“Dari Kecil Sampai Sekarang, Layanan Abah Sama Seperti Anak sendiri,” Begitu tulus kasih sayang ayah saudara Abdul Aziz Ya’acob terhadap anak saudaranya yang yatim piatu, Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi, 22, yang dilayan dan dianggap seperti anak sendiri sejak dari kecil.
Seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang rebah dalam perbarisan sempena Hari Penguat Kuasa menjelaskan, susuk tubuh tua yang mengangkat dan memeluknya di tengah-tengah padang kawad itu merupakan bapa saudaranya.
Anak Yatim Piatu
Namun, Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi berkata, bapa saudaranya, Abdul Aziz Ya’acob bekerja sebagai pemandu teksi dianggap sebagai bapa kandung.
“Abah, bapa saudara saya,” katanya
Jelasnya, dia merupakan anak yatim piatu dan dijaga oleh Abdul Aziz dan ibu saudara, Rosmawati Ismail, 53, yang dipanggil emak, sejak usia tiga bulan.
“Emak kandung saya meninggal dunia ketika saya berusia tiga bulan manakala ayah pula meninggal sewaktu saya berumur tujuh tahun,” katanya.
Layanan Seperti Anak Sendiri
Menurutnya, meskipun berstatus anak saudara, layanan Abdul Aziz, 60, tidak pernah berbeza dengan enam anaknya yang lain.
Ads
“Dari kecil sampai sekarang, layanannya sama seperti anak sendiri,” katanya.
Keadaan Kurang Sihat
Menceritakan detik-detik ketika rebah semasa perbarisan itu, Nik Mohamad Adhar, 22, berkata, dia sebenarnya berada dalam keadaan kurang sihat.
“Sebenarnya semasa abah datang melulu tu, itu kali kedua saya rebah.Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua, abah datang,” katanya.
Nik Mohamad Adhar berasal dari Tumpat, Kelantan dan bertugas di Tawau Sabah itu berkata, dia mengalami demam sejak tiga hari lalu.
“Pagi tadi pun saya masih demam,” katanya yang merupakan anak bongsu kepada empat beradik.
Kasih Sayang Seorang Bapa
Momen abah Nik Mohamad Adhar yang mengangkat dan memeluknya itu di Maktab Penjara Kajang sempat dirakam jurugambar dan dimuat naik di Facebook oleh Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Ads
Menyifatkan gambar-gambar tersebut memaparkan kasih sayang seorang bapa yang tidak berbelah bahagi, Alexander berkata, beliau tidak mampu menahan air mata melihat apa yang berlaku di depan matanya.
“Ketika terkujurnya anak tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah menerpa dari arah khemah tetamu.
“Sehingga terlucut selipar yang disarung, namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak dalam sekelip mata,” katanya.
Musim Raya ni mesti ramai mak-mak yang ada perancangan untuk nak tambah atau nak tukar barang kemas kan. Waktu Raya ni lah selalunya nak melaram dengan barang kemas baru. Salah satu cara yang biasa digunakan, jika tak berapa ada bajet beli barang kemas adalah dengan menukar emas lama atau ‘trade in’ dengan emas baru. Menurut perkongsian Norhana Binti Hashim, sebenarnya mak-mak tak perlu pun trade in barang kemas untuk beli barang kemas baru kerana ia merugikan.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Ramai wanita yang suka trade in barang kemas. Tahukah anda? Perbuatan tersebut amat merugikan anda sendiri.Kenapa saya kata begitu? Sebab bila kita trade in barang lama pada yang baru, aset emas kita tetap tidak bertambah malah berkurang. Selain itu perlu mengeluarkan duit yang lebih untuk membayar emas yang baru jika harga tukaran barang kemas kita rendah. Jadi disitu kita dah rugi besar sebenarnya.”
Jadi disini saya mencadangkan JANGAN TRADE IN!!
Tapi Cuba teknik ini:
1. Bawa emas lama ke ArRahnu dan dapatkan wang tunai.
2. Bila sudah menerima wang tunai, anda boleh pergi beli emas baru dengan nilai wang yang kita dapat atau tambah sedikit bagi barang kemas yang nilai lebih dari nilai pajak sebentar tadi.
3. Jadi sudah boleh melaram dengan barang kemas baru.
4. Lepas raya,kumpul duit tebus semula barang kemas lama.
5. Bila dah tebus kita sudah menambah nilai asset kita.
6.Maka ulang langkah ini setiap tahun.
Maka tiap-tiap tahun boleh pakai barang kemas baru.
Senangkan? Aset pun semakin bertambah.
Info Ekstra!
Tempoh pajak di ArRahnu ialah 6 bulan.
Untuk pajakan emas kali pertama, Ar Rahnu biasanya beri 65% dari harga emas.
Pajakan untuk kali kedua Ar Rahnu akan beri 70% dari harga emas.
Jika mahu harga yang lebih tinggi, boleh pajakkan di Ar Rahnu Agro Bank, kerana boleh beri sehingga 80% dari harga emas.
Jika dalam masa 6 bulan tak berjaya tebus,boleh bayar bunga dan boleh sambung tempoh tarikh matang untuk 6 bulan lagi.
Demi mengejar kehidupan yang lebih mewah dan selesa, seorang wanita warga Ukraine sanggup ‘menyewakan’rahimnya kepada pasangan suami isteri yang sukar mendapatkan anak. Meskipun naluri keibuan kita sukar menerima kewujudan ‘servis’ sebegini, namun kaedah ini rupanya tidak mustahil menjadi ‘sumber pendapatan’untuk hidup mewah dengan cara yang mudah.
Kaedah ini dikenali sebagai surrogacy (ibu tumpang) iaitu apabila seorang wanita bersetuju melahirkan bayi melalui proses penampalan embrio di rahim kemudian diserahkan kepada orang lain selepas kelahiran.
Ana (bukan nama sebenar), 23, pernah bekerja di sebuah hotel di bandar kecil barat Ukraine selepas menamatkan zaman sekolahnya.Ketika itu, pendapatan bulanan Ana hanyalah sekitar $200 (kira-kira RM790) berbanding kini mencecah 20,000 (RM78,784) sebulan sebagai ‘ibu tumpang’.
Pengalaman Pertama Jadi Ibu Tumpang
Sekalipun Ukraine adalah antara negara termiskin di Eropah, tetapi Ana tidak dikategorikan miskin kerana ibunya bekerja sebagai akauntan dan masih mampu menampung kos perbelanjaannya.
Pada 2016, Ana telah menandatangani kontrak dengan pasangan suami isteri dari Sovaline yang sukar mendapat anak dan itulah pengalaman pertamanya sebagai ibu tumpang.
Menurutnya, dia bernasib baik apabila semua prosedur berjalan lancar ketika menjalani proses penampalan embrio di rahimnya. Sesetengah wanita yang ada masalah kesihatan sekiranya tidak diberi rawatan dengan baik akan mengalami komplikasi.
Pasangan asing kerap kali ke Ukraine untuk menggunakan perkhidmatan ibu tumpang sejak 2015 selepas satu persatu kawasan terkenal di Asia ditutup.
“Kita menerima ramai pasangan suami isteri yang sukar mendapatkan anak untuk menggunakan perkhidmatan ini,” ujar Ana.
Menurut undang-undang Ukraine, seorang wanita yang ingin menjadi ibu tumpang harus mempunyai anak kandung sendiri kerana untuk mengurangkan potensi ibu tumpang meminta anak yang baru dilahirkan itu.
“Permintaan khidmat ibu tumpang ini meningkat kira-kira hampir 1000 peratus sejak dua tahun lalu,” ujar Sam Everingham selaku pengasas Keluarga Melalui Surrogacy.
Macam-macam cara digunakan untuk hidup mewah dengan cara mudah. Cuma terfikir, walaupun sekadar jadi ‘ibu tumpang’, takkan tiada rasa sekelumit pun rasa kasih dan sayang pada anak yang dikandung selama 9 bulan?
Bayar RM54 sebulan, Meta lancar perkhidmatan berbayar di facebook dan Instagram. Bagi pengguna baru facebook dan Instagram yang mahukan tanda semak biru @verified, mereka perlu membayar di antara RM54 sehingga RM76.50 sebulan bagi perkhidmatan pengesahan.
Bayar RM54 Sebulan
Dalam pengumuman hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg berkata pengguna perlu membayar US$11.99 (RM54) sebulan jika menggunakan aplikasi laman sesawang dan US$14.99 (RM67.5) sebulan di telefon bimbit untuk tanda semak biru.
Memetik laporan Bernama, Meta hari ini mengumumkan bahawa ia melancarkan perkhidmatan pengesahan berbayar untuk Instagram dan Facebook, dengan bayaran bulanan.
“Meta Verified sedang dilancarkan di AS hari ini, jelas Mark Zuckerberg.
“Anda boleh mendapatkan lencana, perlindungan penyamaran proaktif dan akses terus kepada sokongan pelanggan,” lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan Zuckerberg menerusi Saluran Meta di Instagram.
Meta Lancar Perkhidmatan Berbayar Di Facebook & Instagram
Menurut maklumat dalam talian, pengguna tidak dibenarkan menggunakan satu langganan Meta Verified bagi kedua-dua akaun Instagram dan Facebook dan perlu melanggan setiap aplikasi secara individu.
Perkhidmatan langganan itu pertama kali dilancarkan di Australia dan New Zealand bulan lepas dan memerlukan kad pengenalan untuk mengesahkan identiti.
Dai Syed lebih manja berbanding isteri tercinta, Hana. Sentiasalah layani isteri dengan penuh romantis, persis layanan Rasullah SAW terhadap isterinya dahulu. Sweet juga pasangan dua sejoli yang masih hangat bercinta ni
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...