Dari Budak Yang Tak Pernah Pegang Benang, Remaja Autisme Attention Deficit Ini Boleh Jahit Langsir, Tudung Malah Seluar

Kejayaan seorang ibu, apabila anaknya cemerlang dalam hidupnya. Lebih mencabar apabila anak yang dilahirkan itu istimewa sifatnya. Tentulah penjagaan dan didikan makin berganda. Bagi ibu ini, Nurbaya Khay Hamsan, segalanya tak mustahil buat anak lelakinya yang disahkan Autisme dengan Attention Deficit mahir dalam jahitan.

Dia memberikan pendidikan yang terbaik untuk Dzarif. Sejak Dzarif memasuki sekolah menengah tahun ini, bakatnya makin terserlah.

Tahun pertama (kini umurnya 13 tahun) di PPKI Sekolah Menengah. Berbeza dengan PPKI Sekolah Rendah, yang mana di sini tumpuannya kepada kemahiran.”

Ada kelas memasak, bertukang, kraftangan, berkebun dan menjahit. Mula-mula guru masukkan dalam kelas perkebunan. Tapi Dzarif agak kekok. Jadi dimasukkan ke kelas jahitan.”

Alhamdulullah dia okay. Paling penting dia seronok. Cikgu pun puji dia sebab dapat fokus dengan semua task yang diberi. So far di sekolah dia dah menjahit langsir, skirt, seluar, tudung dan sarung bantal.” tutur ibunya kepada Mingguan Wanita.

 

Dari Budak Yang Tak Pernah Pegang Benang, Remaja Autisme Attention Deficit Ini Boleh Jahit Langsir, Tudung Malah Seluar

Catatan Ibu Untuk Anak Remajanya, Dzarif

Dan ayat gurunya, “saya gembira saya letakkan Dzarif di kelas menjahit….ada bakat rupanya dia. Alhamdulillah.”

IKLAN

Seorang budak yang tak pernah memegang jarum. Tak pernah memegang benang. Tak pernah memegang mesin jahit. Seorang anak autism yang mempunyai Attention Deficit. Yang dikatakan attention span yang sangat sangat pendek. Yang dikatakan akan kebelakang umur dalam 5 tahun masa awal diagnosis.

Semuanya di tangan Allah. Kasih sayangNya. RezekiNya. Syukur.

Biarlah Dia Dapat Mencari Rezeki Sendiri

Bukan mengharapkan kejayaan setinggi langit. Bukan juga mengharapkan simpati atas kekurangan dirinya. Cuma mengharapkan bila tiada kedua ibubapanya nanti, dia dapat menjaga diri. Tidak menyusahkan sesiapa. Hendaknya dia dapat mencari rezeki sendiri. Dan semoga Allah bukakan pintu rezeki nya untuk terus belajar dan dibukakan hatinya supaya sekurang-kurangnya ada kemahiran untuk berdikari.

Tapi ‘Rizalman’ mummy dah ada bunga tantrum. Machine tersekat sebab sekoci tak pasang betul. Nak mak dia handle lagilah..pitams hahahaha. Kita tunggu esok bila hati dan jiwa dah reda sedikit.

IKLAN

 

Dari Potong Kain, Jahit Tepi Sampai Siap Seluar Mummy, Dzarif Buat Semua Sendiri

Hasil kerja terbaru Dzarif di sekolah. Dari potong kain, jahit tepi dan selesaikan jahitan, semuanya Dzarif lakukan sendiri.

Masa cikgu bagitau ni, sebak rasa. Berlenang air mata. Memang terbit rasa bangga dengan pencapaian yang tidak disangka. Kalau suruh mummy pun, potong kain pun tak lepas.

Hari ni report card day. Bahasa Inggeris 100. A untuk Jahitan, Pendidikan Seni, Jasmani dan BM. C untuk Sains dan E untuk Matematik dan Pendidikan Islam. Walaupun tumpuan cikgu dekat kemahiran, mummy still nak usaha yang E tu dapat at least C insyaAllah.

IKLAN

Ohh mesin kami yang asyik tersekat sekoci tu? Ahbang dah betulkan. Alhamdulillah elok balik. Lepas tu stuck balik. At least tau not the machine yang rosak. Esok-esok kita practise lagi Dzarif.

Sampai dapat buatkan mummy seluar ni okay.

Dzarif Ada Guru Yang Penyayang

Bersyukur kerana Dzarif dapat seorang guru yang sangat penyayang, committed, bersungguh hendak mengajar anak-anak istimewa ini yang sesungguhnya mencabar.

Dan saya bersyukur guru ini tanpa dipinta akan kirimkan laporan aktiviti Dzarif di sekolah.

Alhamdulillah.

Dan Dzarif pulak kata esok dia sibuk. Ada permintaan khas salah seorang guru ppki memintanya buat sarung bantal lagi.

Sumber/Foto : Nurbaya Khay Hamsan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI