Tidak dapat dinafikan urutan pada bahagian-bahagian tertentu dapat memberikan kelegaan, ketenangan sekaligus mampu meredakan keletihan pada tubuh badan. Apatah lagi jika urutan dilakukan dengan penuh kasih sayang oleh suami/isteri tersayang. Dalam satu sesi ceramah oleh pendakwah bebas dan penceramah motivasi Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, 52 ada berkongsi teknik urutan untuk kebahagiaan suami isteri.
Menurut moderator yang terkenal dengan rancangan program Semanis Kurma ini, terdapat 7 teknik urutan ‘cakaran harimau’ yang disusuli dengan ‘urutan labah-labah’ boleh diamalkan oleh para isteri agar sentiasa dicintai dan menjadi ‘bidadari’ kepada suami.
Langkah Pertama (Bahagian Tengkuk):
Langkah Kedua (Bahagian Bahu):
Langkah Ketiga (Bahagian Tulang Belikat)
Langkah Keempat & Kelima
Langkah Keenam
Langkah Ketujuh
Apa yang menarik urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri tetapi juga oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing. Menurutnya lagi, kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan terbabit sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja.
Ustazah turut mengingatkan ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi. Kata Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri.
Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood berkata, beliau rasa terpanggil untuk menyampaikan petua ini sebab ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran ALLAH ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik’.
“Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a’syir,’ (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan. Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan,” ujarnya.
Tambah Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri.
“Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri sebaliknya oleh suami sebagai menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku syurgaku,’ kerana masing-masing mendapat layanan terbaik,” katanya.
Jadi buat para isteri, boleh mencuba teknik urutan cakar harimau yang diajar oleh Dato Ustazah Siti Nor Bahyah ini pada suami tersayang.Bukan sahaja dapat pahala eksta dapat hilangkan keletihan diri suami sekaligus mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Sumber: Utusan Online via Rahsia Perkahwinan