Dari Lauk Berpantang, Juadah Berbuka Puasa Ganti, Suami Ini Rajin Masakkan

Share

Suami ini, Are Peace cukup terkenal di dalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) kerana rajinnya berkongsi masakan yang dimasak sendiri untuk isteri dan anak-anaknya. Bukan saja juadah biasa, malah lauk berpantang isteri hingga juadah berbuka puasa ganti pun suami rajin masakkan.

Beruntung isterinya. Akui pengguna akaun facebook Are Peace atau nama sebenarnya Mohd Hafizuddin Shafie ini, sememangnya hidangan yang dikongsikan itu adalah dari air tangannya sendiri.

Mohd Hafizuddin merupakan seorang anggota polis di IPD KLIA, manakala isterinya bekerja di klinik. Dan kedua-dua pasangan suami isteri ini adalah frontliner. Memahami kesukaran waktu isteri, dia ambil tugas memasak untuk keluarga.

Biasa kalau masak memang saya memasak sendiri. Sebab isteri kerja klini, office hours. Biasa petang.. baru dia balik. Dah lewat, memang saya yang masak.” ujarnya yang juga bekerja secara syif.

Kebiasaannya, dia cuma mengambil masa satu jam untuk memasak. “Sebab barang-barang biasanya saya dah siapkan awal-awal.

Masak ni macam hobi saya jugak lah. Memang minat masak-masak ini.”

Cerita Di Sebalik Lauk Berpantang 44 Hari

Unik kisah lauk berpantang 44 hari ini. Rupanya, itu adalah janji suami untuk isterinya. Sepanjang berkahwin pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata. Masing-masing berumur, 10, 8, 6 dan 2 tahun. Tiga orang perempuan dan yang bongsu anak lelaki.

Waktu isterinya hamil anak bongsu, Mohd Hafizuddin pernah berjanji dengan isterinya. “Kalau dapat baby boy kali ini, saya nak buat menu berpantang untuknya selama 44 hari.”

“Alhamdulillah.. setelah 3 orang perempuan, yang bongsu ini Allah bagi jugak lelaki.”

“Saya kerja syif. Bila syif pagi saya sediakan sebelum pergi kerja pagi. Bila kerja syif. petang atau malam, tak ada masalah lah. Sebab boleh masak untuk breakfast dan tengaari itu.”

Macam-macam menu berpantang yang sihat lagi enak, suami ini sediakan untuk isterinya. Anda yang mahu mencuba resepi lauk berpantang untuk 44 hari boleh KLIK DI SINI

.

Sejak kecil memasak untuk keluarga, ada sebab lelaki ini rajin ke dapur.

MW : Beruntung sungguh anak-anak dan isterinya. Malah bertuah, kerana punyai suami yang rajin turun ke dapur. Tak perlu di suruh, tapi ada kesedaran untuk hargai ahli keluarganya dengan bakat yang tuhan anugerahnya.

Sumber/Foto : Are Peace

Published by
Netty Ah Hiyer