Dari awal lagi Mak Anjang, atau nama sebenarnya Noradidah Mokhtar dan suami, Tok Anjang dan berikrar mahu mencari Acap yang hilang di Gua Tempurung sampai jumpa.
Dan Mak Anjang kotakan janjinya. Masuk bulan Ramadan, pun Mak Anjang dan Tok Anjang masih setia mencari Acap. Malah Mak Anjang sediakan juga homestaynya, Arena Makjang homestay kepada para pencari yang datang dari jauh.
Duduk saja, percuma. Tak minta bayaran pun.
Mak Anjang dan Tok Anjang
Walau Bulan Ramadan Pencarian Acap Masih Diteruskan
Biarpun dah masuk dua bulan Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta larian Gopeng Ultra Trail yang hilang masih belum ditemui. Masih ada sebahagian kecil pencari yang tak berputus asa dan teruskan usaha mencari. Biarpun dalam bulan puasa.
Kongsi Mak Anjang, “hari ke 58 dan 59.. hanya Allah sahaja yang tahu kegigihan beberapa pencari yang masih sudi datang dari jauh semata-mata ingin menyumbang bakti mencari Acap.”
“Mereka ini datang dari Kedah, Gombak, Kuala Lumpur. Dan ini untuk minggu ini, minggu akan datang tak tahu lah pulak. Salute dengan mereka ini.”
“Ke mana saja pencari mengajak, ke situ.. ke sana.. ke lokasi kadang-kadang gua, sungai, bukit, lembah yang penuh dengan bermacam-macam lopak.. diharungi. Semua kerana Acap. Walaupun di bulan puasa yang barakah ini.”
Ads
Pemuda Broga yang datang membantu berbuka puasa bersama abang Acap, Denny Lang serta pencari yang lain.
Tak Kenakan Bayaran Menginap Di Homestay
Para pencari yang datang dari jauh ini, kadangkala bermalam di homestay Mak Anjang dekat Gopeng. Mak Anjang tak charge pun mereka. Sebab niat membantu itu sentiasa ada dalam jiwa Mak Anjang.
“Aku telah dikenali dengan panggilan Makjang kerana base mereka berkumpul Arena Makjang di Kampung Pintu Padang, Gopeng. Terdapatlah 2 buah rumah kampung stay aku yang sederhana dan sebuah dewan terbuka bagi mereka untuk berteduh.”
“Tiada bayaran dikenakan sehak kes Acap hinggalah kini.”
“Tak apalah.. mereka datang dengan kerelaan. Jadinya kita empunya tanah hanya ini yang mampu membantu mereka. Kadang-kadang kawan-kawan yang datang membantu membeli makanan, kadang-kadang berbuka puasa di kedai, kadang-kadang berbuka di rumah Makjang.”
Ads
Sukar Nak Gambarkan Bila Memanggil Nama Acap..
Sejak hari ketiga Acap hilang, Mak Anjang yang dah lama tak turun naik bukit ini dengan rela hati kembali lakukan aktiviti lama. Demi mencari Acap yang dah dianggap bagaikan anak sendiri itu.
“Makjang dah lama meninggalkan aktiviti lasak terutama memanjat bukit dan gua. Tapi entah kenapa hati dan perasaan terpanggil dari hari ke-3 hingga kini pencarian masih diteruskan bersama suami, Tok Anjang dan pengamal-pengamal yang datang meminta tolong bawakan mereka ke tempat yang mereka fikir Acap di situ.
“Pengalaman yang tak boleh dijual beli. Ibarat kata, kadang-kadang gelak, tersenyum, menangis yang lebihnya bila waktu memanggil nama Acap.
“Ya Allah.. hari ini puasa ke 16 Ramadan (ketika catatan ini ditulis) dan genap 60 hari Acap hilang. Semoga Allah perkenankanlah doa-doa keluarga dan seluruh rakyat Malaysia agar Acap ditemui.”
Ads
Para Pencari Meninggalkan Jejak
Antara Pencari Yang Ikut Serta Misi Mak Anjang Dan Tok Anjang
Antara Kawasan Pencarian Yang Dijejaki
MW : Ramadan hampir tiba ke penghujungnya. Teruslah kita berdoa wahai rakyat Malaysia, semoga Ramadan ini memberi sinar harapan untuk ahli keluarga diuji ini bertemu kembali Acap yang dirindui.
Hari ini sudah masuk hari ke-34 Muhammad Ashraf Hassan, 29 hilang di laluan trek Gopeng Ultra Trail 2019 dekat Gua Tempurung. Syaaban hampir melabuhkan tirainya, bakal menerbitkan bulan baru dinanti umat Islam, Ramadhan.
Acap masih juga belum pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Hampir seluruh rakyat Malaysia sebenarnya, ternanti-nantikan kepulangan ayah anak seorang ini.
Menatap setiap berita tentang pemuda bernama Acap, saban hari tanpa jemu. Mencari, menyelidik mahu tahu bagaimanakah Acap boleh ghaib sekelip mata. Kisahnya misteri, namun sarat emosi. Sepanjang misi pencariannya, ada hati-hati yang menanti dengan penuh pengharapan.
Ada pencari-pencari yang tak pernah jemu, mengeluh mencarinya dengan penuh keinginan untuk bertemu Acap dalam apa juga keadaan. Bukan seorang dua, puluhan malah ratusan terlibat mencari Acap. Namun, takdir Allah belum mengizinkan kita untuk bertemunya ketika ini.
Mungkin berkat solat hajat serta zikir tak henti dari semua.. Yang ghaib mula terzahir
Penemuan Tulang, Kepingan Besi Seakan Syiling
Dan Isnin lalu, abang Acap, Mohd Zahiruddin berkongsi luahan selepas penemuan tulang lama di Gua Kandu. Iaitu melalui pencarian dari kumpulannya dari Putrajaya bersama bapa saudaranya.
“Solat hajat terakhir di tanah bertuah bumi Jahang 18hb. Penemuan tulang dari unit SAR Volunteer carian bersama pakcik saya diserah tunjuk kepada orang kampung dan pihak berwajib 19hb, 20hb. Penemuan kepingan besi seakan syiling.”
Biarpun tulang lama itu sudah ditemui, hati kecil abang ini merasakan itu bukan tulang adiknya. Selagi belum terbukti, dia tidak mahu membuat sebarang andaian.
Tulang Lama Milik Manusia
Hasil siasatan daripada Jabatan Forensik HRPB, Ipoh mendapati serpihan tulang yang ditemui itu adalah tulang manusia dan ianya adalah tulang lama.
Padanan DNA yang dilakukan kelak dijangka mengambil masa sebulan hingga dua bulan sebelum boleh disahkan. Sebelum ini, salah seorang abang Acap, Mohammad Azlan sudah pun ke Balai Polis Gopeng untuk melakukan ujian DNA.
Biarpun tulang lama sudah ditemui, pencarian Acap masih diteruskan. Ini harapan Zahiruddi, “Pencarian masih diteruskan. Semoga ada lagi petunjuk baru hendaknya. In Sya Allah. Berkat dia semua mudah-mudahan. Yang ghaib mula terzahir, yang hilang dipertemukan.”
Dan ketika ini, pihak polis memaklumkan pencarian Acap masih lagi dijalankan namun dalam kumpulan kecil dengan kebenaran polis.
MW : Semoga pencari menemui petunjuk baru yang dapat membawa mereka kepada Muhammad Ashraf Hassan.
UPDATE : Semalam Ain ‘Afini Latif disahkan bercerai dengan PU Abu dengan talak dua kali oleh Mahkamah Rendah Syariah pada petangnya. Akui Ain, sebelum ini bekas suaminya pernah menghubunginya untuk rujuk balik.
Katanya kesal dengan tindakannya dan mahu rujuk kembali. Dia mahu baiki kembali keretakan rumah tangga mereka. Bagaimana pun, permintaan suami itu sesuatu yang sukar untuk Ain terima buat masa ini.
Ain akui dirinya masih belum bersedia.
Semalam, pada hari ulangtahun kelahirannya, Ain terpaksa melalui detik yang paling sukar dalam hidupnya. Dua kali dia perlu hadir ke mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz cerai yang dihantar oleh suami menerusi aplikasi whatsapp.
“Pada awal kes ini dibicarakan, saya terkejut apabila hakim putuskan hubungan suami isteri kami masih sah memandang saya tahu lafaz cerai yang dibuat itu memang dengan niat.”
“Namun akur dengan keputusan itu sehinggalah ustaz (PU Abu) menghubungi saya dan minta datang semula ke mahkamah pada petang semalam.”
Ain Redha, Tapi Belum Bersedia Rujuk Balik
Biarpun diceraikan ketika hamil, Ain bersyukur kerana kemelut rumahtangga mereka sudah pun berakhir. “Saya terima dengan redha. Dan yakin ada hikmah di sebaliknya.” ujar Ain.
Akui Ain, ketika di mahkamah dia agak malu untuk bertemu PU Abu. Lagipun, sejak kejadian tempoh hari, dia tak pernah lagi bertemu bekas suaminya itu.
Dia mahu kami rujuk kembali jika mahkamah memutuskan kami bercerai. Tapi Ain tak boleh menerimanya.
“Saya tak mahu lagi tekanan.” Malah ahli keluarganya juga bersetuju dengan keputusan Ain. Lagi-lagi Ain bakal melahirkan 10 Julai nanti.
Berentetan pergolakan itulah PU Abu melafazkan cerai menerusi aplikasi whatsapp kepada isterinya, Ain ‘Afini.
Kronologi Kes Mahkamah Melibatkan PU Abu dan Ain ‘Afini
Awal perkahwinan dahulu, PU Abu dan Ain pernah bercerai talak satu dengan kebenaran mahkamah pada 28 Januari 2019. Dan rujuk semula pada Februari 2019.
Menurut penjelasan Sahabat Mahkamah Syariah, semalam terdapat 2 kes melibatkan PU Abu dan isteri.
Kes 1: Pengesahan lafaz cerai melalui whatsapp (lafaz kinayah). Kes ini tidak sabit kerana PU Abu bersumpah bahawa beliau tidak berniat untuk ceraikan isteri beliau.
Kes 2: Pengesahan lafaz cerai kerana PU Abu mengaku telah menceraikan isteri beliau di depan kawan beliau. Kes ini difailkan pada sebelah petang oleh PU Abu sendiri dan hakim yang mendengar kes ini mensabitkan jatuh talak berdasarkan pengakuan (iqrar) PU Abu. (Fakta ini muncul setelah kes pertama di dengar di mahkamah)
Kesimpulan: Perkahwinan antara PU Abu dah isteri disabitkan cerai dengan talak 2 kali kedua.
Ya benar, seluruh negara meratapi pemergian Almarhumah Siti Sarah. Isteri dan ibu kepada empat cahaya mata ini bertarung nyawa berhadapan dengan virus Covid-19.
Rezeki arwah Siti Sarah yang tidak siapa pun boleh nafikan. Kebaikan dan amal jariah yang dilakukan dalam diam, membuatkan kasih sayang orang ramai untuknya tidak tertahan-tahan.
Mulianya Cara Pemergian Almarhumah Siti Sarah
Seperti mana dikongsi rakan artis, Diana Amir menerusi entri di akaun Instagramnya, amalan kebaikan yang dilakukan oleh arwah boleh menjadi panduan dalam kehidupan seharian kita.
“Cemburu pada cara pemergian almarhumah.
“Salam, saya pasti ramai yang mencemburui cara pemergian almarhumah Siti Sarah Raisuddin pulang kehadrat Ilahi. Banyak kebaikan beliau yang disembunyikan yang sudah terbongkar dan pasti ada lagi yang beliau berjaya simpan sehingga kita nampak begitu mulia cara beliau dipanggil pulang.
“Antara amalan yang dikongsi, selain menjadi isteri solehah yang diredhai suami dan perbanyak bersedekah, ialah bangun pagi, subuh dan tidak tidur sehingga dhuha, dan amalkan bacaan surah Al- waqiah setiap hari. Beliau sangat meyakini amalan ini, dan benarlah Allah sepertimana sangkaan hambaNya
Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).
Jangan Hanya Cemburu, Ikuti Kebaikan-Kebaikan Yang Disampaikan
“Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan berbuat amal. Jangan kita hanya cemburu, kita ikuti kebaikan2 yang disampaikan, amalkan, niat untuk menghafal Al quran, dan panjangkan pada sesiapa sahaja yang kita mampu.
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya yang penting kita pastikan apa yang kita sampaikan itu sahih, bukan berniat untuk berbalah, atau berniat untuk riak. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di dalam hati hamba- hambaNya.
“Untuk yang berniat menghafal AlQuran, atau ayat2 pilihan. Ada beberapa aplikasi di apple app store yang anda boleh download dan bantu untuk menghafal
Antaranya QC: Memorize Al Quran dan Al- Muhaffiz. Semoga Allah terima segala amal kebaikan kalian.
“Al- Quran ini kalam cinta dari Allah. Jangan disia-siakan sementara nikmat ini belum ditarik. Pesanan daripada hamba Allah yang juga cemburu. Al- Fatihah,” kongsi Diana.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Diana Amir
Mingguan Wanita : Semoga kebaikan dan amalan yang dilakukan Almarhumah Siti Sarah memberi tauladan buat kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...