Belimbing buluh yang banyak berbuah di pokok, jangan dibiarkan terbiar begitu saja. Sedap jika dijadikan kismis belimbing buluh.
Ini resepi unik yang dikongsikan Puan Zainun Haji Tun. Katanya, bila dah menjadi rasa dia sedap sekali.
“Alhamdulillah, percubaan pertama yang menjadi ‘kismis belimbing buloh”. Lepas ni tak usah biarkan belimbing terbuang macam tu saja, ambil buat ‘kismis’… sedap yakmat.
Sebab ramai yang minta resepinya, saya share di sini
Resepi Kismis Belimbing Buluh
- 2 kg belimbing buluh
- 1 kg gula putih (gula pasir)
- 1 sudu makan kapur sireh
- 1 liter air putih
Caranya :
- Basuh belimbing, rendam dalam air kapur lebih kurang 2 jam. Basuh, buang tangkai dan toskan.
- Masak 1/2 kg air gula, dah mendidih tuang belimbing dan biarkan sampai air gula agak pekat. Hati-hati masa kacau jangan sampai belimbing hancur dan gula tak hangus.
- Masukkan 1/2 kg gula lagi (saya tambah gula sebab belimbing tu masih terasa masamnya), kacau perlahan dengan api yang kecil sampai air gula tu pekat. Tutup api, toskan belimbing, agak dah kering boleh jemur.
Ini versi saya, mungkin rakan lain ada cara tersendiri.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mudahkan cara nak buat kismis belimbing buluh ini. Haa.. bolehlah cuba ya.
- Baca sini :
- Kek belimbing buluh, sedap tak masam, cara buat pun mudah, blend je
- Resipi senang sambal belimbing buluh, sedap hanya guna 3 bahan
- Halwa belimbing masam manis, makan begitu saja atau masukkan dalam masakan
- Resepi sambal hitam ekspress, cuma 4 bahan masak dalam periuk tekanan, jimat masa
Sumber/Foto : Pn Zainun Haji Tun
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI