Datang haid seperti biasa, makan pil perancang setiap bulan. Ibu kongsi kelahiran bayi ajaib atas sofa. Ramai di antara pasangan suami isteri ternanti-nantikan kelahiran cahayamata. Biasanya perasaan teruja ini berlaku pada kelahiran pertama. Anak dianggap pembawa rezeki dan pencetus kasih sayang ibu dan ayah.
Bagi yang masih belum dikurniakan lagi, perasaan sabar itu pasti ada. Mereka akan tertunggu-tunggu waktu haid, mahu melihat sama ada datang bulan atau tidak kerana satu dari tanda kehamilan ialah lewat datang bulan dan seterusnya haid tidak ada sepanjang tempoh kehamilan.
Namun kejadian yang berlaku pada seorang ibu, Eyka Ikaa yang berkongsi kelahiran luar biasanya di mana dirinya masih datang haid, makan lagi pil perancang dan sedar-sedar dirinya sudah bersalin. Itu pun kelahiran berlaku di rumah di mana dirinya tidak pernah membuka buku rekod merah dan perutnya juga tidak membesar seperti orang mengandung. Tahu-tahu sudah bersalin di kerusi rumahnya. Benar-benar mengejutkan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK , FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bacakan Surah AL-QADR Pada Ubun Bayi, Tak Sampai Berapa Minit Anak Tidur Sendiri!
Bayi, Kanak-Kanak Bawah 4 Tahun ‘Dibayar Gaji’ Ceriakan Penghuni Warga Emas!
Baca kisah kelahiran bayi ajaib ini.
Haid : Haid Datang setiap bulan. Setiap hujung bulan haid akan datang seperti biasa. Anggaran 5 ke 6 hari.
Perancang : Pil perancang makan setiap bulan dan tak pernah skip.
Bila bersalin : Bersalin pada 19/10/2022 hari rabu pada pukul 8.45 pagi. Telah disambut oleh suami. Bersaksikan anak sulung yang berusia 1 tahun 2 bulan.
Sakit mcm mana: Sebelum saya bersalin, malam tersebut dalam jam 1 pagi rasa seperti perut masuk angin dan muntah beberapa kali. Apabila keesokan harinya, rasa tidak selesa di perut makin terasa seolah olah sembelit ingin membuang air besar.
Saya masuk ke dalam bilik air beberapa kali tapi rasa tidak selesa di perut makin menjadi.
Saya membuat keputusan untuk ajak suami ke hospital tetapi oleh kerana sudah tidak tahan. Saya melahirkan bayi perempuan di atas sofa dengan disambut oleh suami.
Saya meminta suami saya untuk menghubungi pihak ambulans. Sebelum pihak ambulans tiba ke kediaman kami. Suami telah mengikat tali pusat menggunakan tali kasut. Perasaan saya waktu itu sangat terkejut dan gementar seluruh badan, begitu juga dengan suami.
Sepanjang 9 bulan ,saya tidak menyedari kehadiran janin di dalam rahim saya. Kerana tidak merasa sebarang pergerakan dan perut tidak membuncit begitu besar seperti pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama.
Berbeza dengan pengalaman saya melahirkan anak pertama dahulu. Perut besar, hidung kembang dan semuanya kembang. Syukur bayi saya sihat dan sempurna walaupun tidak pernah menerima sebarang rawatan.
Sepanjang kehamilan juga saya tidak membuka buku rekod kesihatan ibu di klinik kesihatan dan sudah pasti tiada sebarang rekod kesihatan ibu dan anak di klinik kesihatan. Syukur allah melindungi dan menjaga anak dalam kandungan sehingga lahir ke dunia. Sumber: FB Eyka Ikaa
BILA WAKTU TERBAIK MANDI HAID? BERSAMA PENDAKWAH BEBAS USTAZAH AISYAH