Datin Lynda Rafikah Bangga Dibesarkan Ibu Tunggal, Kuat Semangat & ‘Struggle’ Bekerja Kunci Kejayaan

Share

Datin Lynda Rafikah bangga dibesarkan ibu tunggal, kuat semangat & ‘struggle’ bekerja kunci kejayaan. Seorang wanita yang bergelar ibu, adalah satu anugerah mulia dari Allah.

Datin Marlinda Rafikah Mohamad Rozi atau lebih mesra dengan panggilan Datin Lynda Rafikah yang juga pengasas  THE GIRLS REPUBLIQUE (TGR) mengimbas kehidupan yang dibesarkan atas kecekalan ibu yang merupakan seorang ibu tunggal anak lima. Kecekalan ibu juga menjadikan dirinya tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran dan kuatkan semangat untuk berjaya.

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Datin Lynda Rafikah Bangga Dibesarkan Ibu Tunggal

Sewaktu ditemui ketika majlis pelancaran produk baru-baru ini, Lynda akui dirinya sudah mula berjinak-jinak dalam perniagaan seawal usia remaja 14 tahun. Semangat yang ada pada diri ibu tercinta yang kuat bekerja menjadi inspirasi dirinya untuk berjaya. Apatah lagi keluarganya sendiri tidak asing dalam berbisnes.

“Keluarga juga terlibat dalam bisnes. Jadi sewaktu remaja saya bekerja dengan famili. Memang minat berniaga ni dari muda lagi,” ungkap Lynda yang juga muncul dengan produk kosmetik terbaru menerusi jenama Glassskin by Lyndarafikah.

Suami Tulang Belakang

Wanita cantik berusia 34 tahun ini juga menyatakan dirinya sudah terbabit dalam dunia perniagaan secara serius sejak berusia 19 tahun, malah suami tersayang Dato Abd Rahman Soltan juga merupakan tulang belakang dan pendorong  menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan.

“Saya berkahwin awal, usia 17 tahun. Suami jadi tulang belakang dari awal. Latar belakang saya dan suami suka berniaga. Usia 19 tahun saya sudah terlibat dalam perniagaan berkaitan kecantikan dengan membuka spa. Sehingga sekarang spa milik saya Emerald Touch masih beroperasi,” kongsi Lynda.

Berkongsi suka duka dalam berbisnes sejak 15 tahun dahulu, situasi paling sukar dilalui ketika Pendamik Covid-19.

“Walaupun sudah lebih sedekad dalam bidang perniagaan paling sukar adalah sewaktu Pendamik Covid-19. Ketika itu perniagaan saya juga terjejas. Jika sebelum ini spa yang saya kendalikan ada team yang ramai hampir 18 staf,namun dek kerana pendamik saya terpaksa kurangkan staf.

“Tapi alhamdulillah sehingga kini spa masih beroperasi dan segala kesukaran yang saya alami menjadi asam garam dalam perniagaan,” ujar Lynda.

Baca Disini : Rahsia Cantik Datin Elvina, Amalkan Bangun Awal Pagi & Pastikan Hidup Sentiasa Ceria

Nak Jadi Wanita Cantik & Lebih Sihat, Pastikan Kena Tidur Sebelum Jam 11 Malam!

Galas Tugas Sebagai Ibu & Isteri Dengan Baik

Ibu kepada empat cahaya mata ini juga beruntung kerana suami tersayang sentiasa disisi. Malah dirinya juga bekerja bersama suami. Wanita ini juga meletakkan prinsip dia akan pulang ke rumah sebelum suami. Tugas sebagai ibu dan isteri juga digalas dengan baik.

Beruntungnya Lynda kerana suami berpengalaman luas dalam penghasilan produk kecantikan.

“Suami saya merupakan seorang jurutera kimia dan mempunyai kilang membuat produk milik keluarga yang sudah beroperasi lebih 40 tahun. Kilang tersebut  sudah menghasilkan banyak produk tempatan dan ada di anataranya di eksport  ke luar negara.

“Berbekalkan pengalaman selama 40 tahun dan ditambah pula dengan bahan berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk ini, saya yakin ramai yang akan berpuas hati kerana produk kami kerana ia setara dengan produk antarabangsa yang ada di pasaran sekarang,” katanya.

Baru Lepas Pantang Bersalin

Kelihatan langsing dan wajah berseri-seri sebenarnya Lynda baru saja 7 minggu bersalin anak keempat. Berkongsi penjagaan diri sewaktu berpantang, Lynda menyatakan dia mengamalkan pantang secara tradisional.

“Sejak bersalin yang pertama hingga anak keempat saya amalkan berpantang secara tradisional. Saya memang akan fokus menjaga badan, jaga makan, makan jamu, bersauna dan berurut. Malahs aya juga mengikut saranan doktor di mana enam minggu pertama selepas bersalin merupakan tempoh terbaik untuk turunkan berat badan,” ungkap Lynda.

Sepanjang mengandung, dirinya juga mengalami alahan dan masalah kulit seperti wanita hamil lain.

“Empat kali mengandung memang saya punya masalah, dimana muka dan leher menjadi gelap dan naik jerawat, membuatkan saya tidak senang duduk dengan penampilan ketika hamil, dalam pada itu untuk mencari produk yang sesuai dengan keadaan tersbeut memang payah.

“Salah satu faktor saya mengeluarkan produk kecantikan ini kerana penjagaan kulit sangat penting untuk setiap individu. Saya juga nak didik masyarakat supaya berhenti menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone dan merkuri.

“Glassskin by Lyndarafikah telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dan diuji sendiri oleh saya selama tujuh bulan.

“Saya juga percaya produk kecantikan sentiasa ada ‘demand’ tersendiri. Satu kepuasan apabila pengguna menggunakan produk kita.

“Saya juga mendapat maklum balas yang positif daripada kakitangan yang telah mencuba produk ini. Rata-rata mengatakan produk ini membantu masalah jerawat yang mereka hadapi, selain muka yang kusam menjadi putih, bersih dan sihat,” akhirinya yang turut menyatakan Glassskin mengandungi lima produk hebat iaitu pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan krim pelindung matahari atau sunscreen.

 

Mingguan Wanita : Seronok bila dengar ramai wanita berjaya dan membantu wanita lain menjana pendapatan.

Sumber Foto  :  Glassskin by Lyndarafikah

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

 

Published by
Norhayati Suboh