Selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia, beliau terus diterima bekerja sebagai eksekutif di syarikat oil & gas. Beliau berimpian untuk bergelar jurutera hebat dan menjana pendapatan lumayan hanya dari profession tersebut. Tak pernah terlintas langsung dalam kamus hidupnya mencari rezeki dengan membuat bisnes.
Beliau juga pernah memandang skeptikal pada orang yang mencari pendapatan tambahan dengan perniagaan berkonsep Multi Level Marketing (MLM). Siapa sangka MLM akhirnya mengubah seluruh kehidupan wanita berusia 37 tahun ini ke tahap jauh lebih baik. Tambah Murni Zuriati Mohamed lagi, dia mengakui cukup rimas dengan sikap mereka yang berniaga dalam bidang MLM. Pada beliau, bisnes tidak seharusnya dengan paksaan tetapi persetujuan bersama dan konsep ini tidak ada pada MLM yang beliau lihat pada masa lalu.
“Pada mulanya saya tak terfikir nak serta Hai-O. Sejujurnya dulu, saya ada satu pandangan skeptikal pada orang yang mencari pendapatan tambahan. Bagi saya usaha itu macam low class dan saya tak minat langsung. Saya lebih percaya kepada berjaya dalam kerjaya professional.”
“Namun, kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta. Pada tahun 2008, saya dan tunang merancang untuk berkahwin. Kami berdua nekad untuk berkahwin dengan menggunakan duit sendiri tanpa melibatkan pinjaman peribadi. Tetapi kalau dihitung dengan gaji bulanan yang diterima, rasanya ia masih belum cukup untuk menampung kos majlis yang diimpikan.”
Akhirnya, tunang beliau (yang kini suami) yang pada ketika itu seorang guru, memilih untuk menjalankan bisnes sambilan dengan Hai-O. Beliau pada mulanya tidak bersetuju dengan tindakan tunangnya itu. Namun ego beliau tunduk apabila mentor bisnes tersebut adalah figura yang beliau sangat kenal iaitu felo kolej beliau di UTM, Puan Norazlin Nordin.
Berguru dengan mentor yang betul
Beliau sangat kenal dengan integriti Puan Norazlin Nordin. Beliau jadi tertanya-tanya, mengapakah seorang Pegawai Penyelidik memilih untuk berniaga dalam bidang MLM. Apa yang membuatkan beliau lebih tertarik adalah Puan Norazlin menjalankan bisnes ini dengan cara sangat professional dan tidak memaksa seperti penggiat MLM lain yang beliau jumpa sebelum ini. Cara Puan Norazlin benar-benar mengubah persepsi beliau terhadap MLM.
Tambah wanita yang merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur ini lagi, melihat kesungguhan felonya melakar kejayaan dalam bidang MLM memberi inspirasi buatnya untuk menjejak langkah yang sama. Tambahan pula, mentor beliau menegaskan agar mula menjalankan bisnes ini secara sambilan dahulu. Tidak perlu meninggalkan pekerjaan sedia ada untuk bermula.
“Saya kagum dengan cara beliau mengimbangi karier hakiki dan juga cemerlang dalam bisnes sambilan. Melihat kejayaannya membuatkan saya yakin dan menjadikan beliau individu yang wajar dicontohi untuk membimbing saya ke arah status bebas kewangan yang diidamkan.”
“Akhirnya saya memilih untuk berniaga bersama Hai-O di bawah bimbingan CDM Norazlin Nordin dan Smart Tycoon Group. Hasilnya saya dapat berkahwin awal setahun dari tarikh yang dirancangkan tanpa perlu terikat dengan pinjaman peribadi. Alhamdulillah, sehingga kini, beliau masih lagi menjadi mentor saya. Syukur saya membuat pilihan yang tepat memilih beliau yang telah membimbing saya sehingga saya boleh mencapai pendapatan RM250 ribu sebulan dan simpanan jutaan ringgit,”.
Kaya bersama ahli keluarga
Kejayaan Murni dalam bidang ini juga telah membuka mata ahli keluarga beliau yang lain. Melihat satu persatu pencapaian Murni dalam bisnes, adik-beradik kandung beliau mula berminat untuk menjalankan bisnes yang sama walaupun mereka mempunyai latar belakang pekerjaan yang berbeza. Mereka juga memutuskan untuk memulakan bisnes ini secara sambilan. Kini, kakak beliau Murni Hayati dan dua lagi adik beliau, Siti Nurhafzan dan Siti Nurul Bahiyah juga telahpun berjaya mencapai pendapatan lima dan enam angka sebulan dengan bisnes Hai-O.
“Melihatkan banyak perpecahan dalam keluarga berlaku disebabkan masalah kewangan, dulu saya sentiasa berdoa agar adik-beradik saya semuanya kaya dan berjaya. Tak sangka pula doa saya termakbul melalui satu platform bisnes yang sama untuk kami semua. Saya berasa sangat bangga kerana bukan semua orang dapat sokongan keluarga dalam bisnes apatah untuk berjaya bersama seperti ini. Saya juga berasa lega kerana tiada jurang pendapatan antara kami adik-beradik. Kami sama-sama dapat memewahkan ibu dan bapa disamping membahagiakan keluarga kami masing-masing, Alhamdulillah,”.
Ingin ubah persepsi ramai orang
“Kalau tak kerana bisnes, mana mungkin saya merasa memandu Range Rover Evoque bernilai RM500 ribu dan menyediakan Toyota Vellfire untuk famili. Mana mungkin saya memiliki dua buah rumah dan sebuah rumah kedai. Mana mungkin saya boleh melancong dengan penerbangan kelas perniagaan.
“Kejayaan yang paling manis untuk saya adalah apabila saya dan suami dapat mengerjakan Umrah VIP bernilai RM27 ribu seorang bersama arwah ibu. Sekembalinya kami bertiga dari umrah tersebut, arwah ibu menghembuskan nafas terakhir. Umrah itu adalah 10 hari terindah saya bersama ibu dan tentunya hasil dari bisnes yang arwah ibu juga merestuinya,”.
Kejayaan ini bukan sahaja dirasakan oleh beliau seorang malah ramai lagi rakan kongsi. Mereka melancong dua ke tiga kali setahun secara percuma dengan Hai-O. Ramai yang telah merasai transformasi hidup kerana peluang kejayaan dalam bisnes ini terbuka sama rata kepada sesiapa sahaja. Kerana itu, Murni ingin berkongsi peluang perniagaan ini dengan sesiapa sahaja yang ingin bebas masa dan bebas kewangan. Pengalaman beliau mengubah status ekonomi dari sederhana kepada pendapatan tinggi boleh diduplikasi oleh orang lain yang mempunyai matlamat yang sama seperti beliau.
Beliau sedar dan tahu, belum ramai dalam kalangan masyarakat yang nampak potensi bisnes MLM ini seperti beliau yang dahulu. Dari itu, beliau rasa bertanggungjawab untuk berkongsi agar persepsi negatif tentang MLM akan berubah dan semakin ramai yang mengambil peluang untuk mengubah taraf ekonomi dengan bisnes modak rendah namun mendatangkan pendapatan lumayan dalam masa yang singkat berbanding bisnes konvensional.
“Kerana itu, sangat penting untuk kita memilih mentor yang terbukti berjaya dan sistem yang terbukti berkesan untuk kita berjaya dalam apa jua bisnes yang kita ceburi. Jangan membuang masa bereksperimen sendiri. Saya harap selepas ini, ramai anak muda yang memilih Hai-O dan Smart Tycoon Group sebagai komuniti bisnes sambilan mereka agar mereka juga dapat merasa pendapatan sekurang-kurangnya lima angka sebulan sebagaimana saya mendapat pendapatan lima angka pertama pada usia 28 tahun dan pendapatan enam angka pertama pada usia 33 tahun.”
“Saya ingin lebih berjaya dalam bisnes ini selepas ini. Saya mengidamkan pendapat RM500 ribu sebulan pula dan untuk mencapai matlamat in, tidak ada cara lain selain saya terpaksa menarik ramai lagi orang untuk berjaya bersama-sama. Inilah prinsip saya dalam bisnes, saya ingin menjadi seorang guru bisnes ibarat chandelier, bukan terkorban malah semakin cantik bila menerangi orang lain,”.
“Duit bukanlah segalanya namun segalanya memerlukan duit. Banyak kebahagiaan yang boleh kita ‘beli’ dengan duit. Namun, kita wajar menjadi tuan kepada duit, bukan hamba kepada duit. Sentiasa sematkan dalam hati, kita adalah hamba kepadaNya dan seharusnya kita selalu bersyukur dengan segala nikmat yang dipinjamkanNya,”luah Murni Zuriati mengakhiri bicara bersama MW.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI