
Rupa-rupanya di Cameron Highlands ada ladang anggur tersembunyi. Ini yang dikongsikan Puan Rafiza Idayu ketika menjejak kaki ke ladang anggur tersembunyi Cameron Highlands bersama suami dan dua orang anaknya.
Katanya, “Bukan di Tanah Rata, bukan di Brinchang dan bukan juga di Tringkap. Tetapi terletak di Ringlet, jalan Lembah Bertam yang memang jauh dari tempat tumpuan pelancong yang havoc di atas sana.”
“Syukurlah tuan ladang nak buka ladang ini open to public. Dapat juga kita masuk, tengok pokok anggur dari dekat dan lagi best diberi peluang petik anggur sendiri.”
Apa pun buat mak ayah yang nak naik ke ladang anggur dekat Cameron Highland ini boleh datang bila-bila masa, sebab lokasinya memang jauh dari kesesakan tanah tinggi yang boleh buat hilang ‘mood’ bercuti.
Klik Sini : Untuk panduan perjalanan ke ladang anggur Lembah Bertam, Ringlet
Macam Mana Nak Sampai Ke Ladang Anggur Tersembunyi
Bagaimana nak berpeluang je ke sini? Jom usha gambar gambar yang dikongsikan.

Mana tak tersembunyinya, tanpa papan tanda, dilitupi dengan kelambu lagi..

Rasa rasa dengan kelajuan kereta 60km/j boleh perasan ke signboard ni?
Emmm… Memang tak lah…
Jadi pandai pandailah uols count 6km dari simpang 3 depan Shell di Ringlet menuju Lembah Bertam.
Semua di sini adalah ladang ye.. Bukan pusat pelancongan macam di atas sana.
Nampak tak sign kuning tertulis “Joo Huat Nursery”?
Tapi bukan Joo Huat Nursery tu, sebaliknya ladang di belakang Joo Huat Nursery tersebut. Di lereng bukit.
Kami set millage di kereta sebaik sahaja berada di simpang 3 tersebut. Kami slowkan kereta apabila hampir 6km.
Ladang terletak di sebelah kiri. Ada jalan masuk ke belakang betul betul di sebelah Joo Huat Nursery tu.
Selamat mencari tau.

Landmark jalan masuk tersebut adalah lereng bukit yang terpotong seperti dalam gambar.

Kita bakal melalui jalan ladang yang curam, licin dan berlecak.
Jadi pastikan pakai baju dan kasut yang sesuai tau.


Kawasan ladang penuh dengan sistem pengairan, tidak hairanlah ianya berkeadaan sedemikian.
Jangan bising bising kenapa mereka tak buat jalan cantik.
Ingat, ini ladang, bukan dibina untuk pelancongan. Terima keadaan ini sebegini, jalan terus.
Nasib baik toke ladang tak kena check in fee tau.

Jalan lagi.


Tahulah kita di sini tanaman utama adalah pokok bunga.

Nikmati Suasana ‘Manis’ Dalam Ladang Anggur

Terdengar orang bercakap cakap.
Akhirnya… Jumpa juga ladang anggur tersembunyi ini.
Berpagar dan berkelambu. Siapa sangka ada ladang anggur tersembunyi di Cameron Highlands.


Pokok anggur ini telah berusia hampir 15 tahun. Ditanam oleh suami beliau (sudah meninggal dunia) kerana minat dan suka suka.
Benihnya dari anggur Australia.
Pada tahun ke empat, pokok sudah mula berbuah.
Mengakui kesukaran di peringkat awal menanam anggur ini.

Hanya 1 plot sahaja akan dibiarkan berbuah, satu plot lagi untuk musim seterusnya supaya bergilir gilir.
Buah hanya dijual kepada pelancong yang datang ke sini sehingga habis dituai.
Aunty beritahu, jika banyak bas sampai lagi cepat habis anggur beliau.
Haha.. Apa lagi korang. Sekarang tengah musim.
Musim pula tidak tentu. Jadi tidak hairanlah jika ada yang pulang hampa.

Plot yang di sebelah pula tidak berbuah. Memang dibiarkan berbuah untuk musim cuti sekolah akhir tahun ini.
Nasib nasib ye kalau ada yang datang ladang tak dibuka kepada orang awam.

Walaupun sedikit tinggi dari harga pasaran, tetapi pengalaman petik anggur tidak dapat diperolehi di supermarket. Eh!

Memang sengaja dibiarkan tidak berbuah supaya buahnya boleh dituai pada musim cuti sekolah akhir tahun ini.
Huhu.. Tak ada maknanya kami nak datang Cameron Highlands pada musim cuti sekolah. Yang tak musim cuti dan tengah bulan pun ramai jer orang datang ke Cameron Highlands.
Nak Balik Dah, Tengok Kiri Kanan Apa Yang Ada Dekat Sini






Menarikkan perjalanan Puan Rafiza dan famili ini. Buat mak ayah yang masih bercuti di atas tanah tinggi Cameron Highlands itu bolehlah singgah sini. Ikut saja panduan arah jalan yang dikongsikan dalam ini.
Sumber/Foto : Rafiza Idayu
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI