
Dari medan jihad ke taman syurga, Abu Hamza & isteri syahid di Gaza. Di sebalik topeng yang menutupi wajah, suara yang amat lantang dan tegas dalam perjuangan Palestin, namun selepas syahidnya Abu Hamza dalam serangan zionis dua hari lalu, wajah yang selama ini ditutupi topeng mulai tersingkap.
Masih muda berusia 25 tahun, Naji Abu Sais atau lebih dikenali sebagai Abu Hamza merupakan jurucakap bridget Saraya Al-Quds, sayap bersenjata Jihad Islam Palestin (PIJ), telah gugur syahid bersama isteri dan beberapa ahli keluarganya pada serangan 18 Mac lalu.
Dari Medan Jihad Ke Taman Syurga

Lebih memilukan, semasa perjuangan gelombang Operasi Taufan Al-Aqsa yang meletus pada Oktober 2023 yang mengubah landskap perjuangan, menjadikannya semakin sengit dan penuh pengorbanan, Abu Hamza dan isteri, Syaima baru bernikah seminggu, dirinya menyahut seruan jihad dan meninggalkan isteri serta keluarga demi menyuarakan kebenaran dan perjuangan.
Dikatakan jurugambar yang merakam gambar perkahwinan pasangan ini langsung tidak mengetahui bahawa Abu Hamza adalah lelaki penting di sebalik topeng dikenakannya setiap kali muncul di media massa.

Abu Hamza & Isteri Syahid Di Gaza
Di sebalik peranannya sebagai jurucakap Saraya al-Quds, Abu Hamzah tidak pernah gentar turun ke medan pertempuran. Dia sering tampil dengan suara lantang, menyeru umat Palestin agar terus berjuang mempertahankan tanah air mereka. Isterinya, yang memahami erti pengorbanan, merelakan pemergian suaminya dengan hati yang tabah.
Namun, takdir telah tertulis. Mereka bukan sahaja disatukan dalam cinta, tetapi juga dalam syahid. Kini, cinta yang berputih antara dirinya dan isteri hanyalah di taman-taman syurga. Benarlah, berkasih sayang hingga ke syurga Allah.
Sungguh, cinta beliau terhadap Allah dan Rasul-Nya melebihi kecintaan terhadap isterinya. Lalu mereka diangkat ke syurga bersama-sama untuk merasai kenikmatan syurga, setelah mereka meninggalkan kenikmatan alam perkahwinan demi menyahut seruan jihad.
Serangan dua hari lalu di kediamannya di Nuseirat Gaza, telah meranapkan segalanya dalam sekelip mata. Abu Hamza, isteri, keluarga abangnya turut menjadi mangsa kekejaman tiada henti ini.
Berita pemergian mereka mengundang kesedihan di seluruh Gaza. Bagi umat Islam, syahid bukanlah pengakhiran. Sebaliknya, ia adalah jalan menuju kehidupan abadi yang lebih mulia. Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 169:
“Dan janganlah kamu mengira orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati; bahkan mereka hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran: 169)
Kini, Abu Hamzah dan isterinya telah melangkah dari medan jihad di dunia ke taman syurga yang abadi. Cinta dan perjuangan mereka tidak sia-sia—ia akan terus hidup dalam hati mereka yang menyaksikan pengorbanan ini.

“Mereka telah pergi, tetapi semangat mereka tidak pernah mati. Selagi ada langit di atas Gaza, selagi itu perjuangan ini akan diteruskan.”
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI