“Daripada Membawang, Lebih Baik Bersenam,” Jawapan Fasha Sandha Yang Tika Ini Kerinduan Dan Berjauhan Dari Anak-anak

Share

Ramai rupanya yang panas ‘tangan’ nak membawang, bila pelakon handalan Fasha Sandha memuat naik video zumba, ‘Lagi Syantik’. Ada dua versi, yang versi sopan itu ramai betul netizen suka. Sebenarnya inilah salah satu cara untuk Fasha melupakan perasaan rindunya ketika terpaksa berjauhan dari anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Lagi-lagi sekarang ini, Fasha sedang menjalani pengambaran filem seram ‘Cerana Biduk Bu Merah’ yang jauh di sekitar Kuala Kangsar dan Lenggong, Perak. Kata Fasha, lokasi shootingnya itu jauh dekat gua pendalaman. Bila dah jauh macam itu, barulah rasa betapa seksanya berjauhan dari keluarga dan cinta hati.

Wah.. wah.. wah.. nampaknya ramai yang suka dan ada juga kecam video sis berzumba. But, ada sis kisah ke? Shooting filem memang ambil masa yang lama. Banyak masa menunggu. Jadi, untuk habiskan masa menunggu, kami bersenam

.”

Berzumba exercise pun kena kecam kata sis ni tergedik-gedik menari. Haih, this is what i like, apa masalahnya sayang? orang yang kecam tu ada masalah hati.”

 

Kami Je Yang Tahu Betapa Seksanya Berjauhan Dengan Keluarga

Kalau teringin nak join, DM je kawan-kawan sis kat sini k sayang. Kami ni kat gua pendalaman ni, kami je yang tau betapa seksanya berjauhan dengan keluarga dan cinta hati tersayang dalam tempoh yang sangat lama. Anak-anak sis pun tak ada depan mata. Kalau ada, nak pegang phone pun tak sempat

.”

Ini memang team ni punya favourite. Ramai gang Zumba. Daripada membawang hal orang, kami bersenam. Suka tengok k. Tak suka silakan unfollow segera. Ni album instagram sis jadi sis punya suka nak buat apa ok.”

Sis dah kata, sis tak suka followers ramai, masalahnya followers sis bertambah naik. Yang kecam tu sebenarnya suka ke sayang? Tepuk dada tanya selera.” Luah Fasha dalam instagram miliknya.”

 

 

Ini Cara Fasha Turun Berat Badan Dengan Cepat

Ujar Fasha lagi sewaktu mengadakan penggambaran di Kuala Kangsar dia perlu menetap di kawasan perkampungan itu selama 13 hari. “Mendekatkan diri dengan dunia kampung dan alam semulajadi.”

Bila dah satu team produksi dan masing-masing jauh pula dari keluarga, ada sajalah aktiviti yang terjadi. Fasha juga sempat berjogging di pagi-pagi hari. Yang menariknya bilamana Fasha ditanyakan oleh Miss Aishah tentang caranya menurunkan berat badan dengan cepat.

Jawapan Fasha adalah berzumba. Itu yang Fasha ajak teamnya berzumba. Selain itu, Fasha juga jaga makan, tak lupa bersenam, berjogging yang mana aktiviti ini akan dapat mengeluarkan peluh.

Memandangkan kami semua dalam gua Kuala Kangsar, kami sama-sama gembirakan hati masing-masing. Semua jauh daripada keluarga dan insan tercinta. Jom zumba lagu ‘Lagi Syantik’.

 

Cantik Betul Kebaya Yang Fasha Pakai

Turut dikongsikan watak Bu Merah yang dipegangnya itu menjadikan dirinya sebagai seseorang yang berusia 60 tahun. Bu Merah juga boleh bercakap dengan lembaga yang menjaga dirinya dan rumah usangnya. Yang mana, wajahnya sentiasa muda walaupun sudah berusia 100 tahun.

Kalau tengok video pendek yang dikongsi Fasha dalam instagram pun dah rasa seram, bila tengok filem itu nanti lagilah tak tahu mana nak menyorok.

Sepanjang pengambaran ini akan terlihat Fasha mengenakan kebaya-kebaya cantik. Kebaya itu dari Syus Couture, Rumah Kebaya Bangsar. Punyalah nampak selesa Fasha berkebaya, sampai boleh pakai waktu menari Lagi Shantik

Jambatan Gantung Inilah Nanti Fasha Kena Tempuh

 

Sumber/Foto : Instagram Fasha Sandha

 

Published by
Netty Ah Hiyer