Datuk Aishah kongsi pengalaman diserang penyakit misteri. Rupa-rupanya dalam diam Datuk Aishah menyatakan dirinya pernah diserang penyakit misteri.
Sewaktu ditemubual di majlis sesi mesra bersama media sempena pelancaran lagu Di Pinggir Kayangan, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini bertempat di Restoran Rebung, Datuk Aishah berkongsi tentang dirinya yang pernah lalui pengalaman mistik.
Datuk Aishah Kongsi Pengalaman Mistik
Empat dekad bergelar anak seni, Datuk Aishah akui ‘serangan’ misteri itu mengakibatkan kesihatannya terjejas.
“Saya terlalu menderita disebabkan itu (sihir), tapi benda ini kita tak masuk ICU (Unit Rawatan Rapi), jadi tak boleh nak ceritalah. Cerita pun nanti ada orang kata tak betul.
Pengalaman Boleh Dibukukan
“Benda tak jadi depan mata, yang tiada sijil mengatakan ini sakit tapi jawapan pendeknya, ya saya pernah ‘terkena’. Banyak sangat, kalau ada masa untuk tulis pengalaman memang boleh dibukukan.
“Apa penyakit yang saya tak pernah rasa? Santau, busung dan turun darah berbulan-bulan, itu semua saya dah kena tapi Allah tunjukkan orang buat macam mana pun belum masa saya ‘pergi’,” ungkap Datuk Aishah.
Tolong Jangan Amalkan Perkara Khurafat
Datuk Aishah yang suaranya masih bertenaga walau usia sudah mencecah 59 tahun memberi nasihat agar janganlah amalkan perkara khurafat dalam mana-mana lapangan termasuklah pertandingan nyanyian.
Ads
“Sebenarnya perlu ubah mentaliti kita. Kita sudah maju, tapi tahap pemikiran masih di belakang. Kalau masuk bertanding bersainglah secara sihat dengan kebolehan dan bakat yang Allah bagi.
“Cuma kadang-kadang bila kita bercerita sangat, ada pula tak percaya, ada pula tersenyum sinis. Tapi yang tahu saja tahu, siapa yang sudah terserempak dengan saya pergi berubat dan sebagainya, mereka tahu.
“Nak cerita pun susah sebab kita pun tak tahu siapa musuh atau dia ada ‘spy’,” tambah Datuk Aishah.
Dibesarkan Dengan Lagu-Lagu Dendangan Allahyarham Datuk Sharifah Aini
Pada majlis tersebut juga Datuk Aishah telah mengalunkan lagu Di Pinggir Kayangan nyanyian asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Menurut Datuk Aishah dirinya amat meminati suara Allahyarham dan pernah berkongsi pentas dengan Sharifah Aini.
“Saya dibesarkan dengan lagu Sharifah Aini.
Ads
“Saya meminati suara beliau dan pernah berpeluang berkongsi pentas dengan arwah.
“Di Pinggir Kayangan adalah sebuah seleksi cinta yang mempunyai semangat positif dan sarat lenggok keMelayuan, sangat merdu dan penuh makna,” akhirinya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Failkan cerai segera, itulah keputusan nekad yang telah dimuktamadkan oleh Puteri Sarah Liyana yang juga isteri pertama Syamsul Yusof.
Akui dirinya juga akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.
Failkan Cerai Segera
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga tidak berseorangan dan bersyukur keluarga dan mentua tidak menghalang setiap keputusan terbaik yang dibuat untuk kebahagiaannya.
“Ya betul… Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perceraian segera.
“Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.
“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.
“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.
“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online.
Nekad Tak Toleh Belakang
Tambahnya lagi, dirinya tekad untuk menamatkan segala kemelut rumah tangga dengan segera.
“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga.
“Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.
“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” katanya.
Terbaru Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin seperti mana dilaporkan Sinar Harian akan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin ini. Ia sepatutnya difailkan pada Khamis, namun tertangguh ke minggu depan selepas isteri kepada Syamsul Yusof itu sedang menjalani penggambaran di Port Dickson.
Mengesahkan perkara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, hanya permohonan cerai sahaja akan difailkan pada hari tersebut.
Ditanya sama ada pelakon itu akan hadir di mahkamah bagi permohonan cerai tersebut, Akberdin berkata, ‘pasti hadir’.
Kehadiran YB Nurul Izzah Anwar ke program World Quran Hour (WQH) bukanlah kali pertama untuknya. Namun, tahun ini cukup berbeza tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Ditambah dengan keberadaan seorang ayah dalam program yang sama. Itulah menambahkan lagi momen bahagia dan kekuatan emosi buat anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.
Lagi-lagi tema mahupun mesej yang dibawa oleh WQH itu sendiri mempunyai simbolik yang berpadanan dengan kehidupan keluarga yang cukup teruji ini. 20 tahun bersabar dengan ujian tuhan, apabila ditahan di dalam penjara.
Namun akhirnya apabila telah dibebaskan keluarga ini memilih untuk memaafkan. Bukankah hal ini sesuatu yang indah untuk dijadikan renungan. Agar kita sama-sama memelihara diri daripada penyakit hati.
“Hari ini memang amat bermakna buat saya kerana program ini disambut bersama ayah saya berbanding tahun lalu.
“Kepulangan beliau (Anwar) ke pangkuan UIAM disatukan dengan tema untuk meraikan dan menghidupkan al-Quran dan ia sangat-sangat istimewa,” katanya.
Hari itu, di program WQH Datuk Seri Anwar Ibrahim membacakan surah Ali ‘Imran ayat 103 hingga 105. Surah Al-Hujurat dari ayat 18 hingga 49 diangkat sebagai tema WQH. Yang mana, surah ini mendidik umat Islam memilih jalan perdamaian ketika timbul perselisihan faham.
Bacalah Al-Quran Bukan Saja Di Bulan Ramadhan
Program WQH yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak ini telah berlangsung dengan jayanya. Seiring dengan kejayaan itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini turut menyampaikan ucapan tahniah kepada penganjur, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
“Ini adalah kali kedua saya sertai World #QuranHour dan ia cukup bagus dalam usaha memastikan orang Islam di negara ini dapat membaca dan menghayati al-Quran dengan baik.
“Justeru, saya mengajak lebih ramai lagi untuk kita sama-sama membaca dan memahami al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan ini tetapi juga diteruskan pada bulan-bulan yang lain,” katanya.
Sumber/Foto : SInar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibarat ibu, shiha respek sikap Arwah Sharifah Aini tidak suka meuar-uarkan setiap kebaikan dilakukan. Seperti yang kita ketahui hubungan penyanyi Shiha Zikir dan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah begitu akrab.
Walaupun Arwah Kak Pah sudah tiada namun Shiha sentiasa mengingati setiap detik indah bersama. Perkenalan Shiha bersama ‘sifu’ dalam program realiti, Mentor musim kelima pada 2011 menjadikan Shiha ‘protégé’ kesayangan Kak Pah.
Berkongsi kisah tentang wanita hebat itu, Shiha menyatakan arwah banyak berkongsi pengalaman dan tip kejayaan yang sehingga kini dipraktikkan oleh Shiha.
Paling dikagumi sikap arwah yang menyembunyikan kebaikan dilakukan.
“Saya respek dengan sikap arwah yang tidak suka meuar-uarkan setiap kebaikan dilakukan. Malah, banyak rakan seperjuangannya dibantu tanpa mendedahkannya.
“Perkara ini saya ingat sampai hari ini dan menjadi panduan saya,” ungkap Shiha seperti mana dikongsi menerusi Berita Harian.
Kena Pandai Menyimpan Wang
Malah arwah Kak Pah juga sentiasa mengingatkan Shiha agar setiap kali menerima undangan pentas pastikan disimpan separuh.
“Arwah selalu ingatkan saya, setiap bayaran undangan nyanyian perlu disimpan 50 peratus, manakala bakinya barulah dibelanjakan.
“Memang kata arwah mulanya pahit, tetapi akan menjadi manis akhirnya.
“Lagipun, sebagai artis, kita tidak tahu sampai bila mampu bertahan.
“Apabila berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) barulah saya sedar kebenaran pesanan arwah.
“Saya ikut pesanannya, jadi, dapat juga saya membantu mereka yang berdepan kesempitan hidup dengan wang simpanan sebelum ini,” kongsi Shiha lagi.
“Kita ada hak untuk bergerak, tak perlu kasihan dan merasakan saya perlu duduk di rumah saja. Apa yang penting, saya seronok dan bahagia dengan apa yang saya buat,” – Ikuti perkongsiannya dalam Kisah Inspirasi Sukses MW.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!