Datuk Amy sentiasa nombor satu di hati Nabila. Begitulah luahan seorang anak apabila bapa tersayang dikurniakan gelaran Datuk.
Pelakon Nabila Huda begitu berbangga mana tidaknya selepas 40 tahun menghiburkan peminat bapanya Amy Search menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Malah Nabila turut meluahkan gelaran yang diterima bapanya mampu memberikan motivasi dan inspirasi buat generasi muda untuk terus berkarya.
Nabila juga bersyukur dengan rahmat ini seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro.
“Buat papaku yang tersayang, sesungguhnya saya begitu gembira apabila menerima perkhabaran ini.
“Setelah sekian lama masih menyanyi dan menghiburkan peminat, papa menerima sumbangan dalam bidang seni.
“Semestinya sebagai anak, saya berbangga dengan papa yang sentiasa nombor satu di hati saya.
“Syukur Alhamdulillah di atas penganugerahan ini.
Baca Disini : Dikurniakan Pingat Gelaran Datuk “Saya Tetap Amy Search, Penyanyi & Pemain Industri Muzik”
Keisha ‘Dah Nak Masuk’ Al-Quran, Nabila Huda Terharu Dengan Pencapaian Anak
“Dalam masa yang sama, saya harap pengiktirafan ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada golongan muda di luar sana untuk terus menghasilkan produk dan karya.
“Apa yang penting, saya berharap papa akan terus berkhidmat untuk menghiburkan penggemar muzik tempatan. Jangan lupa misi dan visi yang papa dan juga Search ingin lakukan.
“Pastikan ia berjaya dilaksanakan,” kongsi Nabila.
Mingguan Wanita : Kagum dengan suara Datuk Amy yang masih berbisa walaupun sudah berusia.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Nabila Huda