Datin Maria Arshad Kehilangan Suami Tercinta “Semoga Roh Arwah Dicucuri Rahmat, Ditempatkan Dikalangan Orang Beriman”

Share

Datin Maria Arshad kehilangan suami tercinta Allahyarham Datuk Abdul Rahman Abu Bakar. Salam takziah diucapkan buat Datin Maria Arshad yang juga ibu kepada pelakon Ijoy Azahari dan juga ibu mertua kepada Sharifah Shahirah (Shiera) sekelurga atas kehilangan insan tersayang.

Suami kepada pelakon era 80-an Datin Maria Arshad menghembuskan nafas terakhir pada 20 Julai. Perkongsian tersebut diluahkan sendiri oleh Maria menerusi laman sosial Instagram.

Datin Maria Arshad Kehilangan Suami Tercinta

Pemilik nama sebenar Kamariah Arshad itu juga memohon warga maya menyedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham suami tercinta.

“Innalillahiwainailaihirojiun, dukacita memaklumkan bahawa suami saya, Datuk Abdul Rahman bin Abu Bakar menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 12.49 tengah malam.

“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang tadi.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman, aamiin, InsyaAllah,” kongsianya.

Shiera Titipkan Doa

Pelakon Sharifah Shahirah juga turut berkongsi pemergian bapa mentuanya.

“Ingin memaklumkan bahawa suami kepada emak mertua saya telah meninggal dunia di PPUM. Semoga ditempatkan orang orang beriman dan takziah buat seluruh keluarga Datuk Rahman, al-Fatihah,” luah Shiera.

“Moga Datin Maria Redha Terima Dugaan Ini”

Pada masa yang sama rakan artis dan warganet menzahirkan takziah serta mendoakan semoga Allahyarhan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Baca Sini : Pemergian Yang Cukup Memilukan “Tiada Lagi Abah, Tapi Tetap Dalam Diri Kami” Achey

Baca Disini : “Doakan Buat Mereka Yang Terlibat” Sharifah Shahirah Dengar Bunyi Dentuman Kuat

Sharifah Shahirah Bulatkan Hati Teruskan Niat Berhijab, Masih Dalam Proses Perbaiki Diri 

Mingguan Wanita: Salam takziah buat Datin Maria Arshad, Ijoy dan Shiera sekelurga. 

Sumber / Sumber Foto : Instagram Shiera Ijoy

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh