Dari heel ke boot phua chu kang, tinggalkan dunia glamor kini jual ayam di pasar. Ramai di antara kita mungkin masih teragak-agak dalam membuat satu keputusan besar dalam hidup. Tapi kita akan rasa bahagia bila telah membuat satu keputusan tepat dalam hidup kita.
Isunya antara makan gaji atau bekerja sendiri. Jika makan gaji, walau ada masa sakit hati dengan suasana pejabat, rakan sekeliling yang toksid, bosan dengan rutin yang sama, selalu terkejar-kejar dengan masa dan lain-lain hal lagi tapi demi gaji yang sedikit dengan hutang yang masih banyak, ramai masih bekerja dan terus bekerja walau hati sudah tiada di pejabat.
Tapi bila bekerja sendiri, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Kalau ada duit masuk hari-hari, syukur alhamdulillah. Tapi kalau tidak, itulah risiko harus dihadap dan terus buat kerja kerana kitalah bos pada diri sendiri.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tersentuh, Cleaner Nepal ‘Ajar’ Kita Erti Amanah Bekerja Walau Apa Pun Pangkat Darjat
Satu perkongsian di Tik Tok @makhayam atau nama sebenarnya Arina Zakaria boleh dijadikan inspirasi kepada wanita di luar sana untuk membuat satu pilihan tepat dalam urusan kehidupan dan kerjaya mereka.
@makhayam_ #fyp ♬ Follow Canuss3 – 𝗖𝗮𝗻𝘂𝘀𝘀 ✓
Dari perkongsiannya, Arina memaklumkan lima tahun lalu dirinya adalah pegawai pemasaran di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu.
Kerjaya disandangnya sering membuatnya bertemu ramai orang yang hebat termasuk selebriti, VVIP, para Menteri, kadangkala dengan production tv. Ada waktu bisnes travel, sertai event besar-besar, pakai cantik-cantik bila ke pejabat tetapi dirinya membuat satu keputusan berbeza apabila meletak jawatan dan memilih membantu ibu mentuanya menjual ayam di pasar.
Dari heel ke boot. Kalau dulu pakai blazer tapi sekarang sarung apron. Seperti katanya, dulu pagi-pagi buka emel tapi sekarang buka plastic. Kalau dulu tulis to do list tapi sekarang tulis bil ayam. Kalau dulu round hotel dengar lagu jazz tapi sekarang round pasar dengar lagu dikir.
Ya, satu keputusan sangat berbeza dengan keselesaan pernah dilaluinya sebelum ini.
Rutin hidupnya turut berubah 100 peratus dan ternyata lebih tenang tatkala mendengar nasihat dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang juga sama berjualan di pasar Berek 12 dengannya berbanding dahulu perlu terkejar-kejar dengan masa.
Paling penting habis ayam dijual, kerja sudah habis dan tiada apa perlu difikirkan lagi.
Membalas pertanyaan dari orang bertanya tentang keputusan dibuatnya kerana mereka pernah melalui hal sama di mana gaji cecah sehingga RM4 k tapi masa tiada dengan keluarga, Arina memaklumkan dia melalui hal yang sama iaitu KETIADAAN MASA. Kadang tak terurus keluarga,” katanya.
Apa yang penting dalam kehidupan yang tidaklah terlalu panjang ini, setiap dari kita berhak memilih kebahagiaan buat diri sendiri. Moga mana yang masih membuat pilihan, jangan takut untuk berubah kerana rezeki datangnya dari Allah, bukan makhluk. Kita hanya perlu berusaha, doa dan terus tawakal atas setiap keputusan kita lakukan.