Semalam, 2 Ramadan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman membuat kejutan dengan memaklumkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sedang hamil bayi kembar.
Video yang dikongsikan di instagram miliknya itu, menunjukkan beliau sedang menyuap isterinya yang sedang lemah terbaring. Akuinya, isterinya itu alami pendarahan yang agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.
Tulisnya, “Tolong doakan kandungan isteri saya, @shahidadherbs selamat. Dugaan 2 Ramadhan.”
“Saya sengaja nak rahsiakan isteri saya tengah pregnant. Nak buat surprise kat semua. Tapi dugaan mungkin stress dengan keadaan semasa baru-baru ni di mana banyak pihak membesar-besarkan.”
“Dan mungkin sebab tu.. berlaku pendarahan yang agak banyak dan mungkin mengalami keguguran. Bila scan pula doktor bagitau baby kembar
.”
Sebaik tahu keputusan doktor, hati suami ini dipagut rasa pilu. Beliau meminta pandangan bagaimana cara mahu elakkan dari berlaku keguguran.
“Ya Allah sayang ya.. ada caranya tak nak selamatkan baby dari gugur?”
“Mudahan kedua-dua anak saya dalam kandungan selamat.”
“Doakan ya semua sahabat IG dan FB. Mudahan dipermudahkan segala urusan. Doa kalian amat saya hargai.”
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahrah, 8, Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al Qardawi, 11 bulan.
Oktober dua tahun lalu, mereka mengambil anak angkat iaitu Ameena.
Sumber/Foto : aliffsyukriterlajaklaris, shahidadherbs