Daripada membeli makanan, baik masak sendiri, jimat.” Ingat orang berniaga juga mencari rezeki untuk keluarga. Salah tanggapan sebegitu.
Tidak dinafikan ramai selesa memasak sendiri untuk keluarga, namun ada kalanya tak salah membeli makanan yang dijual. Sesungguhnya dalam rezeki kita mengalir juga rezeki orang lain seperti mana yang dikongsi Sha Ramson Abdullah.
Daripada Membeli Makanan, Baik Masak Sendiri, Jimat
Saya tak berkenan orang cakap :
“Dari beli makanan kat luar, baik masak sendiri. Jimat pun jimat. Takdelah membazir duit.”
Kenapa cakap membazir?
Ingat orang yang berniaga makanan tu saja-saja nak bazirkan duit orang ke?
Saya memang tak berkenan dengan orang yang kedekut dan berkira. Bila kita berkira-kira dengan orang, rezeki kita pun berkira-kira nak datang dekat kita.
Ingat Orang Berniaga Juga Mencari Rezeki!
Ingat ya…
Orang yang berniaga itu mencari rezeki untuk keluarga dia. Setiap orang ada komitmen masing-masing yang tak semua orang mampu cerita.
Sama juga macam saya ada kereta, tapi ada kalanya saya suka keluar rumah naik teksi atau Grab.
Sebab Allah sudah tetapkan rezeki kita dan rezeki pemandu Grab atau Teksi tersebut iaitu dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.
Kebaikannya;
Allah bagi saya pengalaman jumpa pemandu dan jika pemandu suka bercerita, kita dapat belajar mengenali sudut pandangan dan pengalaman orang lain. Beginilah cara saya belajar meningkatkan empati dalam diri saya.
La hawla wala quwwata illa billah.
Kesannya
Antara benda yang saya suka buat dengan izin-Nya :
1. Setiap kali beli barang, bagi duit lebih kepada peniaga. Ingatkan diri kita bahawa duit yang kita bagi kepada orang itu bukan duit kita tapi Allah ta’ala yang bagi. Jadi, tak perlu jadi perasan sangat kita bersedekah. Malu dekat Allah. Rezeki kita bagi duit lebih tu pun datangnya dari Allah.
Ads
2. Bila naik teksi atau Grab pun bagi duit lebih dan ingatlah duit yang kita bagi itu Allah yang bagi. Bukan duit kita. Jadi, tak payah bangga cakap aku sedekah. Malu dekat Allah sebab kalau Allah tak jentik hati kita untuk sedekah, kitalah orang yang paling bakhil.
3. Setiap kali bersedekah atau bagi duit lebih dekat orang, jangan mengharapkan balasan. Setiap kali kita buat kebaikan, bila kita harapkan balasan, itu maknanya kita tak ikhlas.
4. Buat apa saja kerana Allah ta’ala tanpa mengharapkan balasan. Orang yang ikhlas, dia takkan berharap orang akan balas balik kebaikan yang dia buat.
seketoi sha
ikhlas itu satu kemanisan.
Mingguan Wanita : Hari-hari masak pun buat mak-mak bosan, sesekali supportlah kawan-kawan yang berniaga. Bolehlah mak-mak cuti masak dan berehat, paling penting dapat membantu kawan dengan berkongsi rezeki.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Oktovia Manrose akhiri zaman janda, kini sah bergelar isteri bekas pemain bola sepak. Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga sebelum ini bergelar ibu tunggal, Oktovia Manrose.
Oktovia yang juga kakak kepada pelakon Aprena Manrose dan anak kedua daripada tiga beradik, hasil perkongsian hidup penyanyi dangdut, Iwan Syahman dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd. Noor kelihatan begitu cantik di atas pelaminan.
Oktovia Manrose Akhiri Zaman Janda
Ibu kepada Muhammad Rayyan Zulkarnain, 9 ini telah bergelar isteri dengan sekali lafaz kepada bekas pemain bola sepak untuk kelab Melaka United, Mohamad Khairul Efsan Mdisa.
Pasangan ini telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall sekitar pukul 9.30 malam pada 21 Disember 2021.
Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.
Wang Hantaran Dirahsiakan
Seperti mana yang dilaporkan majlis yang bertema dalam taman itu, Khairul Efsan telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Malah pengantin perempuan juga turut menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.
Untuk rekod, Oktovia pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Izat Abdul Rahman dan kemudian berpisah.
Pasangan pelakon suami isteri, Fadzil Zahari dan Yana Samsudin ini memang sweet habis. Walaupun cuma melayan isteri bergambar, ia tetap memberi kebahagiaan buat dirinya.
Luahan hati bapa, Aisy Mateen ini mungkin kedengaran lucu. Ditambah pula dengan aksi yang dirakam suami isteri ini. Namun, inilah salah satu usahanya untuk buatkan Yana sentiasa rasa dikasihi.
Memang ada kan suami-suami yang tak berkira dan rajin melayankan saja isteri mahu merakam momen dirinya di telefon. Kadang itu bukan sekeping dua, kadang itu berkali-kali ‘take’. Dan suami turutkan juga kerana itulah cara untuknya menghiburkan hati isteri. Tak salahkan?
Haa.. jangan pula nanti keluar macam-macam cadangan ke apa-apalah pasal suami yang layan isteri bergambar ini. Kena ingat ni mak-mak, suami yang gembira adalah suami yang berjaya membuatkan isterinya bahagia.
Dan inilah pesanan Fadzil untuk para isteri yang dikurniakan suami-suami yang gembira melayan kebahagiaan isteri masing-masing.
Dialah Wira Yang Tak Didendang – Fadzil Zahari
Wahai para isteri, tatkala melihat foto ini, kucuplah tangan dan dahi suami mu, renung matanya dan ucapkanlah terima kasih yang tak terhingga.
Dialah “Wira yang tak di dendang”
Dialah yang terakhir menutup pagar & pintu rumah mu di kala malam yang gelap gelita.
Dialah yang mengangkat berplastik plastik barang shopping mu.
Dialah yang membuang sampah di dapur yang berat dan di penuhi ulat itu.
Dialah yang membunuh cicak, lipas dan segala serangga di rumah.
Dialah yang membuka penutup botol sos yang ketat itu.
Dialah yang mengambil gambar mu berulang ulang kali tanpa penat dan jemu untuk kamu upload di Instagram.
Kehidupan seorang remaja yang menguasai hampir 16 bahasa di Kemboja kini bertukar 360 darjah malah semakin popular kerana mendapat perhatian pelbagai pihak.
Thuch Salik, 14, hanya seorang remaja biasa datang dari keluarga susah namun memiliki keunikannya tersendiri. Salik, mempelajari kesemua bahasa itu ketika berinteraksi dengan pelancong ketika menjual cenderamata seperti pelekat magnet dan poskad di hadapan kompleks kuil Angkor di Krong Siem Reap, Kemboja.
Mendapat Perhatian Ramai
Susulan videonya yang bercakap dalam pelbagai tersebut viral di media sosial, kehidupan Salik sekeluarga kini sudah mula berubah.Baru-baru ini, mereka dijemput menjadi tetamu dalam program televisyen tempatan.
Malah, terdapat juga orang-orang perseorangan yang mendermakan basikal dan permainan baru, serta turut berjanji untuk membiayai pendidikan Salik sehingga ke peringkat universiti.
Dengan situasi kewangan keluarganya yang semakin baik dan stabil, Salik komited untuk belajar dan meningkatkan kemahiran bahasanya.
Menurut ibunya, Mann Vanna, dia tidak lagi membenarkan anaknya menjual cenderahati kerana ingin menumpukan pelajaran.
“Saya tidak membenarkan Salik bantu saya menjual cenderahati, jika ada kelapangan, baru dia boleh bantu saya.
“Keutamaan adalah pelajarannya kerana saya mahu dia menjadi insan berguna,” katanya.
Tidak Sedar Anak Bijak
Malah Vanna mengakui tidak menyedari anaknya itu seorang yang bijak sehingga mampu mempelajari begitu banyak bahasa dalam tempoh masa yang singkat.
Kisah Salik sebelum ini mendapat perhatian selepas video dia berkomunikasi menggunakan 16 bahasa antaranya Rusia,Mandarin, Jerman, Tagalog, Jepun dan Itali, viral menerusi perkongsian di laman sosial.
MW: Kemahiran menguasai pelbagai bahasa adalah sesuatu anugerah yang tidak ternilai buat remaja ini. Semoga kelebihan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya dan mampu merubah kehidupan keluarga dengan lebih baik.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...