata baharunya.
“Syukur pada usia 52 tahun ini, saya masih diberikan rezeki untuk menimang anak. Jadi apa yang perlu saya lakukan tentunya menjaga kesihatan dengan sebaiknya.
“Tak naklah nanti bila hantar anak ke sekolah, ada yang ingat saya ni datuk kepada anak pula.
“Jadi saya sentiasa psiko diri dengan perkara-perkara positif untuk pastikan diri kekal fit,” akhiri Awie.
Dukung suami turun dari tingkat 4 untuk rawatan hospital, isteri memang SUPERHERO rumahtangga. Ramai fikir mustahil tapi tiada yang mustahil jika keadaan terdesak. Saat kita bertanya di mana kudrat datang tapi Allah melapangkan segalanya dan memberikan kekuatan demi suami tercinta.
Dukung Suami Turun Dari Tingkat 4
Dalam satu perkongsian dari @hamsatulhamzah dari Muslimah Bangi, dirinya berkongsi kekuatan luar biasa seorang isteri yang akan mendukung suaminya setiap kali ada rawatan susulan di hospital.
Bukan calang-calang kudrat tetapi isteri superhero dikenali sebagai Cikgu June ini akan mendukung suaminya dari tingkat 4 rumah mereka, menuruni tangga perlahan-lahan hingga sampai ke bahagian sebelum membawa suami ada temujanji di hospital.
Jika ramai mengatakan wanita lemah dan hanya tahu bermanja dengan suami tetapi Allah mentakdirkan kehidupan seseorang sangat berbeza-beza. Jika ada yang mengada-ngada mahu harta kekayaan tapi ada suami isteri yang diuji dengan kehidupan biasa-biasa sahaja. Adakala isterilah pencari nafkah utama dalam rumahtangga selepas diuji dengan kesihatan suami yang terlantar saja.
Pengorbanannya mendukung suami yang sakit dari tingkat 4 sangat luar biasa kerana walau dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tapi tulang isteri barangkali diperbuat dari besi jika dalam keadaan tertentu. Ya, isteri memang superhero rumahtangga dan para suami seharusnya bersyukur memiliki isteri yang setia bersama dalam keadaan susah dan senang.
Dari penjelasan hamsatulhamzah ini, difahamkan pengorbanan cikgu June mendukung suaminya berakhir apabila team Muslimah Bangi dengan Kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat akan membantu mengangkat suaminya setiap kali ada rawatan di hospital, syukur Alhamdulillah.
Moga setiap jasa isteri setia dan tabah ini Allah memberikan ganjaran pahala buatnya. Aamiin.
KUANTAN: “Mak kena tikam, mak kena tikam,” itu jeritan Mohd Aqil Nasrul, kepada abangnya, Mohd Abid, bagi memberitahu kejadian ibunya, Norhasilah Ismail yang maut ditikam di Kampung Hijrah, Penor, Kuantan dekat sini.
Mohd Abid,8, berkata dia baru pulang dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Penor bersama ayahnya, Nasrul Mansor, 32, dan dikejutkan dengan jeritan Mohd Aqil yang berusia empat tahun dari sebuah bilik di tingkat atas.
“Saya dapat tengok adik dari tepi cermin bilik dan meminta tolong supaya dikeluarkan…adik juga menjerit mak ditikam, saya terus naik ke atas dan membuka pintu biliknya yang dikunci. “Saya kemudiannya turun semula ke bawah dan memberitahu ayah yang naik dan menemui mayat ibu,” katanya ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata pihaknya menerimapanggilan daripada seorang kakitangan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak berhampiran lokasi kejadian dan memberitahu kejadian berkenaan. Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa balik ke rumah kira-kira jam 8 pagi bersama Mohd Aqil selepas menghantar anaknya ke sekolah manakala suaminya pula keluar menjual ikan di Pasar Borong Kamunting sejak awal pagi.
“Mangsa dipercayai diserang seorang lelaki yang berada dalam rumah, berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di bahagian kanan perut dan kiri dada menyebabkannya meninggal dunia.”Anak mangsa tidak dicederakan dan dikurung di sebuah bilik di rumah, dia ditemui oleh abangnya yang berusia lapan tahun.”Kita sedang menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan ada cubaan samun, kita akan minta suami mangsa untuk memeriksa sekiranya ada barangan hilang,” katanya ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi dikebumikan. Katanya, polis juga akan meneliti kamera litar tertutup yang dipasang di rumah berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang melarikan diri. “Mengikut siasatan awal, suspek dipercayai memakai topeng, bagaimanapun kita tidak pasti kenderaan digunakannya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaankerana membunuh dan jenazah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
Sumber: Berita Harian
(Foto: Farizul Hafiz Awang)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular Datuk Yusry Abd Halim dan Datin Lisa Surihani yang baru saja menimang cahaya mata ketiga. Perkongsian tersebut diluahkan oleh Yusry menerusi akaun Instagramnya.
Kelahiran bayi ketiga yang baru menjenguk dunia ini juga disifatkan sebagai hadiah hari jadi paling bermakna dalam hidup Yusry kerana berkongsi tarikh hari lahir yang sama iaitu 15 Jun.
Lisa Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dikurniakan dua orang anak iaitu Yahaira Leanne, 6, Yusof Leonne, 4.
“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi.
“Baby & Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur,” luah Yusry.
Hari Jadi Penuh Makna
Malah Yusry juga akui dirinya bertuah kerana berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak ketiganya itu.
“Hadiah hari jadi penuh bermakna. Selamat datang ke dunia junior (anaknya),” sambungnya.
Ucapan Tahniah Rakan Selebriti
Mingguan Wanita: Tahniah Lisa dan Yusry semoga berbahagia hingga ke jannah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Cikgu Neermala banggakan nama Malaysia, menang guru terbaik 2024 anugerah pendidikan Asia di Bangkok. 19 tahun mencurah bakti dalam bidang pendidikan, guru prasekolah Malaysia,...