“Saya sayang ayah! Terima kasih banyak mendidik Balim dari kecil mengajar erti berdikari,” begitulah ungkapan jurusolek popular, Datuk Alha Alfa atau pemilik nama sebenarnya Abdul Halim Mohd Al Fadzil buat ayahnya yang tercinta.
Ungkapan tersebut di muat naik menerusi entri di akaun Instagramnya sempena ucapan hari lahir ayahnya.
“I love u so much ayah! Terima kasih banyak mendidik Balim dari kecik mengajar erti berdikari ️ tahun ni hadiah ayah kecil je, tapi insha Allah berharga. Ayah simpan elok-elok tau! “Hehehe. Suka dia dapat cincin baru. Doakan balim banyak sangat projek best-best tahun ni, harap ayah sentiasa doakan yang terbaik ya untuk Balim dan bisnes. Sayang ayah sangat-sangat! “Harini kami sambut birthday bertiga! Ayah 27hb, saya 29hb, adik pompuan sy 31hb selang sehari je. “Ya Allah, kau ukirkanlah senyuman sentiasa untuknya, kesihatan yang berterusan, dibukakan pintu rezeki untuk beliau, bahagiakan dia lebih dari segalanya, tolong ya ALLAH hindarinya dari sebarang kesulitan, penyakit dan masalah. Amin amin amin. Love you forever ayah,” begitulah nukilan khas yang ditulis buat ayahanda tercinta.
Ikut Ayah Kutip Barang Kitar Semula
Sebelum meniti jaringan kejayaan, Alha sebenarnya telah mengharungi pelbagai pancaroba sebelum diiktiraf sebagi jurusolek profesional di negara ini. Lelaki beriltizam tinggi ini seperti mana petikan kata-katanya menerusi SinarPlus, guru yang mendidiknya hingga berjaya hari ini ialah ayah dan ibunya.
Malah seawal usia 10 tahun, Alha saban hari tidak ke padang bermain bola sepak atau badminton bersama rakan-rakan. Sebaliknya, Alha Alfa mengikut bapanya ke pusat pembuangan sampah di Balakong untuk mencari barangan yang boleh dikitar semula seperti palet kayu, besi dan tin aluminium.
“Saya tidak pernah menyertai kelas solekan baik di dalam mahupun di luar negara. Guru yang mendidik sehingga menjadikan Alha Alfa hari ini ialah Mohd Al Fadzil Hashim (ayah) dan Norsham Ahmad (ibu).
“Sementelah pengalaman yang dikutip sedikit demi sedikit sejak di bangku sekolah rendah adalah ilmu dan pemangkin untuk saya terus berjaya dan mengubah nasib keluarga.
“Ini disebabkan saya tidak dilahirkan dalam famili berada. Dulu ayah bekerja di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan tukang kebun di Pusat Pemulihan Orang Kelainan Upaya, Bangi, Selangor, manakala ibu pula ambil upah menjaga anak orang.
Ads
“Ayah kreatif melukis, bertukang dan mengecat. Lazimnya, barang-barang yang dikutip di pusat pembuangan sampah, beliau akan ubah menjadi produk baharu.
“Kepingan kayu katil misalnya, dijadikan bingkai gambar. Tugas saya memahat, mengukir dan mewarnakan. Tin aluminium pula, ayah mengetuk Surah Kursi konsep timbul (3 dimensi), lalu, disimpan di dalam bingkai dan digantung di surau.
“Tak sangka pula, daripada sekadar hobi lama-kelamaan menjadi sumber pendapatan apabila mendapat tempahan daripada penduduk kampung dan kawan-kawan,“ katanya.
Ambil Upah Mengecat
Bermula mencalit cat di dinding rumah dan kamar sendiri sebagai pengganti kertas dinding, akhirnya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, Alha Alfa mengambil upah mengecat sebuah rumah banglo empat bilik di Semenyih dan menerima bayaran sebanyak RM250.
“Perasaan bercampur-baur. Sukar untuk membuat pilihan kerana ibu dan ayah mengharapkan anaknya ke universiti, sementara saya pula ingin terus bekerja cari duit buat adik-adik.
“Lagipun, persiapan ke UiTM memerlukan kos yang banyak, sedangkan ekonomi keluarga kurang stabil. Sehinggalah, pada satu hari ibu minta saya membawanya ke kedai emas untuk membeli barang.
“Rupanya, beliau ke sana menggadaikan seutas gelang emas yang ayah hadiahkan ketika acara batal air sembahyang. Hasil pajakan sebanyak RM500 itu digunakan untuk yuran kemasukan ke UiTM,“ rungkai Alha.
Ads
Pernah Bekerja Di Restoran Makanan Segera
Figura yang merupakan graduan UiTM ini juga bukan sahaja bergelar jurusolek terkenal, malah turut mengusahakan bisnes biskut.
Kemudian, bagi meringankan beban keluarga dan memastikan pendidikan dua adiknya terbela, figura itu bekerja sebagai kru menguli piza di restoran makanan segera, Pizza Hut di Seri Kembangan selama enam bulan.
Biarpun pada ketika itu beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk melanjutkan pengajian di menara gading, namun rezeki tetap miliknya.
Alha Alfa mendapat tawaran menyambung pelajaran Diploma Seni Bina Dalaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak. Jurusan yang sebati dengan minat dan jiwanya.
Pun begitu, di sebalik keputusan cemerlang itu, pemuda yang yang meminati warna coklat itu hampir menarik diri pada semester tiga. Alha Alfa menyifatkan jurusan tersebut memerlukan kos perbelanjaan yang banyak bagi menyempurnakan setiap tugasan.
Justeru, solusi terbaiknya adalah menjadi jurumekap sambilan barisan model dan kumpulan penari UiTM yang mana setiap minggu mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM150.
Biarpun kini berjaya mengeluarkan produk jenama sendiri, Alha Alfa Kosmetik sejak tahun 2017, namun itu bukan tiket untuk beliau menarik nafas lega, apa lagi bergoyang kaki.
“Jika difikirkan kembali bagaikan tak percaya pula saya mampu berada pada tahap seumpama ini. Manis ada, pahit juga semestinya. Semua pengalaman itu dikumpul menjadi benteng kekuatan agar apabila ditakdirkan saya jatuh kelak, sekurang-kurangnya tidak terus tersungkur,“ jelasnya.
Antara selebriti yang dirias.
Alha juga turut berharap agar tahun 2021 memberikan sinar dan harapan baharu kepada semua.
MW: Selamat hari lahir diucapkan bua Datuk Alha Alfa. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Dua ‘maid’ Dr Say ‘kantoi’ bawa masuk lelaki dalam rumah, “Saya bagi kelonggaran pada mereka, ini yang saya dapat.” Personaliti televisyen dan pempengaruh media sosial, Dr Say Shazril meluahkan rasa bengang dan marah apabila dua pembantu rumahnya membawa masuk dua orang lelaki ke kediamannya, malam tadi.
Dua ‘Maid’ Dr Say ‘Kantoi’ Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah, “Saya Bagi Kelonggaran, Ini Yang Saya Dapat”
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Dr Say memaklumkan keadaan sebenar yang berlaku.
Menurut Dr Say, kejadian tersebut berlaku pada pukul 9.25 malam. Pada waktu itu, Dr Say memberitahu dia dan isteri, Dr Azura berada di tingkat atas manakala, dua orang pembantu rumahnya serta anak ketiganya, Zeqriel berada di bawah.
“Pembantu rumah saya dua orang bawa lelaki masuk dalam rumah masa saya dan isteri ada dekat atas. Saya dan isteri dalam rumah. Dia berani bawa masuk dua lelaki. Sekarang, dua lelaki itu ada dekat bawah.
Tambah Dr Say, dia buntu sama ada mahu menelefon polis ataupun tidak pada waktu tersebut.
“Saya tengah fikir nak telefon polis atau macam mana. Baby Zeqriel ada dengan mereka. Kalau panggil polis, nanti polis serbu dan kesannya dekat baby Zeq. Kalau saya minta Zeq terlalu awal, nanti mereka curiga pula.
Pempengaruh media sosial ini turut menyatakan bahawa dia meminta bantuan pihak polis untuk serbu bilik tidur pembantu rumahnya malam tadi.
“Saya dah deal dengan polis minta diorang tunggu luar dan once maid saya hantar baby Zeq naik atas, saya akan call diorang untuk serbu bilik maid, tapi maid tak angkat call pun plus tak tahu lah ada lagi ke tak laki-laki tu semua.
“Paling saya tak boleh hadam, bawak masuk 2 lelaki bila mana saya dan isteri ada kat rumah.”
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Dr Say berkongsi apa sebenarnya yang berlaku.
Summary Of What Happened
Tak saya sangka perkara macam ni jadi kat saya & family. Saya bagi kelonggaran kepada maid saya & ini yang saya dapat. Tak tahu nak layan pembantu ni macam apa dah. Lesson learnt moga kalian tak senasib dengan saya. Syukur Alhamdullilah kami semua okay cuma saya memang emo gile bapak dengan maid saya. Thank you so much again @pdrmsia_official atas bantuan. – tulis dr say
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
8 tahun bercerai, masih tinggal bersama tanpa rujuk. Pasangan diserbu pencegah maksiat JAIM. Apabila jatuhnya talak ke atas isteri, hubungan itu sudah menjadi asing iaitu wanita anjabi kepada bekas suaminya.
Dilarang sama sekali untuk tinggal serumah kerana ia boleh mendatangkan fitnah dan kemudhratan. Lainlah kembali rujuk. Meremehkan soal agama mungkin antara kejahilan manusia kerana islam itu diatur dengan sangat indah.
8 Tahun Bercerai, Masih Tinggal Bersama Tanpa Rujuk
Tindakan sepasang bekas suami isteri masih tinggal serumah walau sudah bercerai lapan tahun lalu tanpa rujuk mengundang padah apabila diserbu pencegah maksiat di Melaka.
Memetik laporan Harian Metro, sekali pun pasangan ini sudah bercerai sejak lapan tahun lalu, namun masih tinggal sebumbung dengan bekas isteri dan dua anak tanpa rujuk.
Itu tindakan seorang kontraktor berusia 48 tahun yang menerima padah apabila dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi cegah maksiat di Limbongan, di sini, awal pagi tadi.
Pasangan Diserbu Pencegah Maksiat JAIM
Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pemeriksaan dilakukan hasil aduan awam daripada Ahli Rakan Setiaku JAIM (RASEIM) mengenai pasangan itu yang tinggal sebumbung walaupun sudah bercerai.
Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menyerbu ke lokasi terbabit kira-kira jam 1 pagi sebelum mendapati lelaki itu dan bekas isterinya berumur 52 tahun, tinggal bersama anak lelaki dan perempuan berusia 14 dan 17 tahun.
“Semakan mendapati mereka sudah bercerai pada 2015 namun terus tinggal bersama walaupun tidak pernah merujuk semula.
“Justeru lelaki itu dan bekas isterinya yang juga peniaga makanan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman,” katanya dihubungi di sini.
Che Sukri berkata, jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
“JAIM berterima kasih kepada orang awam dan ahli RASEIM (Rakan Setiaku JAIM) yang terus membantu menyalurkan maklumat bagi mengekang aktiviti tidak bermoral dan maksiat.
“Kita mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai RASEIM melalui link https://t.me/RASEIM bagi membantu pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah di Negeri Melaka secara dalam talian,” katanya.
Zul Ariffin mohon maaf, ambil maklum semua respons berkenaan video klip. Akhirnya pelakon yang mencetuskan kontroversi beberapa hari lalu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin, 36 sebelum ini tiba-tiba menjadi hangat di media sosial ekoran berkongsi sedutan beberapa babak panas daripada drama Perempuan Itu yang bakal ditayangkan di TV3.
Zul Ariffin Mohon Maaf
Ekoran menerima kecaman hebat tersebut serta teguran daripada pelbagai pihak Zul Ariffin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram story miliknya.
“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons daripada banyak pihak berkenaan video klip yang dipaparkan sebelum ini.
“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan tindakan memuat naik video berkenaan.
“Selepas ini, saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan dalam media sosial,” tulisnya.
Dalam video penuh kotroversi tersebut memaparkan aksi yang tidak sesuai untuk disiarkan untuk tatapan umum seperti mendukung pelakon wanita Siti Hariesa dan menyuap whipping cream dalam keadaan ghairah.
Video tersebut bukan sahaja hangat diperkatakan warganet, tetapi turut mendapat perhatian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang menegur perlakuan tersebut.
Malah TV3 dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga memandang serius perkara tersebut dan mengingatkan semua pihak supaya lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama serta masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya.