Hiburan

Dato’ Shiela Majid Nafi Mengidap Arthritis, “Apa Yang Karut, Ini Berita Palsu!” Mahu Saman

Share

Dato’ Sheila Majid nafi mengidap arthritis, “apa yang karut, ini berita palsu. Ratu Jazz Negara, Dato’ Shiela Majid berang dengan penyebaran sebuah berita yang menulis konon dirinya mengidap arthritis.

Terkenal dengan suara merdu dan mengagumkan di atas pentas, artis ini menafikan sekeras- kerasnya dakwaan tersebut dan meluahkan rasa kecewa terhadap penyebaran berita tidak berasas itu.

Dato’ Shiela Majid Nafi Mengidap Arthritis

Dalam satu hantaran yang penuh emosi di laman instagramnya, Shiela Majid menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. “Apa yang karut! Ini berita palsu.

“Lima tahun lalu, pada tahun 2019, saya sangat sibuk dengan kerja dan perjalanan sebelum pandemik. Jika benar saya menghidap penyakit ini, sudah pasti berita tempatan melaporkannya lima tahun yang lalu. Mengapa hanya sekarang? Mengapa perlu menipu untuk menjual produk?” tulisnya dengan nada marah.

Shiela turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara syarikat tersebut menggunakan namanya tanpa izin untuk mempromosikan produk mereka. “Mengapa anda perlu memasukkan nama saya untuk menjual produk anda? Adakah anda tidak yakin dengan produk anda sendiri sehingga terpaksa menggunakan taktik penipuan?” tambahnya lagi.

 Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma “autoimmune”, jangkitan, perubahan “degenerative” atau kecacatan pada baka.

Tindakan Undang-Undang

Tidak cukup dengan penafian tersebut, Dato’ Shiela Majid juga berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Saya telah mencari pelaku ini sejak mereka mendakwa saya menggunakan produk diet untuk kekal langsing, tetapi malangnya tidak berjaya.

“Mereka tahu bagaimana untuk memanipulasi sistem dan bersembunyi. @skmm_mcmc tolong bantu saya mencari mereka supaya saya boleh menyaman mereka!” serunya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dakwaan palsu yang mengaitkan nama Shila Majid dengan penyakit arthritis bukan sahaja menjejaskan reputasinya sebagai seorang penyanyi tetapi juga mencerminkan betapa pentingnya ketelusan dan etika dalam pemasaran.

Sebagai figura awam, Shiela Majid mempunyai hak untuk mempertahankan namanya dan memastikan keadilan ditegakkan.

Dalam pada itu, portal Malaysia Kini turut terkait menafi menerbitkan artikel terbabit. Menurut kenyataan dari Malaysia Kini, artikel yang menggunakan logo Malaysiakini mengenai ratu jazz Malaysia Sheila Majid menghidap arthritis adalah palsu.

Berdasarkan tangkap layar yang disiarkan oleh penyanyi itu di laman Instagramnya malam tadi, artikel itu kelihatan seperti penipuan pancingan data yang bertujuan menipu mangsa yang tidak curiga untuk membeli sejenis ubat penyakit itu.

Ia dipaparkan sebagai salinan tepat laman web Malaysiakini tetapi tidak mempunyai kaitan dengan portal berita itu.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Saya turunkan ego saya…

Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.

Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.

Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.

Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros