Dari Sehelai Sepinggang, Sehingga 14 Tahun Fazley, Azrene Pertahan Mahligai Perkahwinan

Share

Syukur, apabila dapat melayari kehidupan bersama pasangan dari awal perkahwinan sehinggalah beranak cucu. Itu impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Jodoh pelakon yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Ahmad bahagia bersama sehingga 14 tahun menjadi suami isteri.

Selama 14 tahun berdua empat orang cahaya mata, onak dan duri telah mereka harungi. Terharu sungguh, Fazley bila mana isteri tetap setia di sisi dalam apa juga kesukaran yang terpaksa mereka tempuhi.

Azrene yang mesra dipanggil ‘Adik’ oleh suaminya ini, menerima dirinya seadanya. Dari seorang yang dalam keadaan sehelai sepinggang, tetap isteri mencurahkan kasih sayang yang berpanjangan.

Azrene Jadi Isteri Abang Dalam Keadaan Sehelai Sepinggang.. – Datuk Fazley

14 tahun dah kita Adik Sayang!

Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini. Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya. Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa.

Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan. Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu! Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun.

Perkongsian Fazley ini dimuatnaik dalam instagramnya dalam bentuk paparan video beserta lagu ‘November Itu’. Yang mana, lagu dan liriknya oleh beliau sendiri.

Baca sini : 11 tahun perkahwinan, isteri Datuk Fazley pernah keguguran hampir 10 kali. Kehadiran Alayna Selma jadi penyeri.

MW : Semoga hubungan bahagia Datuk Fazley dan isteri, Datin Azrene kekal hingga ke jannah.

Sumber/Foto : Dato’ Fazley Yaakob

Published by
NETTY AH HIYER