Datin Maria Arshad kehilangan suami tercinta Allahyarham Datuk Abdul Rahman Abu Bakar. Salam takziah diucapkan buat Datin Maria Arshad yang juga ibu kepada pelakon Ijoy Azahari dan juga ibu mertua kepada Sharifah Shahirah (Shiera) sekelurga atas kehilangan insan tersayang.
Suami kepada pelakon era 80-an Datin Maria Arshad menghembuskan nafas terakhir pada 20 Julai. Perkongsian tersebut diluahkan sendiri oleh Maria menerusi laman sosial Instagram.
Datin Maria Arshad Kehilangan Suami Tercinta
Pemilik nama sebenar Kamariah Arshad itu juga memohon warga maya menyedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham suami tercinta.
“Innalillahiwainailaihirojiun, dukacita memaklumkan bahawa suami saya, Datuk Abdul Rahman bin Abu Bakar menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 12.49 tengah malam.
“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang tadi.
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman, aamiin, InsyaAllah,” kongsianya.
Ads
Shiera Titipkan Doa
Pelakon Sharifah Shahirah juga turut berkongsi pemergian bapa mentuanya.
“Ingin memaklumkan bahawa suami kepada emak mertua saya telah meninggal dunia di PPUM. Semoga ditempatkan orang orang beriman dan takziah buat seluruh keluarga Datuk Rahman, al-Fatihah,” luah Shiera.
“Moga Datin Maria Redha Terima Dugaan Ini”
Pada masa yang sama rakan artis dan warganet menzahirkan takziah serta mendoakan semoga Allahyarhan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Tersentuh dengan perkongsian pelakon Diana Rafar ini. Rumahnya didatangi seorang wanita yang mahu memeluk Islam. Malah, sewaktu melafazkan syahadah, Diana Rafar sendiri yang mengajarkan wanita berkenaan.
Menerusi IG story Diana, beliau memanggil wanita yang sudah memeluk agama Islam itu sebagai Aisyah.
Sebagaimana yang dikongsikan di muftiwp.gov.my mengislamkan seseorang merupakan satu pekerjaan yang mulia. Malah, pekerjaan sebegini juga merupakan pekerjaan para nabi dan rasul.
Iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Ianya juga menunjukkan cara melaksanakan salah satu daripada sifat wajib bagi nabi atau rasul iaitu menyampaikan.
Allah Hadirkan Seorang Bidadari Ingin Memeluk Islam
Tentunya apa yang dilalui Diana dan wanita itu hari ini, memberi kesan mendalam buat kedua-duanya. Lagi pula, hari ini merupakan hari Maal Hijrah iaitu satu detik pengakhiran dan permulaan tahun baru Islam.
Menurut Diana, “#bismillahirrahmanirrahim Mashaallah Jumaat Yang Berkat Allah hadir kan seorang Bidadari ke rumah yang ingin memeluk Islam..
subhanallah Allahhuakbar doakan sahabat Islam baru kita istiqomah terus ke syurga Allah…. Amin ya Allah Amin
Menerusi perkongsian video instagramnya kelihatan Diana sedang mengajarkan wanita bernama Aisyah ini mengucap dua kalimah syahadah.
Allahuakbar… sampainya hati seorang pengasuh letak mayat bayi Adam Rayqal Mohd Sufi, lima bulan, dalam peti ais. Ini Kejam!
Sungguh tragis… tak dapat bayangkan macam mana perasaan seorang ibu, Farah Madiha Othman, 28 yang berada di tempat kerja terus bergegas pulang apabila tahu berita kehilangan anaknya.
Semalam tular pengasuh menyatakan bayi lelaki itu kena culik dengan lelaki tak dikenali tetapi ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.
Ditemui Di Dalam Peti Rumah Pengasuh
Mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
Apa yang cukup menyedihkan, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.
Sebijak mana pengasuh itu cuba menipu, namun mayat Adam Rayqal ini akhirnya ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan.
Pengasuh Disiasat!
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Petang semalam, selepas tahu anak kecil ini yang konon dilarikan orang tak dikenali, bapa bayi itu, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, siap memuat naik gambar Adam di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.
Takziah kepada keluarga mangsa dan semoga kes ini menjadi pengajaran untuk mak ayah lebih berhati-hati dengan pengasuh yang menjaga anak-anak.
AL-FATIHAH.
Info: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Aznil Nawawi hormat pendirian mereka yang tolak vaksin, setuju dengan Datuk Aznil Nawawi yang menghormati pendirian serta hak mereka yang menolak divaksin atau ada disebut sebagai anti vaksin dan prosafe (ambil langkah berjaga-jaga).
Aznil Nawawi Hormat Pendirian Mereka Yang Tolak Vaksin
Pengacara hebat yang lebih selesa dengan panggilan Pak Nil ini juga menerangkan prosedur pelalian atau vaksinasi itu tidak diwajibkan kerajaan.
“Ia hak masing masing. Saya hormat. Daripada awal lagi kerajaan pun tak paksa sama ada nak ambil vaksin atau sebaliknya.
“Tapi bila keluar dakyah salah bertentangan sains atau propaganda itu ini daripada segelintir golongan berkenaan, itu yang tak syok.
“Mungkin sebaiknya golongan itu tidak terlalu lantang di media sosial. Tapi ia hanya pandangan rawak saya saja kerana zaman media sosial beraja ini ramai tegar bersuara,” ujar Aznil ketika ditemubual sewaktu sidang media pelancaran rangkaian produk Diffenz Junior keluaran Eskayvie.
Hormati Mereka Yang Memilih Divaksin
Pada kenyataan yang sama, Aznil juga menerangkan mereka yang tidak mahu divaksin agar menghormati mereka yang memilih untuk divaksin.
Malah Aznil juga turut mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini yang menyebut akan terus menyusahkan urusan golongan berkenaan.
“Pada pandangan sayalah, beliau bukan nak menghimpit golongan anti vaksin. Sebaliknya merujuk kepada golongan yang tak nak divaksin tetapi pada masa sama mengeluarkan dakyah salah untuk menakutkan orang ramai.
“Jadi saya setuju jika golongan itu pegang pendirian mereka tak mahu divaksin tanpa mengeluarkan dakyah tertentu. Pendek kata hormat pendirian itu. Dalam masa sama, golongan itu hormati mereka yang memilih divaksin. Begitulah sebaliknya.
“Jangan Bermusuh Dengan Mereka”
“Jadi selebihnya iaitu 10 peratus lagi merujuk kepada golongan antivaksin, kanak kanak dan mereka yang tak boleh divaksin atas faktor pelbagai termasuk kesihatan.
“Kita yang memilih vaksin ini jangan bermusuh dengan mereka. Kita cuba lindungi mereka. Majoriti akan menang melawan minoriti. Insya-Allah.
“Kita sudah bergelut melalui era COVID-19 ini. Cukup… cukuplah derita itu. Tak perlu kita tambah dengan pertelagahan prinsip mahu divaksin atau sebaliknya,” katanya yang sudah lengkap dua dos vaksin.
PKP Pertama, Rasa Hidup Gelap
Aznil yang akan menginjak usia 59 tahun pada 6 November ini, kelihatan awet muda dan akui sangat menjaga kesihatan. Malah Aznil juga turut diberi rezeki sebagai duta produk kesihatan, Eskayvie.
“Ketika PKP pertama, saya sendiri rasa hidup macam gelap. Kerja seni yang sudah dipersetujui pun ditunda malah ada yang dibatalkan. Tapi saya beroleh rezeki sebagai duta jenama produk itu.
“Malah ada rangkaian produknya yang mempunyai testimoni sebagai penguat daya ketahanan diri selain alternatif melawan pelbagai virus termasuk COVID-19.
“Malah saya juga ada meminta bekas penyampai radio Sinar FM, Najman Mohamed yang disahkan positif COVID-19 tahap empat mencuba. Alhamdulillah ikhtiar serba sedikit membantu dan pulih. Malah pihak jenama produk ini juga membantu Najman menyelesaikan kos bil hospital atas paksi kemanusiaan,” luah Aznil.
Tekankan Pengambilan Vitamin C dan D Di Kalangan Pelajar
Selain mementingkan kesihatan diri, figura ini juga menerangkan golongan kecil juga wajar dilindungi.
“Apabila ada inisiatif pihak produk ini buat suplemen khusus untuk kanak kanak mendapat perlindungan di musim pandemik, saya paling bersetuju.
“Apatah lagi ada golongan ini sudah kembali bersekolah secara bersemuka. Virus jahat ini kita tak nampak, jadi kena sentiasa berwaspada. Golongan dewasa sendiri pun boleh terdedah kepada perkara yang tak diingini, apatah lagi si kecil.
“Sebagai Ikon Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sendiri teruja nak pusing sekolah bertemu mereka sambil bercakap soal perlindungan diri, ilmu dan menekankan kepentingan pengambilan vitamin C dan D,” sambungnya.
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...