Dari Mahasiswa Dah Ikat Perut, Bila Jadi Suami Isteri BERJIMAT Buat Gajinya Berkat

Mahasiswa dulu memang kental. Sudah terbiasa hidup susah, tapi tahu bagaimana mahu mengubah situasi sukar menjadi peluang yang membina masa depan hari ini.

Perkongsian Abdul Qayyum Hadi (Abu Syifaa’), tenaga pengajar bahasa Arab di CALSD ini boleh dijadikan panduan yang cukup baik untuk anak-anak muda. Beliau mendirikan rumah tangga ketika masih dalam pengajian.

Selepas menjadi suami, Abdul Qayyum jimat cermat uruskan wang bulanan yang ada. Untungnya, isteri juga mempunyai pengalaman dan pemikiran yang sama.

 

Suami Isteri Ini, Dari Mahasiswa Lagi Dah Biasa Ikat Perut, Hidup Berjimat Cermat

Mahasiswa Ikat Perut

Adakah situasi terkini dengan 10 tahun lepas sama? Saya tak pasti. Cuma saya teringat:

10 tahun lepas saya dan isteri, Norfatihah Omar melangsungkan perkahwinan ketika sama-sama masih dalam pengajian. Tak terfikir pula istilah ikat perut.”

Berbekalkan pinjaman PTPTN (sekarang masih istiqamah membayarnya) + buat kerja home tuition dapatlah menyara keluarga TANPA meminta bantuan kewangan daripada keluarga (untuk tujuan makan minum).

Ads

Pada 2010 kami membeli kereta baharu VIVA, kami istiqamah membayar ansuran bulanan TANPA sangkut sehinggalah habis tempoh ansuran. Selepas habis ansuran, kami beli Alza pula. Itu sahaja kemampuan kami.

Apa yang kami lakukan?

Hanya sikap berjimat cermat jalan penyelesaiannya. Bukan jadi Haji Bakhil ye. Tapi berbelanja ikut situasi semasa. Perangai ini terbawa-bawa sehingga kini.

Sebagai contoh, kemampuan isteri saya sebagai guru kerajaan memang boleh dapat lebih daripada sekarang. Banyak benda beliau ‘tak jadi beli’ sebab memikirkan banyak perkara.

Kawan-kawannya hairan kenapa tak upgrade diri dengan peralatan dan perhiasan diri yang class class gitu. Dia tak minat.

Ads

 

Suami Isteri Ini, Dari Mahasiswa Lagi Dah Biasa Ikat Perut, Hidup Berjimat Cermat
Buku catatan dari zaman mahasiswa masih elok disimpan.

Pelajaran Dari Zaman Mahasiswa Berguna Sampai Sekarang

Saya katakan “inilah yang kita belajar masa kita susah dulu“.

Kita sangat menghargai wang dan pendapatan yang diperolehi. Jangan biarkan ianya berlalu dengan begitu sahaja.

√   Buat simpanan tetap.
√   Niatkan wang simpanan akan digunakan untuk membantu saudara mara kita atau ibu bapa kita yg dalam kesusahan.
√   Dan ketika berbelanja, fikirkan apakah sesuatu barang tu keperluan atau kehendak.
√   Jangan sertai mana-mana aktiviti scam.
√   Berdoalah agar kita tidak terjebak dengan perkara itu.

Kita banyak mengorbankan diri kerana mahu nampak gah di sisi orang lain. Tapi diri merana. Jadilah diri sendiri.

Ads

Banyak benda lagi yang boleh dipelajari dalam hidup ini. Berjalan atas kehendak Ilahi, pasti hidup akan diredhai.

Catatan Isteri Bila Baca Perkongsian Semula Suami

 

 

Ini tulis isterinya, Norfatihah Omar, “Kumpul duit beli barang baby last minit. 30 july baby dah lahir. Bila tengok catatan ni rasa berair dan menitis air mata. Suka duka masam manis ado blako..alhamdulillah.

MW : Jadi anak-anak muda, andai ketika ini anda merasai sukarnya menuntut ilmu di jalan Allah. Maka, kentalkan hati dan emosi. Kerana pelajaran waktu susah inilah, kelak jadikan anda seorang yang hebat.

Sumber/Foto : Abdul Qayyum Hadi (Abu Syifaa’)

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI