Hiburan

Dato’ Seri Vida Nasihat Suami Isteri Nak Bercerai Jangan Seret Anak Ke Media Sosial, “Dia Pernah Jadi Bini Kau…

Share

Dato’ Seri  Vida

nasihat suami yang bercerai jangan seret anak ke media sosial, “dia pernah jadi bini kau. Usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida menasihati pasangan yang mahu bercerai tidak mengheret anak sekali ke media sosial kerana ia memberikan kesan buruk terhadap perkembangan anak.

Jelasnya, ia juga tidak baik dari segi hubungan mak dan anak kerana akan dilihat anak tidak menghormati ibu yang melahirkannya di dunia.

DS Vida Nasihat Suami Isteri Yang Nak Bercerai Jangan Seret Anak Ke Media Sosial

“Ini tak betul, bila anak dilihat memburuk-burukkan ibunya. Tak bagus sama sekali bila mana anak yang tidak tahu apa-apa diheret ke media sosial untuk memburukkan emaknya,” katanya sambil menambah, bagi pasangan suami isteri yang sudah tiada persefahaman agar bercerai saja.

“Kalau tak tahan dengan perkahwinan tu, jangan ada rasa malu untuk bercerai. Kalau dah tak bersefahaman, berpisah sajalah walau pun masih baru dalam perkahwinan seperti yang pernah saya lalui dahulu.

 

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bunga Tangan EMAS 916 Bernilai RM500k Ganti ‘Handbag’, Gaya Mewah Terbaru DS Vida!

Mak Hentilah “Kawal” Anak. Nak Kereta & Rumah Besar, Hakikatnya Anak Artkitek Tak Mampu Simpan RM100 Sebulan

Penampilan “Sup Bunjut” Atas Kepala Dato Seri Vida Jadi Bualan Netizen! Komen di Instagram MW Meriah Dengan Kisah Lucu!

“Tapi bila seret anak ke media sosial untuk berkata yang buruk tentang ibu, ia perbuatan yang tak boleh dimaafkan. Tambah-tambah lagi, bil bercerita keburukan mak sendiri, itu lagi tak betul. Harus-harus sedar jangan buat begitu.

“Dia Pernah Jadi Bini Kau…

“Lebih baik jangan bercakap. Anaknya, bapaknya walau berdendam apa pun. Fikir, itu pernah jadi bini kau. Pernah jadi bini kau, membahagiakan kau. Jangan sesekali bawa anak dalam isu pertelingkahan suami isteri.

“Dari mulut lelaki tak apa, tapi jangan sampaikan melalui anak semata untuk meraih simpati. Itu tak betul sama sekali,” katanya yang memberi pandangan anak dibawa ke media sosial demi “meraih simpati” masyarakat.

Dalam pada itu, Dato’ Seri Vida turut memberi pandangan berkaitan isu pukul melibatkan pereka fesyen tempatan  duo, Razman Razmi sesuatu yang sangat mengejutkan.

“Saya memang trauma tengok darah. Pada hari kejadian, insiden ini berlaku ketika saya ingin memasuki dewan kerana saya tiba juga agak terlewat sebelum insiden ini terjadi.

“Saya tak sangka mereka dipukul dan akui agak terperanjat. Nasihat saya agar kita berhati-hati kerana tak tahu siapa musuh di sekeliling kita,” katanya yang tampil anggun di majlis Nona Superewoman Award 2024 bertemakan “Diamond Are Forever di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Dato Seri Vida juga merupakan penerima anugerah di majlis berprestij ini dan menerima Nona Entrepreneur Award kejayaannya dalam dunia perniagaan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Published by
Almaswa Haji Che Ros