“Dari Peniaga Tepi Jalan Kini Dah Ada Kantin Kilang & Medan Selera,”. Siapa sangka sesungguhnya perkongsian resipi menerusi buku-buku dan video yang dikongsikan di media sosial mampu memberi manfaat pada para pembaca dan followers.
Berkongsi posting terbaru di Instagram, Yatie Kitchen, Instafamous dalam bidang masakan ini meluahkan rasa syukur dan terharu kerana hasil resepi daripada buku-buku dan video yang dikongsikan dapat dimanfaat buat para followersnya.Bukan sahaja masakan untuk keluarga malah dapat dijadikan hasil sumber pendapatan.
“Masyallah Tabarakallah, dari peniaga tepi jalan kini dah ada Kantin Kilang & Medan Selera, sesiapa yang dekat tu pegi la support dia
Syukur Alhamdullillah dengan kurnia limpahMu Ya Allah.
Menerusi perkongsian di perbualan whatsapp, salah seorang followers Yatie Kitchen ini yang bernama Erin mengakui bahawa segala resipi yang dijual di gerainya merupakan hasil yang dipelajari daripada video-video dan buku resipi yang dikongsikan oleh yatie kitchen sendiri.
Sebagai tanda penghargaan tersebut, Erin ingin menjemput dan belanja Yatie Kitchen di gerainya sendiri. Malah Lebih istimewa bermula dari berniaga di tepi jalan, kini mampu mengembangkan perniagaan makanan dengan mempunyai kantin kilang dan medan selera.
Ramai yang tumpang gembira, terharu malah terinspirasi dengan perkongsian Yatie Kitchen ini.
Dalam temubual bersama Mingguan Wanita sebelum ini, jelas Nurhayati Zainol Abidin atau lebih dikenali dengan Kak Yatie, setiap kali berkongsi resipi di media sosial, dirinya sememangnya berkongsi resipi seikhlas hati agar mudah difahami dan orang boleh ikut.
Resipi yang mudah difahami, jelas dan gerenti jadi membuatkan ramai pengguna media sosial terutamanya Instagram sentiasa mengikuti setiap satu resepi masakan dan makanan yang dikongsikan Kak Yatie. Nama @yatiekitchen kini memiliki 849K pengikut di Instagram dan menjadi rujukan mak-mak untuk mencari resipi baik untuk kegunaan keluarga sendiri mahupun dijadikan sumber pendapatan.
“Macam mana saya masak dan makan masakan saya, macam itulah saya mahu follower-follower saya merasai benda yang sama, saya pastikan apa yang saya kongsi dan tulis difahami, jelas dan mudah diikuti supaya hasilnya sama.
“Tiada “rahsia” di setiap perkongsian kerana bagi saya ilmu yang Allah kurniakan adalah ilmu yang tidak boleh dijual beli dan ilmu itu tidak kita bawa ke sana.
“Ikhlaskan diri dalam menulis supaya kita rasa dekat dengan yang membacanya,” jelas Yatie yang hampir 20 tahun berkhidmat di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sebagai Assistant Manager, Customer Care.
Mesti Baca:CEKODOK PISANG Cantik Sukatan Cawan, Tak Terlembik Atau Terkeras Resipi Yatie Kitchen!
Artikel Menarik:Kak Yatie Kongsi Resipi Yang Senang Faham, Mudah Orang Ikut.” Memang Tiada Rahsia
Mingguan Wanita:Alhamdulillah, besar pahala apabila berkongsi ilmu yang bermanfaat. Bukan hanya untuk masak makan sendiri di rumah, malah boleh dijadikan sumber pendapatan buat orang lain pula.
Sumber: Yatie Kitchen
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.